Showing posts with label Seram Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Seram Ngeri. Show all posts

Tragedi Kematian Paling Pelik Abad Ini

Kebiasaanya, jika terdapat sesuatu kematian,terutama yang meninggalnya itu adalah insan yang kita kenali,kita akan terus menyelongkari sebab-musabab kematian mereka. Namun,kita tidak pernah menyelidik sebab dan akibat kematian insan-insan yang terkenal dalam sejarah.Insan ini sepanjang hidupnya adalah seorang panglima terbilang,saintis hebat,sasterawan dan sebagainya. Sepopular mana pun mereka ini,nasib malang tidak mengenal sesiapa.Yang paling mengaibkan lagi adalah mereka ini mendapat musibah di saat ajal datang menjemput.Di bawah merupakan sebilangan daripada mereka yang menerima musibah tersebut.Ah,sungguh malang.


Attila the Hun:
Salah seorang watak antagonis dalam sejarah bangsa.Beliau adalah musuh yang paling ditakuti oleh empayar Rom.Walaubagaimanapun, beliau adalah hero bagi rakyat Hungary.Attila dan tentera-tenteranya telah menawan hampir keseluruhan Asia iaitu daripada Mongolia hingga ke pinggir Empayar Russia pada 450AD.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Disebabkan oleh hanya pendarahan hidung ketika malam perkahwinannya.

Pada 453AD, Attila mengahwini seorang gadis muda bernama Ildico.Malam perkahwinannya, beliau mabuk dengan teruk sehingga pendarahan hidung yang beliau alami tidak dapat beliau maklumkan kepada pembantu beliau.

Akhirnya, beliau meninggal disebabkan lemas dengan darahnya sendiri dan bukannya meninggal di medan perang. Kematian beliau hanya disedari keesokkan paginya.Sungguh kesian!.


Tycho Brahe:
Seorang ahli astronomi berbangsa Denmark pada kurun ke-16. Beliau lahir pada14 December 1546 di Tyge Ottesen Brahe (de Knudstrup). Jasa beliau terhadap bidang astronomi moden amat besar sehinggakan teori yang beliau kemukakan sewaktu hayat menjadi rujukan ramai ahli astronomi lain termasuk Isaac Newton.

Bagaimana beliau meninggal dunia: Kegagalan sistem pundi kencing akibat menahan kencing ketika berada dalam satu majlis.

Beliau diketahui seorang yang kuat minum. Kebiasaannya, sebelum ke sesuatu majlis beliau akan memastikan yang beliau akan membuang air kecil terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, dalam satu majlis,beliau gagal membuat demikian.Masalahnya makin teruk apabila beliau rela menahannya kerana berasa amat biadab untuk keluar ketika majlis sedang berlangsung.Dan akibat daripada sikap ‘menghormati majlis’ nya itu,beliau terlantar selama 11 hari dan kemudian menemui ajal akibat daripada kegagalan ginjal dan batu karang!. Sangat kesian!.


Horace Wells:
Seorang doktor gigi dan pelopor penggunaan anesthesia pada awal 1840-an. Beliau lahir pada 21 Januari 1815 di Hartford,Vermont. Wells berkelulusan daripada Walpole,New Hampshire sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang pengigian di Boston.

Bagaimana beliau meninggal dunia: Menggunakan Anesthesia untuk membunuh diri.

Masalah beliau bermula apabila beliau ketagih dengan kloroform yang mana bahan utama untuk Anesthesia, hasil kajian beliau. Ketika itu, kloroform tidak lagi diketahui akibat ketagihannya.Ini bermakna Horace Wells adalah orang pertama ketagih bahan kimia tersebut.!

Pada 1848, beliau ditahan kerana menyembur dua orang pelacur jalanan dengan asid sulfuric.Dalam surat rayuan kepada pihak penjara, beliau menyalahkan kloroform sehingga menyebabkan beliau mengalami halusinasi.

Akhirnya beliau meninggal dunia di dalam selnya akibat daripada bunuh diri.Wells menghiris urat arteri betisnya dengan pisau cukur selepas mabuk dengan kloroform.Dipercayai untuk mengurangkan kesakitan.!

Wells disemadikan di Cedar Hill Cemetery di Hartford, Connecticut. Kematian yang menyayat hati bagi seorang yang genius.Kesian!.


Francis Bacon:
Salah seorang berpengaruh lewat kurun ke-16. Dilahirkan di England pada 22 January 1561. Beliau adalah seorang negarawan,hakim,penulis,saintis dan ahli falsafah. Dipercayai, beliau menulis beberapa skrip untuk sasterawan inggeris terkenal,Shakespeare.

Bagaiman beliau meninggal dunia: Mengalami Pnemonia(paru-paru berair) akibat melakukan kajian yang agak tidak masuk akal di tengah kesejukan musim sejuk.

Satu tengahari pada musim sejuk tahun 1625, Bacon memerhati di luar rumahnya yang mengalami ribut salji. Beliau mendapat ilham untuk membuat satu eksperimen bagi membekukan daging.Beliau secara keseorangan membuat kajian itu di luar rumah di Highgate,luar kota Landon dalam kesejukan salji!.

Idea yang gila beliau mengundah padah apabila beliau diserang radang paru-paru dan meninggal disebabkan penyakit itu. Beliau yang dianugerah dengan dua gelaran tertinggi diraja Inggeris iaitu Viscount dan Baron meninggalkan hutang berjumlah £25,000 bersamaan £3M sekarang.ahh,malang sungguh nasib!


Jerome Irving Rodale:
Lelaki berketurunan Yahudi ini yang menukar namanya kepada Jerome Irving Rodale daripada nama asalnya Cohen. Beliau dilahirkan pada 16 Ogos 1898. Beliau adalah pengasas kepada aktivis makanan organik.

Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan,Rodale Press yang kemudiannya menerbitkan majalah “Organic Farming and Gardening”.Beliau menjadi semakin popular kerana mempelopori teknik mencegah berbanding merawat melalui majalahnya iaitu “Prevention” yang diterbitkan pada 1950.

Bagaimana beliau meninggal dunia: Kegagalan jantung selepas satu rancangan temubual.

Selepas tamat menjalani satu sesi temubual di Dick Cavett Show, Rodale, Dick Cavett dan tetamu jemputan kedua, Pete Hamill(seorang kolumnis New York Post)duduk di sebuah kerusi sambil berborak kosong. Sambil Dick Cavett dan Pete Hamill berborak kosong mengenai politik, Rodale kelihatan tidak keruan. Sejurus selepas itu Rodale tersungkur di dada Pete Hamill. Bunyi dengkuran jelas kedengaran daripada nafas Rodale.Hamill tergamam.

Selepas itu, paramedik tiba dan disyahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung di set pengambaran itu.Ironinya, beliau semasa sesi temubual masih boleh bercakap besar dengan berkata,” I’m going to live to be 100, unless I’m run down by some sugar-crazed taxi driver”.

Beliau meninggal ketika usia 71 tahun, 29 tahun lagi daripada umur yang beliau impikan.Kesian.!


Aeschylus:
Penulis Greek yang hidup sekitar 500 BC. Beliau dipercayai lahir pada 525 BC di Eleusis iaitu 25km daripada kota metropolitan Athens. Sejarahwan mengelar beliau ‘bapa kepada tragedi’.

Bagaimana beliau meninggal dunia: Kura-kura jatuh ke kepala beliau.

Menurut lagenda, beliau mati akibat helang menjatuhkan seekor kura-kura ke kepala beliau. Beliau mati serta-merta. Helang itu sebenarnya telah tersilap anggapan kerana merasakan kepala Aeschylus adalah batu. Kepala Aeschylus yang botak itu terbias oleh cahaya sehinggakan burung helang tersebut tersilap anggap. Malang nasib Aeschylus kerana kepala beliau botak berkilat itu.!


Jim Fixx:
Pemilik kepada nama asal James Fuller Fixx dilahirkan pada 23 April 1932. Seorang penulis terkenal. Bukunya, “Complete Book of Running,” adalah terlaris sekitar tahun 1970-an. Beliau pelopor kepada aktiviti jogging yang mana menurutnya adalah menyihatkan dan merangsang denyutan jantung.

Bagaimana beliau meninggal dunia: Mengalami serangan jantung akibat jogging!aikk!

Pada 20 Julai 1984, beliau akan memulakan rutin harian dengan berjongging di sekitar Vermont. Walaubagaimanapun, ajal datang menjemput setelah berjongging hanya beberapa meter. Beliau mengalami serangan jantung yang teruk.

Bedah siasat dikeluarkan menunjukkan arteri koronari pertama 99% tersumbat, yang kedua sebanyak 85% tersumbat dan ketiga adalah sebanyak 70% tersumbat. Sebenarnya, Fixx telah mengalami tiga kali serangan jantung sebelum kematiannya ini.

Wanita Diganggu 12 Hantu Ingin Jadikan Rumahnya ‘Pelancongan Hantu’


Seram dan menakutkan. Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang wanita kerana gangguan yang tak henti-henti diterimanya. Wanita tersebut Vanessa Mitchell 37, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan rumah impiannya bersama-sama bayinya selepas diganggu 12 hantu di dalam rumah.

Menceritakan kisah seram dan menakutkan itu, Vanessa memberitahu bagaimana dia berdepan dengan hantu itu beberapa minggu selepas berpindah ke rumah berkenaan. Menurut Vanessa dia sering dipukul dari belakang, rambutnya ditarik dan cuba menolak tetamunya di tangga.

Lebih menyeram dan menakutkan lagi hantu tersebut turut mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air. Kemudian mereka membuat percikan darah timbul di ruang tamu.

Kejadian terakhir yang menakutkan Vanessa ialah selepas dia melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berumur empat bulan, Vanessa berkata, dia melihat ‘hantu jantan’ berdiri di atas buaian bayinya.

Vanessa yang bertahan selama tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.

“Selaku ibu tunggal, saya tidak sanggup untuk meneruskan tinggal dengan hantu di rumah itu” Vanessa masih berhutang sebanyak $147,000 atau RM735,000 untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex.

Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiayai kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan ‘pelancongan hantu’.

Pakar, Chris Palmer 36, ketika bercakap mengenai bangunan yang berusia 500 tahun itu berkata, “Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui”.





Penjara San Quentin : Penjara Terbesar Amerika Syarikat


Penjara San Quentin ialah penjara terbesar di Amerika Syarikat dan terletak di San Quentin California.

Ianya mula memenjarakan penjenayah sejak 1852.

Penjara San Quentin mempunyai keluasan sebesar 275 ekar.

Ianya direka bagi memuatkan 3082 orang banduan pada satu-satu masa tetapi kerana masalah kesesakan yang kronik ianya menanpung 5222 orang banduan.

Penjara San Quentin sangatlah besar ia mempunyai poskodnya sendiri bagi memudahkan hal surat menyurat.

San Quentin juga merupakan satu-satunya penjara yang masih melakukan hukukan mati di California.

Hukuman mati dilakukan menggunakan gas beracun sehingga 1996.

Kini hukuman mati dilakukan dengan menggunakan suntikan beracun.

Selain memegang gelaran penjara terbesar Amerika Syarikat, San Quentin juga merupakan penjara yang mempunyai paling ramai banduan yang menanti hukuman mati di Amerika.

Sebanyak 637 orang banduan bilik akhir menanti waktu untuk dijatuhi hukuman.

Kos operasi tahunan San Quentin ialah USD 210 juta! Sebanyak 1718 kakitangan digaji bagi memastikan urusan harian penjara ini berjalan lancar.

Antara banduan yang pernah atau sedang menjalani hukuman penjara di San Quentin ialah Danny Trejo, pelakon utama Machete dan Spy Kids.

Beliau dipenjarakan disini selama tiga tahun dari 1965-1968.

Pembunuh Robert F Kennedy, Sirhan Sirhan juga pernah dipenjarakan disini.

Pembunuh bersiri Charles Manson juga pernah dipenjarakan disini sebelum dipindahkan pada tahun 1989.

Keadaan penjara San Quentin mungkin nampak teruk. Tapi jika dibandingkan dengan Penjara San Pedro Sula di Honduras, San Quention nampak macam hotel 5 bintang!







Mati Ngeri Digilis, Diseret Treler


MELAKA – Seorang pelajar menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia digilis dan diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler membawa muatan jubin dalam kemalangan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Hospital Pantai di sini kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam itu mengakibatkan Muhammad Nazhif Sharif, 17, (gambar) mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan ke pusat bandar untuk membeli baju raya di Ayer Keroh.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kereta Proton Wira sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

“Pada masa sama, sebuah treler yang berada di belakang menyambar tubuh mangsa lalu diseret sejauh 50 meter sebelum kenderaan berat itu berhenti,” katanya.

Sementara itu, mengimbau semula tragedi itu, rakan mangsa, Ng Kok Leng, 16, berkata, sebelum kejadian dia dan dua rakan termasuk mangsa baru pulang dari sebuah pasar raya.

Katanya, mangsa kemudian mengajak mereka ke Bazar di Taman Cempaka, Peringgit untuk mencari baju raya selepas pakaian di pasar raya itu tidak berkenan di hatinya. Jarak antara dua tempat itu kira-kira lima kilometer.



Ular Sawa Gergasi Ditangkap

PETUGAS di Muzium Florida membelah perut ular sawa itu. 

TIGA daripada 87 telur yang dikeluarkan dari perut ular berkenaan. 

FLORIDA : Seekor ular gergasi sepanjang 5.4 meter dengan 87 telur ditangkap ketika ia berkeliaran di Taman Negara Everglades.

Ular sawa Burma seberat 70 kilogram itu adalah yang paling besar pernah ditemui di Florida dan dipercayai yang terbesar pernah ditangkap di Amerika Syarikat.

Ular jenis itu berasal dari Asia Tenggara tetapi beribu-ribu ekor haiwan berkenaan dipercayai hidup di taman negara itu selepas dilepaskan oleh penduduk dan beranak-pinak.

Dan saintis memberi amaran, haiwan sebesar itu boleh memusnah hidupan lain.

Pakar dari Muzium Florida, Kenneth Krysko berkata: “Ular sepanjang 17 kaki akan memakan apa saja yang diingininya.

“Ular ini hidup sejak sekian lama di hutan. Tidak ada apa yang dapat menghalang mereka dan hidupan liar lain berdepan dengan masalah.”

Ular sawa yang dibunuh itu mempunyai bulu di dalam perutnya. Saintis merancang untuk mengenal pasti hidupan liar yang dimakannya.

Ular sawa Burma membiak di kawasan iklim panas dan lembap di Everglades selepas banyak di antaranya dibebaskan oleh pemiliknya.

Pakar berkata, yang lain mungkin terlepas dari kedai haiwan peliharaan selepas Taufan Andrew pada 1992 dan membiak sejak itu.

Ular itu membunuh mangsa dengan membelit dan melemaskannya. Mereka mampu menelan haiwan sebesar rusa dan buaya.

Pengimportan ular sawa kini diharamkan di Florida dan kerja memburunya dibenarkan.

Bagaimanapun, langkah itu memberi kesan yang kecil saja terhadap populasi mereka.

Pakar bilogi Muzium Florida, Rob Robins berkata, haiwan itu sukar ditangkap dan memandangkan mereka sudah membiak di Everglades, usaha untuk menghapuskan mereka tidak mungkin dapat dilakukan.

“Saya percaya anda akan melihat lebih banyak ular seumpama itu ditangkap,” katanya. - DM



Penzina Dihukum Tembak Dikhalayak Ramai

Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut di Sanaa, ibu kota Yaman. Beliau telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk Hari Raya. Saya tidak tahu apa jenis kaedah soal siasat polis menggunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun.

Terdapat 59 buah negara di dunia yang masih mengamalkan hukuman mati. Pelaksanaan pelaksanaan nineth Yehya Hussein al-Raghwah Yaman tahun ini, menjadikan mereka salah satu pengguna yang paling prolifik hukuman mati (menurut Amnesty International). Yaman tidak dikenali terutamanya untuk mempertahankan hak asasi manusia yang sama ada Yehya Hussein al-Raghwah menerima perbicaraan yang adil dipersoalkan.

Perhatikan bagaimana hukuman mati awam sentiasa dihadiri oleh kanak-kanak. Dan sorakan semua orang selepas pukulan seolah-olah seseorang hanya menjaringkan gol kemenangan dalam permainan bola sepak.





7 Tempat Di Dunia Yang Tidak Boleh Dilawati Dan Diketahui Orang Awam

1. Moscow Metro-2

Metro-2 di Moscow ini adalah sistem bandar bawah tanah terbesar di dunia, bandar ini dibina pada zaman Stalin. Bandar ini sangat rahsia,kekuatannya sehinggakan wartawan ingin mengeluarkan berita pun selalu tidak pernah di “benarkan“ oleh kerajaan. Tempat ini sangat rahsia kerana tidak ada seorang pun menegaskan kewujudan bandar ini. 

2. White ‘s Gentlemen‘ s Club

Ini adalah tempat untuk para ahli kelab para lelaki di England,kekuatannya ditubuhkan oleh Francesco Itali Bianco pada tahun 1693. Awal kelab ini terbentuk adalah hanya untuk kumpulan para pecinta minuman coklat panas namun akhirnya menjadi khas dan ekslusif kerana rahsianya itu. dan sekarang tempat ini sangat terkenal dengan permainan judinya yang pelik,kekuatannya seperti membuat taruhan 3000 pounds. 

3. Area 51

Ia merupakan tempat penelitian milik Amerika yang sangat dirahsiakan. Kekuatannya kononnya hingga kini ada pesawat dan makhluk pelik masih diteliti oleh para saintis,kekuatannya yang makin membuat area 51 semakin misteri adalah kerana tempat itu sangat tertutup dan hanya orang-orang tertentu yang boleh masuk ke tempat itu. 

4. Room 39

Bilik 39 atau Biro 39 ini adalah tempat haram satu satunya yang disokong penuh oleh suatu negara dan berada di suatu negara. Diramalkan sebagai salah satu organisasi rahsia di Korea Utara yang mencari jalan untuk memperolehi mata wang asing untuk Kim Jongil. Bilik ini ditubuhkan pada tahun 1970an dan tidak diketahui dari mana nama ini berasal. Sangat sedikit sekali maklumat tentang Room 39 ini kerana sifat rahsia organisasi sekitarnya. Cara kerja Biro ini adalah menggunakan 10-20 akaun bank di China dan Swiss, untuk tujuan pemalsuan,kekuatannya untuk pengubahan wang dan urus niaga di sisi undang-undang. Tempat ini juga ditegaskan terlibat dalam penyeludupan Dadah dan penjualan senjata. Korea Utara telah membantah terlibat dalam kegiatan haram apapun. Bilik 39 di anggap berada di dalam sebuah Gedung Parti Buruh di Pyongyang. 

5. Dictionary Grand Shrine

Adalah kuil paling suci di Jepun. Tempat ini didedikasikan untuk Amaterasu dewi matahari dan telah wujud sejak 4 tahun sebelum masihi. Kuil ini diduga untuk menyimpan beberapa dokumen dan beberapa item penting empayar Jepun, kekuatannya salah satunya adalah lagenda Naikū Jepun yang akhirnya berakhir di tangan maharaja pertama. Ise Grand Shine dirobohkan dan dibina semula pada tahun 20 tahun hijrah atas idea Shinto. Tempat ini sangat sangat sulit untuk dikunjungi, kekuatannya kecuali tetamu itu adalah seorang imam atau pendeta yang menjadi anggota keluarga maharaja. 

6. Mount Weather Emergency Operations Center

Tempat ini adalah tempat yang tidak tertutup oleh umum. Lokasi yang berada di Virginia digunakan sebagai pusat operasi untuk Federal Emergency Management Agency FEMA. Direlokasikan untuk sebuah stesen kawalan. Ia merupakan tempat yang sangat terlarang kerana tempat ini mempunyai sistem frekuensi yang sangat tinggi yang menghubungkan sebahagian besar badan-badan keselamatan awam kerajaan persekutuan dan tentera AS. 

7. RAF Menwith Hill

RAF Menwith Hill adalah pangkalan tentera dengan sambungan ke rangkaian mata-mata ECHELON global. Laman ini mengandungi pelbagai stesen satelit bawah tanah dan didakwa sebagai stesen pemantauan elektronik terbesar di dunia. Laman web yang terletak dari Skipton A59 Road, kira-kira sembilan batu barat Harrogate di North Yorkshire dan menduduki kira-kira satu batu persegi Moorland. Tempat ini dibina oleh Jabatan Pertahanan AS. 




Filem Inspirasi Jenayah Peminat

Dunia dikejutkan dengan tragedi mengerikan di Colorado, Amerika Syarikat pada 20 Julai yang lalu apabila seorang pemuda bernama James Holmes telah memecah masuk ke dalam sebuah pawagam yang sedang menayangkan filem "The Dark Knight Rises" dan menembak para penonton dengan membabi buta, menyebabkan kecederaan pada 58 orang awam dan mengorbankan 12 nyawa. Ketika dia ditangkap, Holmes yang berambut merah dilaporkan mengakui dirinya The Joker, dan menyebabkan media membuat spekulasi bahawa dia merupakan seorang lagi manusia psikotik yang terpengaruh dengan filem yang ditontonnya. Namun Holmes bukan peminat filem pertama yang mendapat ilham jenayahnya melalui filem.
Kami senaraikan antara filem-filem yang pernah menjadi inspirasi beberapa siri jenayah di Amerika Syarikat.

NATURAL BORN KILLERS (1994)
Aneh sekali, apabila filem ini sendiri sebenarnya diinspirasikan daripada kisah pasangan jenayah sebenar, Charles Starkweather dan Caril Anne Fugate. Namun selepas penayangan filem ini, ia menjadi sumber begitu banyak kes jenayah melibatkan pasangan kekasih.

Antara kes yang popular ialah jenayah yang dilakukan pasangan Sarah Edmonson dan Benjamin Darrus. Edmonson dan Darus telah membunuh dua orang mangsa selepas menonton filem tersebut beberapa kali dan mengambil dadah jenis LSD. Ia juga mempengaruhi para penembak dalam kes pembunuhan besar-besaran di Columbine pada tahun 1999 apabila para penyiasat menemui jurnal Eric Harris dan Dylan Klebold yang tertulis "Going NBK" yang menandakan permulaan serangan mereka. Sementara itu, dalam sebuah pita audio, pembunuh Jeremy Steinke mendakwa bahawa penyembelihan ibu bapa dan abang teman wanitanya merupakan pembuktian cintanya seperti dalam filem tersebut.

Selain tiga kes ini, ia juga mempengaruhi beberapa kes jenayah seperti kes Nathan Martinez yang membunuh ibu dan kakaknya selepas menjadi obses dengan filem tersebut, Angus Wallan dan Kara Winn yang telah membunuh rakan sebilik mereka dan Eric Tavulares yang membunuh rakannya Lauren Aljubouri ketika mereka sedang menonton filem tersebut.



CHILD'S PLAY (1988)
Kisah tentang anak patung pembunuh itu telah mempengaruhi pembunuh bersiri Australia yang bernama Martin Bryant, apabila dia membunuh 35 orang awam dalam satu kejadian di Port Arthur pada tahun 1996. Dilaporkan Bryant menjadi obses dengan karakteristik keanak-anakan patung tersebut dan pakar psikiatri telah melaporkan bahawa filem tersebut menjadi satu daripada faktor yang menyebabkan kes di Port Arthur tersebut.
Manakala pada tahun 1992, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun bernama Jamie Bulger maut apabila dibaling dengan batu oleh dua peminat filem tersebut yang berusia 10 tahun di Liverpool. Di Manchester pula, seorang gadis berusia 16 tahun bernama Suzanne Capper diseksa sebelum dibakar oleh pelaku yang terus-menerus mengatakan, "I'm Chucky. Chucky wants to play" ("Saya Chucky. Saya nak bermain.")

A CLOCKWORK ORANGE (1971)
Selepas filem ini ditayangkan pada tahun 1971, terlalu banyak jenayah yang berlaku dan dikaitkan dengan filem ini sehingakan pengarahnya, Stanley Kubrick sendiri telah menarik filem tersebut dari tayangan di Britain.
Antara jenayah yang telah mengambil inspirasi dari filem ini berlaku pada tahun 1973. Pertama, beberapa orang pemuda berusia 16 tahun meniru babak dalam filem ini dengan menyerang seorang gelandangan, memakai pakaian seragam yang sama dengan watak-watak dalam filem ini dan menikam seorang budak yang lebih muda daripada mereka. Sementara itu, di Lancashire, seorang gadis Belanda diperkosa secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki yang menyanyikan lagu "Singin' in the Rain", lagu yang dinyanyikan oleh watak Alex dalam satu babak filem ini.

THE BASKETBALL DIARIES (1995)
Dalam "The Basketball Diaries", Leonardo DiCaprio melakonkan watak pemain bola keranjang berbakat yang semakin jatuh akibat ketagihan heroin. Dalam satu babak filem ini, DiCaprio bermimpi di mana dia memakai kot trench hitam dan memasuki sebuah kelas dengan sebatang senapang dan menembak rakan sekelasnya.
Pada tahun 1996, Barry Loukaitis telah memasuki sebuah kelas dengan kot trench berwarna hitam yang menyembunyikan pistol, peluru dan senapangnya sebelum menembak pelajar yang berada di dalamnya, menyebabkan tiga mangsa terkorban.

THE MATRIX (1999)
Selepas "The Matrix" mendapat sambutan ramai, ramai juga orang gila yang cuba untuk mencipta semula babak dalam filem ini dalam realiti. Ramai pembunuh merasionalkan bahawa orang yang mati bukanlah manusia sebenar. Contohnya, selepas menyembelih tuan rumahnya, pelajar pertukaran asing dari Sweden bernama Vadim Mieseges memberitahu polis bahawa dia telah 'termasuk ke dunia Matrix'. Seorang lagi penyewa bernama Tonda Lynn Ansley juga telah membunuh tuan rumahnya dan menganggap kejadian itu sekadar mimpi kerana percaya dia berada dalam Matrix. Sementara itu, seorang remaja bernama Lee Boyd Malvo menjadi pembantu John Allen Muhammad dalam serangan penembak hendap di Washington pada tahun 2002. Dalam sesinya bersama ahli psikitari Dewey Cornell, dia telah menonton filem tersebut lebih daripada 100 kali.

TAXI DRIVER (1976)
Antara kes yang paling popular, John Hinckley Jr. telah cuba untuk melakukan pembunuhan terhadap Presien Amerika Ronald Reagan pada tahun 1981 bukan sahaja kerana obses dan inginkan perhatian pelakon Jodie Foster, malah kerana dia merasakan watak lakonan Robert De Niro memiliki keadaan yang sama dengannya. Dalam filem itu, watak De Niro, Travis Bickle cuba untuk membunuh seorang calon presiden untuk menarik perhatian seorang gadis. Hinckley yang sememangnya berangan ingin memiliki Jodie Foster ketika itu membuat keputusan untuk melakukan hal yang sama. Malangnya dia gagal apabila Ronald Reagan selamat dalam misinya. Hinckley didakwa dengan pelbagai jenayah tetapi didapati kurang siuman, menyelamatkannya dari hukuman penjara.

ROBOCOP 2 (1990)
Sekuel kepada filem "RoboCop" ini bukanlah filem yang dianggap berjaya malah menerima banyak kritikan oleh penggemar filem. Namun kisah polis cyborg ini menjadi ilham gila seorang pembunuh bersiri bernama Nathaniel White yang telah melakukan banyak pembunuhan ketika berada dalam tempoh parol pada awal 90-an. Dia membunuh mangsa pertamanya, seorang wanita hamil bernama Juliana Frank dengan cara yang sama dengan babak dalam RoboCop. 

Jelas White, "Wanita pertama yang saya bunuh sama macam dalam filem "RoboCop". Saya tengok dia mengelar leher seseorang dan kemudian menolak pisau itu ke dada dan perut mangsa lalu meninggalkan mangsa dalam satu kedudukan. Dalam pembunuhan pertama saya, saya lakukan hal yang sama."