Perompak Bank Paling Bodoh

BERLIN: Seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank yang ditutup sejak 17 tahun lalu dipenjara tujuh tahun, kata mahkamah, semalam.

Kejadian itu digelar akhbar Bild daily sebagai kes perompak bank paling ***** di Jerman. Mahkamah daerah di Osnabrueck, bandar raya di barat negara itu berkata, defendan yang dikenal pasti sebagai Siegfried K, 57, tiba di cawangan bank itu yang kini hanya dilengkapi mesin teler automatik, membawa pistol mainan pada Mei lalu. Dia menangkap seorang wanita sebagai tebusan di lobi bangunan dan menuntut 10,000 euro (RM42,000) wang tebusan daripada pekerja di situ.

“Bagaimanapun, rancangannya gagal kerana bangunan itu tidak lagi mempunyai bank sejak lebih sedekad lalu tetapi hanya mempunyai pusat fisioterapi,” kata kenyataan dikeluarkan mahkamah.

Bild berkata, bank itu sudah berpindah sejak 17 tahun lalu.

“Selepas suspek menyedari hal itu, dia mengubah rancangannya dan menangkap seorang wanita yang mengeluarkan wang daripada mesin ATM di situ.

“Wanita itu mengeluarkan 400 euro (RM1,200) dan suspek melarikan wang itu sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta curi,” kata kenyataan itu.

Dia kemudian meninggalkan kenderaan itu dan pistol mainan plastik yang mempunyai kesan cap jarinya di tempat duduk penumpang.

Mahkamah berkata, Siegfried K mengaku melakukan rompakan itu dan hakim menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas 22 pertuduhan terdahulu ke atasnya sejak 40 tahun lalu. - AFP

Tujuh Jam Bertarung Nyawa

PONTIAN - Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada dua penyelam yang bertarung nyawa dengan terapung selama tujuh jam di kawasan perairan Tanjung Piai sebelum berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), lewat petang Jumaat lepas.

Kedua-dua lelaki berkenaan, Azman Ali, 32, dan Khairulniza Mohammad, 31, yang merupakan penyelam bebas syarikat swasta di Terengganu hampir lemas dihanyutkan arus deras dipercayai melakukan kegiatan menyelam jam 10.45 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Wan Razani Wan Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.45 petang oleh rakan mangsa dan seterusnya melaporkan perkara tersebut kepada APPM.

Katanya, mangsa bersama empat rakannya berada di Tanjung Piai sehari sebelum kejadian dan mendapatkan khidmat nelayan tempatan untuk ke lokasi kapal yang pernah tenggelam di kawasan Tanjung Piai.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan letih dan kelaparan bersama peralatan menyelam yang masih terpasang di badan mangsa berhampiran kapal dagang MT Khaznah yang sedang berlabuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Wan Razani bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai tujuan sebenar kerja-kerja penyelaman dilakukan memandangkan kawasan tersebut bukan merupakan lokasi aktiviti menyelam kerana ia berlumpur dan merupakan laluan kapal perdagangan yang sibuk.

Kedua-dua mangsa dihantar Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan.

Sementara itu, APMM mengesahkan menemui dua penyelam warga tempatan pada jam 6 petang di kedudukan 3.4 batu nautika barat daya Tanjung Piai.

Ketua Penguatkuasa, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, sebuah bot, Kilat 18 dengan empat kru dan KM Bidong dari Daerah Maritim Johor Bahru dikejarkan ke tempat kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Siasatan awal mendapati dua penyelam tersebut bertolak dari Jeti Tanjung Piai kira-kira jam 10 pagi dengan menggunakan sebuah bot kayu enjin sangkut 40 kuasa kuda dengan lima kru.

“Mereka telah mula menyelam pada jam 11 pagi di kedudukan lima batu nautika tenggara Tanjung Piai namun sehingga jam 1 petang dua penyelam ini tidak timbul.

“Siasatan juga mendapati tujuan mereka menyelam adalah untuk mencari bangkai kapal karam lalu mengambil gambar sebagai koleksi” katanya kepada Sinar Harian.

Zulkifli berkata, APMM akan membuat siasatan menyeluruh mengenai kejadian ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung sebarang aktiviti yang menyalahi undang–undang maritim negara.


Katrina Sebar Virus Internet

AKTRES Katrina Kaur menjadi nama paling berbahaya di Internet kerana ia mendedahkan para pelayar kepada serangan virus maya.

Menurut laporan sebuah syarikat antivirus, peminat yang menggabungkan nama Katrina dengan perkataan seperti free downloads, hot pictures, screen savers dan videos sebenarnya mendedahkan komputer mereka kepada serangan itu.

Dalam kajian itu, nama aktres tersebut berada pada kedudukan pertama dalam kalangan kata kunci selebriti paling berbahaya di India diikuti Deepika Padukone dan Kareena Kapoor.

Laporan itu menjelaskan bahawa pengguna akan mempunyai 10.26 peratus kemungkinan untuk terdedah kepada risiko jika menaip nama tersebut.

Selain Katrina, selebriti nama lain yang tersenarai antara selebriti yang berbahaya di Internet termasuklah Saif Ali Khan, John Abraham, Priyanka Chopra, Aishwarya Bachchan, Bipasha Basu, Aamir Khan dan Shahrukh Khan.

11 Taman Atas Atap Bangunan Yang Terdapat Di Dunia

1. Waldspirale

Waldspiralemerupakan sebuah apartemen di Darmstadt, Jerman, dibina pada tahun1990-an. Namanya bererti spiral berpokok,, mencerminkan plan daribangunan itu dan juga mempunyai taman di atas atapnya. Arkiteknya ialah HeinzM. Springmann, bangunan ini selesai dibina pada tahun 2000.

2. California Academy of the Sciences

RanaCreek, nursery yang membina taman di atas atap Akademi, denganinovatif membuat agar tanaman dan tanahnya tidak mengelongsor pada lerengnya.Dengan menggunakan getah pokok dan sekam dari kelapa, merekamenciptakan pori-pori serap, jalur-jalur hijau yang tidak menglongsor.Masing-masing tebalnya tiga inci dengan luas 17 inci persegi dan disusunseperti lantai keramik. Dalam beberapa minggu akar-akar tanaman akan bersatu menjadi tanah tanaman yang kukuh.

3. Roof Garden on Fifth Ave

Taman di sebuah bangunan di Fifth Ave, New York City.

4. Taman di Atas Bangunan 40th Story HDB

5. Singapore School of Art and Design

Pereka bangunan sekolah seni dan rekabentuk di Singapora ini menciptakan ruang awam yang hijau pada lokasi-lokasi yang tidak diduga.

4. Ghibli Museum di Tokyo, Japan.
5. ACROS Fukoka Building, Jepun

6. Taman di Atas Atap Lantai Enam St. Luke’s International Hospital di Akashi, Tokyo

7. Taman di Atap Penthouse di New York

8. Taman di Atas Atap Klub Spa

9. Taman Atap di Battery Park City Solaire

10. City Hall building di Chicago

10. The Australian Parliament Building di Canberra

11. Atap Hijau Terluas di Dunia di Pabrik Ford

Takut Bini

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari. Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi. Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.