Kereta Bawa Hantaran Pertunangan Terbakar

Sabri (kanan) nekad menyelamatkan barang hantaran pertunangan semasa keretanya dijilat api di Kampung Kota Tampan, Lenggong semalam.

LENGGONG – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa persiapan hantaran pertunangan adiknya nyaris maut selepas keretanya tiba-tiba terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Kota Tampan di sini semalam.

Sabri Ishak, 29, berkata, semasa kejadian pada pukul 3.30 petang itu, dia dalam perjalanan pulang ke Kampung Batu 8, Baling, Kedah dari rumah abangnya di Kuala Lumpur.

“Saya bertolak pada awal pagi untuk menghantar beberapa barang hantaran adik perempuan saya yang dijadual melangsungkan pertunangan di kampung pada Sabtu ini.

“Sewaktu menghampiri pekan Lenggong, saya panik apabila kepulan asap tiba-tiba keluar dari pendingin hawa kereta Proton Wira milik saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

10 Letupan Terbesar

10. FOAB (Father Of All Bomb)
Letupan terbesar dicipta oleh senjata bukan nuklear.

FOAB adalah senjata taktikal Russia yang direka unutk meletup di pertengahan udara dan membuat satu gegaran serta membakar di bawahnya. Bom ini bersamaan 44 tan TNT. Walaubagaimanapun, FOAB tidak menjana sebarang radioaktif.

Pada tahun 2003, Amerika Syarikat mengembangkan MOAB (Massive Ordinance Air Blast Bomb) iaitu bom yang mempunyai kekuatan bersamaan dengan 11 tan TNT. MOAB juga dikenali sebagai (Mother Of All Bomb). Selang beberapa tahun, Russia maju dengan bom ciptaannya iaitu FOAB pada tahun 2007, yang mendakwa empat kali ganda lebih kuat.

9. Minor Scale
Minor Scale ini adalah satu ujian yang dilakukan oleh Amerika Syarikat pada 27 Jun 1985. Agensi Pertahanan Nuklear Amerika Syarikat telah meletupkan hampir 5000 tan bahan bakar ammonium nitrat untuk meniru kesan senjata nuklear. Tujuan utama adalah untuk melihat bagaimana senjata nuklear yang kecil akan menjejaskan perkakasan tentera.

Fakta yang menarik, terdapat satu pertikaian tentang sama ada betul atau tidak adalah, sebenarnya, letupan Minor Scale terbesar telah dijalankan oleh Great Britain apabila tentera laut diraja meletupkan 6700 tan semasa perang dunia 2. Letupan tersebut dipanggil letupan Heliogoland.

8. Peristiwa Tunguska
Pada 30 Jun 1908, terdapat satu letupan yang besar di atas sungai Podkamennaya Tunguska di Russia. Letupan tersebut dianggarkan 10-15 megatons TNT, atau 1000 kali ganda kekuatan bom atom yang pernah mengegarkan Hiroshima, Jepun.

Walaupun terdapat beberapa teori konspirasi tentang apa yang menyebabkan letupan itu, majoriti saintis bersetuju bahawa ia adalah disebabkan oleh meteoroid yang meletup di pertengahan udara dan menyebabkan semua pokok-pokok di kawasan itu tumbang seluas 2.150km persegi.

7. Tsar Bomba
Letupan terbesar buatan manusia.

Tsar Bomba merupakan bom hidrogen yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet dan diuji pada oktober 30, 1961. kekuatan letupannya bersamaan 57 megatons. Ia adalah letupan paling kuat yang pernah dibuat oleh manusia. Pada awalnya, kekuatan sebenar bom itu dianggarkan 100 megatons, tetapi berkurang kerana kesan sampingan dari peralatan tersebut yang terlalu bermasalah.

Walaupun Tsar Bomba diletupkan di lokasi yang sangat jauh di Pulau Novaya Zemlya, utara tanah besar Russia, ia masih menyebabkan banyak kerosakan pada bangunan-bangunan di Norway dan Finland. Letupan tersebut mencipta awan cendawan setinggi 64km di udara.

6. Letusan Gunung Berapi Tambora
Pada 5 April, 1815. Gunung Tambora telah meletus di Sambawa, Indonesia yang mewujudkan letupan paling kuat yang pernah disaksikan oleh manusia pada zaman itu. Letusan Tambora dianggarkan bersamaan 800 megatons TNT, ataupun kekuatannya 14 kali ganda lebih kuat dari Tsar Bomba. Letusan tersebut boleh didengari sejauh 2.600km.

Gunung itu melepaskan abu setinggi 43km di udara sehingga ke lapisan stratosfera dan di seluruh dunia. Abu ini menyekat cahaya matahari dan pada tahun 1816 menyebabkan tahun paling sejuk dalam catatan sejarah.

Banyak tanaman mati dan kebuluran yang berlaku di seluruh Eropah dan Amerika Utara serta dianggarkan bahawa kira-kira 10,000 orang meninggal dunia ketika letusan dan kira-kira 70,000 orang mati akibat perubahan iklim yang dihasilkan.

5. Kepupusan Cretaceous-Tertiary (Zaman Dinosaur)
Kira-kira 65 juta tahun yang lalu, satu peristiwa yang dikenali sebagai Cretaceous-Tertiary menyebabkan kepupusan banyak organisma dan dinosaur. Ramai saintis percaya bahawa ini adalah disebabkan oleh impak asteroid yang menciptakan Crater Chicxulub yang terletak di luar pantai Semenanjung Yucatan.

Kekuatan impak tersebut besamaan 96 teratons TNT, atau kira-kira 1.7 juta Tsar Bomba. Terdapat bukti geologi yang mencukupi seperti kesan perubahan iklim yang lebih dahsyat dari Gunung Tambora, dipercayai perubahan iklim ini akhirnya yang menyebabkan kepupusan dinosaur.

4. GRB 080319B
"Gamma-ray burst" adalah antara peristiwa-peristiwa yang paling ganas dalam alam semesta. Punca sebenar "Gamma-ray burst" tidak dapat difahami sepenuhnya. Walaupun kebanyakkan ahli-ahli astronomi berpendapat bahawa mereka dikaitkan dengan supernova yang amat besar. "Gamma-ray burst" biasanya berlangsung 20 hingga 40 saat dan bersinar-sinar, "Gamma-ray burst" amat jarang berlaku.

Pada 19 Mac 2008, "Gamma-ray burst" yang dikenali sebagai GRB 080319B berlaku dan boleh dilihat dengan mata kasar untuk kira-kira 30 saat. Letupan itu berlaku 7,5 bilion tahun cahaya jauhnya, merupakan objek yang paling jauh yang boleh dilihat tanpa teleskop. Letupan dianggarkan telah dijana bersamaan 2A-1034 tan TNT, atau kira-kira bersamaan 10,000 kali berat Matahari di TNT yang diletupkan sekali gus.

3. SN2006gy
Pada 16 September 2006, supernova terbesar iaitu SN2006gy telah ditemui. Supernovae berlaku apabila bintang kehabisan bahan api, runtuh pada diri mereka sendiri dan kemudian meletup. SN2006gy berlaku 230 juta tahun cahaya jauhnya, Bintang kira-kira 150 kali ganda lebih besar daripada Matahari runtuh ke atas dirinya. Jumlah tenaga yang dilepaskan oleh hypernova ini adalah dianggarkan lebih kurang bersamaan dengan 2.5a-1035 tan TNT, yang kira-kira jumlah yang sama tenaga yang dikemukakan oleh semua bintang dalam Supercluster Virgo galaksi kurang satu minit.

2. GRB 080916C
Alam semesta mempunyai ruang yang sangat luas. Objek astronomi besar sukar untuk difahami, dan letupan terbesar yang diketahui, GRB 080916C tidak mempunyai beza. GRB 080916C pertama kali dicatatkan pada September 16, 2008.

Letupan ini berlaku kira-kira 12,2 bilion tahun cahaya jauhnya dan berlangsung selama 23 minit, yang merupakan satu tempoh yang sangat lama iaitu 23 minit. Ia menggunakan lebih banyak tenaga daripada Galaksi Superclusters.

Letupan itu dianggarkan mempunyai jumlah tenaga yang setara 2A-1038 tan TNT, yang bersamaan satu trilion Tsar Bomba atau 7000 kali ganda jumlah tenaga Matahari semasa hayatnya.

1. Big Bang
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

Syaikh Tantawi Jauhari melalui kitabnya Al-Jawahir yang ditulis sekitar tahun 1920-1930 menyebut:

"Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintang-bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semuanya bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah swt pisahkan kesemuanya. Ayat ini adalah mukjizat yang membuktikan kebenaran Al-Quran, kerana ilmu berkenaan perkara ini hanya diketahui pada hari ini"

Menurut teori "Bing Bang", alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat (Cosmix Explotion) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan "Bing Bang". Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan (Expending & Cooling) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini.

Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori '"Bing Bang". Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Wallahu a'lam

Megan Fox Hamil

AKTRES berusia 25 tahun dikatakan hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan Brian Austin Green dan pasangan itu terlalu gembira dengan berita yang diterima.

Satu sumber berkata: “Mereka baru saja mengetahuinya dan pasangan itu terlalu gembira.”

Megan dan Brian, 38, hanya memberitahu khabar gembira itu kepada anggota keluarga dan rakan terdekat tetapi sukar menyembunyikannya kerana terlalu teruja untuk menimang cahaya mata.

Tambah sumber itu lagi, “Megan ibu tiri yang baik dan Brian tahu dia akan menjadi ibu yang baik untuk bayi mereka.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia semakin matang... keluarga menjadi keutamaannya.”

Megan dan Brian berkahwin pada Jun 2010 di Resort Four Season di Hawaii.

Mereka bertemu buat pertama kali pada 2004 di set penggambaran Hope & Faith dan bertunang dua tahun kemudian tetapi putus awal 2009.

Pasangan itu menjalinkan hubungan mereka kembali dan bertunang sekali lagi pada Jun 2010 dan terus berkahwin.

Beberapa akhbar hiburan berusaha menghubungi wakil pasangan itu untuk mendapatkan kenyataan mereka tetapi masih belum berjaya.

Sementara itu, dalam laporan lain, aktres berusia 25 tahun itu mengaku dia seronok menjadi wanita jelita.

Katanya: “Kehidupan saya baik kerana imej saya. Saya tak boleh merungut. Saya takkan menukar tempat dengan seorang gadis yang tidak cantik.”

Namun begitu, bintang ‘Transformers’ ini menekankan dia kadang-kadang tidak dapat melihat gambar dirinya sendiri.

Dia memberitahu majalah Perancis, Jalouse: “Saya benci bergambar. Saya tak pernah lihat gambar saya. Mungkin kerana saya sendiri yang tidak mahu melihatnya. Jika saya melihatnya, saya mungkin mahu menukar semua gambar itu. Saya lebih suka tidak melihat gambar sendiri. Kerana itu saya selalu mendapatkan khidmat jurufoto profesional kerana percayakan hasil kerja mereka.”

Dalam wawancara dengan FoxNews.com sebelum ini, Megan mengakui bukan senang untuk menjadi ibu. Tetapi dia tetap berusaha untuk mempunyai anak sendiri.

“Walaupun sukar untuk menjadi ibu, saya tetap ingin menimang anak sendiri.

Saya yakin boleh menjadi ibu yang baik kerana saya jarang bersosial, sebaliknya suka duduk di rumah,” katanya.

“Saya tidak pernah menghabiskan masa dengan berparti semata-mata. Kerana itu, saya yakin, tidak banyak yang perlu saya ubah untuk menjadi ibu,” katanya.

Bintang Transformers yang seksi itu menunjukkan peranan berbeza dalam filem romantik komedi, “Friends with Kids”, mengenai dua orang sahabat baik (Jennifer Westfeldt dan Adam Scott) yang mempunyai anak bersama tetapi mahu mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat saja.

Impian Cut Tari

UNTUK memenuhi tuntutan rancangan sembangnya, ‘Friends,’ aktres yang juga penyampai jelita dan popular televisyen, Cut Tari akhirnya mencuba pengalaman baru menjadi wartawan.

“Rancangan itu memerlukan saya menjadi wartawan dan saya langsung tidak ada masalah untuk berbuat demikian,” kata Cut Tari.
Tetapi ternyata ia bukan tugas mudah. Cut Tari akhirnya mengaku berdepan dengan masalah untuk mendapatkan berita bagi rancangan itu.

Apatah lagi dia perlu menghabiskan banyak masa untuk menunggu dan mencari sumber. Untuk itu, seperti wartawan lain, dia perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

“Bukan senang untuk menjadi wartawan rupanya. Banyak masa yang terbuang. Terpaksa bersabar menunggu orang yang hendak diwawancara.

Yang paling penting, wartawan perlu menyukai tugasnya,” kata Cut Tari, yang pernah terkait dengan kes video lucah bersama-sama dengan Luna Maya dan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel.

Selepas beberapa minggu melaksanakan tugasnya itu, wanita itu berkata, dia kini dapat menjiwai peranan wartawan dan sekali gus mengagumi mereka yang terbabit dalam bidang itu.

“Saya tabik kepada wartawan kerana mereka sanggup bertugas tanpa mengira waktu. Jam tiga pagi pun mereka masih bekerja,” kata selebriti itu.

Walaupun baru saja memegang peranan itu, Cut Tari sudah mempunyai impian besar, sesuatu yang juga diimpikan oleh wartawan lain.

Wanita keturunan Aceh itu berhasrat mewawancara pemimpin nombor satu Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Menurutnya, ada beberapa soalan yang ingin ditanyakan kepada Susilo.

“Beliau Presiden Indonesia. Saya pula rakyatnya. Saya berhak bersuara dan jika ada kesempatan, saya akan bertanya mengenai tanggung jawabnya terhadap rakyat,” kata Cut Tari.

Dalam pada itu, selebriti berkenaan yang berdepan dengan masalah kariernya selepas isu video seksnya dengan Ariel terbongkar, menyuarakan hasrat agar rakyat Indonesia tidak berterusan menghukumnya dengan kejadian masa lalu.

Pemuda Lumpuh Dituduh Rogol Pelajar 15 Tahun

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.

Mohd Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerosi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara 8 malam dan 11 malam 27 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh mengulangi perbuatan itu pada 28 dan 29 Nov di sebuah rumah berdekatan rumahnya antara waktu yang sama.

Tiada pengakuan dicatatkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zul Fazliah Mahmud manakala Mohd Sapawi tidak diwakili peguam.

Zainal Abidin menetapkan 25 April ini bagi tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. - Bernama

Muzium Telur Di Austria

BERTONI melihat sejumlah telur yang dipamerkan di Muzium Telur di Winden am See kelmarin.

VIENNA, Austria - Sebuah Muzium Telur di Winden am See di wilayah Burgenland menjadi tumpuan para pengunjung di sini.

Ia mempamerkan 4,000 telur termasuk pelbagai ukiran telur dari pelbagai negara dan tamadun sejak 70 tahun lalu.

Muzium itu milik pengukir Austria, Wander Bertoni. - REUTERS

Chef Buat Semula Sushi Paling Mahal

BERLIAN diletakkan oleh Araneta pada bahagian atas mutiara yang terdapat pada permukaan susyi.

MANILA - Seorang chef terkenal, Angelito Araneta Jr. membuat semula susyi paling mahal di dunia di sini semalam. Susyi itu dihiasi dengan beberapa berlian Afrika dan mutiara.

Araneta telah diiktiraf Guinness World Records pada tahun 2010 sebagai pencipta susyi yang paling mahal di dunia.

Lima potong susyi itu dijual pada harga AS$1,978.15 (RM6,057.10). - Agensi

Pelajar Sekolah Pilih Suami Orang

KULIM - “Masalah mengandung bukan serius seperti dulu. Terdapat ubat tertentu yang dijual di kebanyakan klinik dan ia mudah diperoleh, saya juga pernah memakan ubat itu empat bulan lalu,” itu kata seorang pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali sebagai Adik.

Adik mengakui dia menjalin hubungan cinta dengan suami orang berusia 26 tahun sejak setahun lalu.

Menurutnya, teman lelakinya yang mempunyai seorang anak itu bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech.

“Saya rasa lebih terjamin dan selamat sekiranya menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang berbanding rakan sebaya kerana pada saya seorang lelaki bergelar suami merupakan lelaki paling penyayang dan bertanggungjawab,” katanya.

Adik berkata, dia hanya akan bertemu dengan kekasihnya pada hari cuti terutamanya Jumaat dan Sabtu. Untuk memastikan hubungan mereka tidak diketahui kenalan lain, mereka akan keluar bersama ke daerah lain untuk melepaskan rindu.

“Pada pagi hari Jumaat, saya selalunya akan ke sekolah untuk menjalani aktiviti kokurikulum antaranya berkawad. Saya akan ke sekolah seawal jam 7.30 pagi dan sampai kira-kira jam 8 pagi.

“Selepas meletakkan motosikal dalam sekolah, teman lelaki saya sudah menunggu dalam keretanya di luar sekolah. Selalunya kami akan ke Cameron Highlands yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Kulim.

Menurutnya, sebelum ke sana, teman lelakinya itu akan berhenti di hentian rehat Butterworth Kulim Express Highway (BKE) untuk menukar pakaian.

“Kami akan berada di pusat peranginan itu sehingga jam 3 petang sebelum berpatah balik ke Kulim dan sampai di sekolah sekitar jam 5.30 petang dan berada di rumah kira-kira jam 6 petang,” katanya.

Adik berkata, mereka juga sering bercuti bersama sekiranya pihak sekolah menganjurkan sebarang lawatan yang memerlukan masa dua hingga tiga hari.

Menurutnya, dia tidak akan mengikuti rombongan sekolah sebaliknya bercuti bersama kekasihnya dan akan berada di sekolah semula, sama seperti teman lain ketika rombongan itu tiba di sekolah.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Cabang Kulim Bandar Baharu yang juga Pengerusi Pusat Khidmat Aduan Rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu, Suraiya Hashim berkata, beliau tidak menafikanramai remaja bawah umur lebih tertarik dengan suami orang berbanding rakan sebaya. Ini kerana, memiliki kekasih yang merupakan suami orang dapat memenuhi hampir keseluruhan kehendaknya sebagai pelajar sekolah.

Menurutnya, sebagai pelajar tidak banyak komitmen yang harus diberikan kerana remaja itu tinggal bersama keluarganya.

“Remaja bawah umur dijadikan kekasih hanya untuk tujuan berseronok semata-mata dan selalunya terjalin dalam jangka masa singkat.

“Bagi seorang suami, mereka hanya ingin berseronok apabila didampingi remaja bawah umur ini. Selain itu mereka tidak akan bosan melayan kerenah mereka kerana pasangan itu akan berjumpa seminggu sekali sahaja,“ katanya.

Suraiya berkata, bagi remaja perempuan mereka akan seronok apabila kekasih mereka memberi kad tambah nilai ke telefon mereka biarpun dengan nilai RM10 kerana jumlah itu sudah besar bagi mereka.

“Dalam masalah ini ibu bapa seharusnya melihat perubahan anak mereka. Bawa anak berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, sekiranya disahkan pernah melakukan hubungan seks, ibu bapa harus membuat laporan polis,” katanya.

Dapur Tempat Lerai Motor Curi

KEPALA BATAS - Kegiatan tiga remaja yang menjadikan ruang dapur sebuah rumah di Kampung Lahar Ikan Mati, Penaga di sini sebagai bengkel meleraikan motosikal yang dicuri terbongkar apabila rumah itu diserbu polis pagi semalam.

Serbuan pada jam 10 pagi semalam oleh sepasukan anggota dari Unit Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Kepala Batas berjaya menemui dua rangka motosikal jenama Yamaha 125Z dan Honda EX5 selain komponen motosikal itu termasuk komponen Modenas Kriss yang dileraikan.

Turut ditemui semula, sebuah motosikal keluaran terbaru jenama Yamaha 125Z yang baru seminggu dilaporkan hilang di hadapan Kompleks Perniagaan Kailan di sini berdasarkan nombor siri pada enjinnya.

Tiga remaja lelaki yang berumur 18, 19 dan 21 tahun yang diberkas itu kemudiannya mengaku menjalankan kegiatan mencuri motosikal sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu.

Selepas berjaya mencuri motosikal, mereka akan membawanya pulang ke rumah remaja lelaki yang berusia 18 tahun itu dan meleraikannya untuk dijual kepada remaja dan orang perseorangan yang memerlukan alat ganti motosikal dengan harga yang rendah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, tiga remaja itu tidak menyedari kehadiran anggota polis kerana ketika itu sedang leka meleraikan motosikal Yamaha 125Z yang baru dicuri seminggu lalu.

“Rumah itu didiami remaja berkenaan bersama keluarganya dan sering menjadi tumpuan remaja sekitar kampung berkenaan khususnya remaja bermotosikal.

“Sepanjang intipan kita selama beberapa hari, pihak kita dapati rumah itu bukan sahaja dijadikan bengkel meleraikan motosikal curi tetapi turut menjadi kedai menjual aksesori motosikal,” katanya.

Zulkifli berkata, tiga remaja berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu dengan penemuan pelbagai peralatan yang digunakan mekanik motosikal ditemui bersama mereka.

Menurutnya, tiga remaja berkenaan kini diletakkan di bawah tahanan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan iaitu mencuri motosikal.

“Dengan tertangkapnya tiga remaja berkenaan pihaknya percaya dapat mengurangkan kegiatan mencuri motosikal di daerah ini.

“Bagaimanapun kita sedang mengesan beberapa lagi rakan mereka untuk membantu siasatan kerana kegiatan mereka ini dipercayai melibatkan remaja dari daerah luar yang bertindak sebagai orang tengah untuk menjual komponen motosikal terbabit.

“Kumpulan ini bergiat aktif mencuri motosikal sebagai jalan mudah bagi mendapat wang khususnya dalam kalangan remaja,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang memiliki motosikal supaya meningkatkan ciri-ciri keselamatan tambahan kenderaan mereka itu bagi mengelak ia mudah dicuri.