Pekerja Loji Nuklear Jatuh Kolam Reaktor Selamat

SAN DIEGO - Seorang pekerja loji tenaga nuklear San Onofre di sini, yang membongkok untuk mengambil lampu suluh dan hilang keseimbangan badan, terselamat selepas terjatuh ke dalam kolam reaktor, minggu lalu.

Dia dilaporkan tidak berhadapan dengan dos radiasi yang tinggi, demikian menurut pegawai-pegawai Southern California semalam.

Menurut laporan msnbc.com, pekerja terbabit mengenakan pakaian perlindungan nyawa ketika terjatuh ke dalam kolam sedalam 20 kaki (kira-kira 6.6 meter), yang menampung air digunakan oleh reaktor loji terbabit.

Pekerja itu menerima radiasi lima milirem, kata Gil Alexander, seorang jurucakap Southern California Edison kepada North County Times.

Ia tidak dianggap sebagai dos yang berlebihan dan telah kembali untuk bekerja pada hari yang sama.

Pekerja itu jatuh ke dalam kolam pada 27 Januari lalu, lima hari sebelum pegawai-pegawai melaporkan insiden itu.

Menurut Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika Syarikat, pegawai-pegawai loji menyedari kebocoran ekoran isyarat amaran sekitar 6 petang (waktu tempatan), Selasa lalu.

Oleh kerana bangunan yang mengalami kebocoran gas bukan premis kedap udara, maka ada kemungkinan sedikit keradioaktifan mencemari persekitaran, kata pegawai.

Siasatan mengenai punca yang menyebabkan kebocoran masih diteruskan.

Bagaimanapun tiada arahan meminta para pekerja meninggalkan kawasan loji.

Ini bukan kali pertama kejadian kebocoran yang menakutkan dilaporkan di loji San Onofre. Ia pernah merekodkan kebocoran November lalu. 

Kalau Sayang Ibu. Sila Baca

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefon , Mak .
Bila seronok , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

Pembuat Bom Dari Malaysia Mati Di Filipina

SEORANG jurucakap Tentera Filipina, Kolonel Marcelo Burgos menunjukkan gambar Zulkifli Abdul Hir pada satu sidang akhbar di Manila semalam.

MANILA - Tentera Filipina mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh tiga orang militan Islam paling dikehendaki termasuk seorang pembuat bom dari Malaysia, Zulkifli Abdul Hir (gambar) dalam satu serangan udara yang dibantu oleh penasihat tentera dari Amerika Syarikat (AS) semalam.

Serangan bom itu dilakukan menjelang subuh di sebuah pulau terpencil di bahagian selatan yang turut menyebabkan 15 orang ahli kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda terbunuh.

"Ini satu kemenangan besar. Tiga orang pemimpin kanan terbunuh. Ia akan memberi impak yang sangat besar terhadap kemampuan pengganas," kata seorang komander tentera wilayah Filipina, Mejar Jeneral Noel Coballes.

Pesawat-pesawat membedil pinggir sebuah kampung di pulau Jolo selepas sumber risikan memaklumkan bahawa kira-kira 30 militan berpangkalan di kampung berkenaan.

Tiada tentera darat dikerahkan dalam operasi tersebut.

Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan merupakan seorang warga Malaysia yang didakwa menjadi orang kanan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah dan dalang beberapa siri serangan bom di Filipina.

Zulkifli juga dituduh menjadi pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, sebuah kumpulan mirip Jemaah Islamiah yang mahu membentuk sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

Pada tahun 2007, AS menawarkan wang sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) sebagai ganjaran penangkapan Zulkifli, sekali gus menjadikannya antara orang yang paling dikehendaki oleh AS.

Dalam laman web Jabatan Negara AS yang memaparkan maklumat mengenai orang paling dikehendaki kerana aktiviti keganasan, hanya empat orang ditawarkan wang ganjaran tinggi.

Antaranya ialah Ketua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri.

Pihak berkuasa Malaysia menyambut baik berita kematian Zulkifli.

"Kami mengalu-alukan berita kematian Zulkifli ketika pasukan keselamatan di rantau ini meneruskan usaha menentang militan sepertinya," kata Ketua Gerak Khas Malaysia mengenai keganasan, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Tentera Filipina memberitahu antara yang terbunuh dalam serangan sama ialah Abu Pula, juga dikenali sebagai Doktor Abu dan Umbra Jumdail, salah seorang pemimpin utama organisasi militan Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan-serangan pengganas terburuk di Filipina termasuk meletupkan sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, selain banyak kes penculikan di kawasan terpencil di selatan yang dihuni majoriti penduduk Islam. - Agensi

12 Peratus Rakyat Malaysia Hadapi Masalah Mental

SUNGAI PETANI - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak...kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.

"Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya.

Beliau berkata terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. - BERNAMA

Ana Raffali Pilih Naim Nikah 25 Februari

SHAH ALAM – Desas desus mengenai penyanyi Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, akhirnya terungkai sudah.

Dalam sebuah sidang media khas petang ini, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali mengumumkan bahawa majlis pernikahan akan berlangsung di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.

Menurut Ana, jejaka yang berjaya mencuri hatinya merupakan teman baiknya sendiri dikenali pada 2005 iaitu Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30.

“Naim ialah seorang jurugambar dan kami berkenalan melalui sepupu saya. Secara kebetulan, saya memang minat bidang fotografi.

“Disebabkan minat yang sama, kami semakin serasi. Namun, ketika itu Naim tidak mengetahui bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu,” katanya yang turut ditemani Naim dalam sidang media itu.

Turut hadir ialah ibu Ana, Halijah Rashid, bapa Naim, Abdullah Mat dan ibunya Adilah Abd Mutalib.

Ana berkata, sikap Naim yang penyabar membuatkan dia tertarik dengan jejaka pilihannya itu dan secara tidak langsung membuka hatinya untuk lebih serius dalam hubungan tersebut pada 2008

Kisah Nurse Terkena

Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.

Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Orang Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri.
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Orang Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

UK haramkan iklan L'Oreal paparkan Rachel Weisz

LONDON 1 Feb. - Iklan terbaru kosmetik L'Oreal Paris yang dibintangi pelakon, Rachel Weisz (gambar) untuk majalah didapati tidak sesuai disiarkan di United Kingdom (UK).

Iklan produk Revitalift Clinical Repair 10 itu merupakan iklan terbaru yang tidak diluluskan Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan UK (ASA).

Ia tidak diharamkan di atas alasan sama seperti iklan minyak wangi yang dibintangi pelakon muda, Dakota Fanning dan Hailee Steinfeld sebelum ini iaitu masing-masing terlalu provokatif dan membawa maksud tersirat terlalu romantik sehingga membunuh diri.

Sebaliknya, ia dilarang atas alasan sama dikenakan terhadap iklan Lancome yang dibintangi Julia Roberts dan Christy Turlington.

ASA berkata, keputusan pengharaman itu dibuat berasaskan iklan L'Oreal Paris itu 'terlalu mengelirukan' di mana produk itu yang menjanjikan pengguna akan merasai kelembutan seperti bayi.

Ahli Parlimen, Ho Swinson berkata, industri kecantikan dan pengiklanan perlu berhenti menipu pengguna dengan imej yang tidak jujur.

''Industri perlu sedar dan tidak meneruskannya ekoran pengharaman iklan seumpama ini,'' katanya.

L'Oreal yang mengaku mengubah suai iklan itu seperti semua gambar sebelum ini.

''Weisz digayakan dan disolek secara profesional dan kemudian menggunakan set studio terbaik dan perkhidmatan jurukamera profesional.

''Pencahayaan rendah digunakan untuk mengurangkan perkara tidak sempurna bagi memastikan gambar terbaik dapat dicapai,'' kata syarikat itu. - AGENSI

Rebut Wanita Punca Amuk

SEREMBAN - Perebutan wanita dipercayai motif utama sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan parang mengamuk dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di Rumah Pangsa Lobak, di sini, pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azlay Kamaruddin berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki bernama Mani yang dicari dipercayai melarikan diri dengan teman wanita salah seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan.

“Disebabkan tidak berpuas hati, mereka mengamuk memecahkan cermin kereta penduduk di kawasan berkenaan.

“Pihak polis masih mengesan pasangan kekasih terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga telah menahan 15 lelaki berusia 22 hingga 35 tahun di sekitar daerah ini, kira-kira jam 5 pagi sehari selepas kejadian.

“Seramai 12 daripada mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dan tiga lagi dipercayai dalang utama masih ditahan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan parang mengamuk dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di rumah pangsa berkenaan.

Dibelasah Rakan Angkara Facebook

Pelajar yang dibelasah menunjukkan kesan calar dan bengkak di lengan selepas dipukul sekumpulan pelajar perempuan dipercayai punca salah faham di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, semalam.

KANGAR 1 Feb. - Perbalahan dalam laman sosial Facebook (FB) dipercayai menjadi punca salah faham sehingga menyebabkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah sekumpulan pelajar perempuan, termasuk rakan sekolahnya di sini semalam.

Mangsa, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini mengalami lebam dan bengkak di sebahagian tubuhnya terutama lengan, paha dan kepala berikutan kejadian itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah berseorangan selepas tamat menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira pukul 6 petang.

Ketika melalui sebuah taman perumahan di belakang sekolah, dia ditahan oleh tiga pelajar perempuan yang masih tidak berpuas hati kerana mendakwa dia menggoda teman lelaki mereka dalam laman FB.

"Saya tidak sangka, mereka bertindak kasar apabila mula menampar, menumbuk, menendang dan menarik rambut saya. Tiba-tiba, muncul ramai pelajar perempuan yang saya tidak kenal," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini.

Beliau dimasukkan ke wad HTF sejak pukul 1 pagi tadi setelah mengalami muntah-muntah.

Pelajar tersebut memberitahu, dia baharu saja belajar di sekolah itu mulai awal tahun ini setelah berpindah ke sini dari Sungai Petani untuk tinggal bersama neneknya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ismail Che Isa mengesahkan ibu pelajar berkenaan membuat laporan polis mendakwa anaknya cedera akibat dipukul.

Katanya, kes ini hanya melibatkan empat pelajar perempuan yang melakukan perbuatan tersebut antara pukul 5 hingga 6 petang semalam.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.