Misteri Pakaian Dalam Gadis Bertaburan Depan Rumah

BERCHAM – Seorang gadis hidup dalam ketakutan apabila seluar dalam dan coli miliknya yang dicuri sejak dua bulan lalu, ditemui bertaburan di hadapan dan halaman rumahnya di di Kampung Tersusun Tasek di sini, kelmarin.

Keadaan itu begitu menakutkan dirinya selepas menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki misteri yang gemar meninggalkan nota berbaur lucah dan mempelawa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 32, berkata, kejadian itu disedari pada jam 9.45 pagi ketika dia ingin keluar untuk bekerja sebelum terkejut apabila mendapati seluar dalam miliknya bertaburan.

Menurutnya, beberapa coli dan seluar dalamnya turut bertaburan di atas kereta serta perkarangan rumah keluarganya itu.

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku apabila lelaki berkenaan bertindak berani dengan menceroboh kawasan rumah kami pada jam 1 pagi untuk melakukan perbuatan keji ini.

“Dalam kejadian pertama pada awal Mac lalu, dua helai coli hilang tetapi dikembalikan seminggu kemudian dengan sekeping nota lucah. Saya yakin ia melibatkan individu sama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bercham di sini, kelmarin.

Katanya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang lampu pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian sama berlaku.

“Keluarga sangat bimbang dengan lelaki berkenaan yang mungkin bertindak lebih berani dengan menceroboh rumah pula,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan rondaan di kawasan berkenaan akan ditingkatkan bagi menjaga keselamatan penduduk.

Bilionair Cair Dalam Pesawat

PRAMUGARI Virgin Atlantic menunjukkan kiub ais berbentuk wajah Branson. Gambar kecil, Richard Branson

LONDON: Anda berada 9,800 meter di udara, mempunyai kelengkapan tidur mewah dan bersedia untuk menikmati minuman.

Tetapi kemudian, berlaku kejutan apabila anda melihat kepala Sir Richard Branson berada dalam minuman di sebalik potongan lemon.

Mimpi ngeri itu kini menjadi kenyataan bagi semua penumpang kelas satu Virgin Atlantic yang boleh menikmati beberapa kiub ais Branson dalam minuman mereka.

Kiub ais itu direka supaya ketua Virgin itu boleh menjelajah bersama-sama dengan penumpangnya dan mereka pula boleh menikmati pengalaman untuk minum bersama dengan usahawan bilionair itu.

Ia memerlukan enam minggu bagi pasukan empat pereka berkemahiran untuk menghasilkan acuan untuk membuat kiub ais itu.

Mereka memperoleh ukuran tepat bagi kepala Branson dengan menggunakan teknik fotografi terperinci dan teknologi pengimbasan laser.

Keputusannya sungguh menakjubkan. Kiub ais itu sungguh luar biasa, lengkap dengan janggut dan gigi pemilik syarikat penerbangan itu.

Kiub ais itu adalah satu daripada aspek ‘bar dalam pesawat’ syarikat berkenaan, yang paling panjang di udara.

Ketua Eksekutif Virgin Atlantic, Steve Ridgway berkata: “Benson sudah pasti gembira jika mempunyai peluang untuk duduk dan minum bersama dengan semua penumpang. Tetapi jadualnya tidak memungkinkan keadaan itu berlaku.

“Kini dia sudah boleh menyertai tetamu kami ‘menerusi semangat’ di kabin kelas pertama.”

Dan bagi mereka yang tidak berminat terhadap bilionair berusia 61 tahun itu, boleh melihat Branson cair dalam minuman masing-masing. - DM

Upah Samseng Halau Cikgu

PETALING JAYA: Seorang guru wanita yang mengajar di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Damansara di sini, mendakwa hidup dalam trauma dan ketakutan selepas diganggu serta diugut sekumpulan samseng yang dipercayai diupah ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati mangsa mengajar di sekolah berkenaan.

Menurut sumber, guru berkenaan yang berusia 40 tahun menerima lima ugutan sejak 10 April lalu dan ugutan terbaru diterima ketika berada di tempat letak kereta rumahnya, jam 10 pagi, Sabtu lalu.

“Ketika kejadian itu, mangsa yang menuju keretanya dihampiri seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih mengajar di sekolah itu walaupun beberapa kali diberi amaran supaya berpindah.

“Lelaki terbabit yang juga orang sama mengganggunya sebelum ini mengugut dengan mengeluarkan perkataan ‘esok akan mati jika kau berdegil’ dan berpindah dari sekolah berkenaan,” katanya, semalam.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sumber berkata, sekumpulan samseng terbabit turut mengekori guru berkenaan ke mana saja mangsa pergi termasuk membuat gangguan di rumah pada waktu malam apabila pintu rumah diketuk berulang kali.

“Siri gangguan terhadap mangsa bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu di sekolah berkenaan ditimbulkan segelintir ibu bapa pelajar yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu.

“Mangsa yang mengajar subjek Bahasa Melayu menyediakan kertas ujian pelajar dalam bahasa itu dan tindakan itu menyebabkan ibu bapa pelajar terbabit tidak berpuas hati. “Mangsa yang tidak tahan dengan gangguan itu membuat laporan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama dan memohon untuk ditukarkan sekolah lain kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Zakar Menegang, Lelaki Saman BMW

SAN FRANCISCO 1 Mei - Seorang lelaki memfailkan saman terhadap dua buah syarikat berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya apabila alat sulitnya menegang selama dua tahun selepas menunggang sebuah motosikal berkuasa besar.

Henry Wolf yang menetap di sini, mengemukakan saman tersebut terhadap syarikat pengeluar motosikal, BMW dan juga Corbin-Pacific Inc., yang bertanggungjawab membuat tempat duduk kenderaan itu di Mahkamah Agung San Francisco, minggu lalu.

Dalam saman tersebut, Wolf mendakwa pada mulanya dia sangat gembira dapat menunggang motosikal BMW 1993 yang dilengkapi tempat duduk Corbin-Pasific, dalam tunggangan selama dua jam tanpa henti.

Namun, secara tiba-tiba selepas itu, alat sulitnya mengalami ketegangan sepanjang masa yang didakwanya berpunca daripada rekaan tempat duduk berbonggol dan kegagalan pembuatan serta pemasangan oleh defendan.

Peristiwa tersebut menurutnya berlaku pada 1 Mei 2010 dan sejak itu, keadaannya berterusan sehingga sekarang.

Wolf turut menyatakan bahawa aktiviti hariannya terjejas termasuk tidak dapat melakukan hubungan seks, yang menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan mental yang teruk.

Sementara itu, sebuah blog automotif, Rushlane melaporkan, kejadian seperti itu bukan yang pertama pernah berlaku.

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ia dilihat mempunyai kaitan langsung antara rekaan tempat duduk motosikal dan masalah berkaitan seperti kesuburan dan mati pucuk.

Menurut blog tersebut, getaran yang berterusan sepanjang tunggangan ditambah keadaan tempat duduk, dikatakan menjadi punca masalah tersebut berlaku. - AGENSI

Lelaki Genius Kawal Lalu Lintas

BERRY di luar sekolah tempat dia bekerja.

LONDON: Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di sebuah sekolah.

Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.

Tetapi, selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce, 70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: “Saya gemar berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat ketika pergi dan balik sekolah.” Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.

Berry yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang sebelum menjadi penterjemah.

Bruce menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.

“Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana,” katanya. - DM

Pesawat Dihiasi Gambar Hello Kitty

BADAN sebuah pesawat Eva Airlines yang dihiasi dengan gambar watak kartun Hello Kitty berada di Lapangan Terbang Taoyuan, utara Taiwan kelmarin.

TAIPEI - Badan sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Eva Airlines di Taiwan dihiasi dengan gambar watak kartun Hello Kitty.

Syarikat itu bekerjasama dengan firma komik Jepun, Sanrio yang memiliki jenama Hello Kitty untuk mempamerkan gambar kartun tersebut.

Pelapik tempat duduk pesawat tersebut juga dihiasi dengan gambar itu. - AGENSI

Aplikasi Android Ukur Radiasi Telefon Bimbit

Aplikasi Android ini mampu mengesan paras radiasi dari telefon bimbit yang meningkat dan ia seterusnya akan meminta pengguna menjauhkan telefon bimbit atau menggunakan pembesar suara. - AGENSI

LONDON 1 Mei - Satu aplikasi baru Android boleh memberitahu pengguna mengenai berapa banyak radiasi elektromagnetik yang dipancarkan telefon bimbit ke otak, sekali gus memberi amaran bila sepatutnya ia dijauhkan.

Bagaimanapun, aplikasi yang dinamakan Tawkon itu tidak akan dinikmati oleh pengguna iPhone selepas pengasasnya, mendiang Steve Jobs dilapor menolaknya dengan memberi alasan 'tidak berminat.'

"Tawkon merupakan aplikasi percuma yang memberi amaran kepada penggunanya apabila paras radiasi daripada telefon bimbit meningkat. Ia turut memberitahu cara untuk mengurangkannya," kata seorang daripada pengasas aplikasi tersebut, Amit Lubovsky.

Menurutnya, aplikasi itu akan mengesan aktiviti komponen terlibat yang mengundang peningkatan paras radiasi dan seterusnya akan mencadangkan kepada pengguna supaya menjauhkan telefon dari telinga atau menghentikan perbualan.

Aplikasi itu dikatakan telah dimuat turun sehingga 10,000 kali dalam masa kurang seminggu.

Lubovsky berkata, setiap telefon sememangnya tersedia dengan keperluan melindungi penggunanya, namun pengguna tidak mempunyai cara untuk mengetahuinya.

Justeru, Tawkon yang dilancarkan pada bulan lalu bertindak mengumpul maklumat yang terkandung dalam telefon bimbit dan mencadangkan agar pengguna mengambil langkah menjauhinya.

Walaupun sehingga kini tiada bukti kukuh mengenai kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan kesihatan, namun Agensi Perlindungan Kesihatan (HPA) memberi amaran mengenai risiko dalam tempoh 15 tahun akibat pendedahan kepada radiasi. - AGENSI

Ketam Gergasi Tasmania Dipamer Di London

Pengurus akuarium Sea Life, Jemma Battric, memegang ketam gergasi diberi nama Claude, yang saiznya menyamai 100 ekor ketam biasa di Britain. Ia akan dipamerkan di akuarium Sea Life, Weymouth, Dorset. - AGENSI

LONDON 1 Mei - Seekor ketam gergasi Tasmania yang ditangkap nelayan Australia pada bulan lalu sepatutnya dimasak, namun takdir menyebelahinya apabila sebuah akuarium di sini bertindak membelinya pada harga 3,000 pound (RM14,723).

Selepas 29 jam diterbangkan dari Australia ke London dan dikuarantin selama dua minggu, ketam gergasi diberi nama Claude itu telah bersedia untuk dipamerkan kepada orang ramai di London.

Claude menjadi ketam terbesar yang pernah dipamerkan di United Kingdom dengan berat 6.8 kilogram dan cangkerangnya setebal 38 sentimeter, cukup untuk membuat sebanyak 160 kek ketam.

Ia mempunyai saiz yang agak besar iaitu menyamai 100 ekor ketam biasa di Britain dan beratnya ketika ini mampu bertambah sekali ganda kerana umurnya yang masih 'remaja'.

Claude ditangkap di perairan pantai Tasmania pada bulan lalu dan dijual kepada kumpulan Sea Life bersama dua ekor lagi ketam gergasi Tasmania.

Ia akan dipamerkan di pusat Sea Life di Weymouth, Dorset pada Khamis ini, manakala dua lagi ketam tersebut akan ditempatkan di Birmingham dan Berlin tertakluk kepada tindak balas Claude di 'rumah' barunya itu.

Buat masa ini, Claude ditempatkan di sebuah tangki berbentuk silinder yang mempunyai ketinggian tiga meter dan lebar, 1.8 meter.

Dalam habitat asalnya, ketam hanya makan benda-benda mati, namun Claude kini diberi makan ikan tenggiri yang dipotong dadu serta sotong dan dia dilaporkan gembira dengan diet barunya itu. - AGENSI

Tanda-Tanda Wanita Masih Dara Atau Tidak

Banyak cara-cara yang boleh digunakan untuk mengetahui apakah si Dia/seorang awek masih perawan. Namun jika anda & Dia belum menikah tentunya akan mengalami kesulitan tersendiri ketika menilainya. Jika anda sudah menikah, anda boleh mudah melihat secara langsung dari bentuk vaginanya, melihat keberadaan dan keutuhan selaput dara yang ada di vagina.

Wanita yang masih perawan akan merasa kesakitan walau hanya dilihat selaput daranya kerana vagina terenggang, terlebih jika bahagian dalam vagina tersentuh oleh benda asing pasti akan kesakitan. Namun bagaimana menilai keperawanan jika melihat dari bentuk fizikal. Bagi anda yang belum menikah bolehlah mempelajari ciri fizikal ini untuk menilai keperawanan seseorang. 

1. Dahi 
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal. 

2. Hidung 
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. 

3. Mata 
Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati.Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. 

Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam (tanda memar) bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata disamping warna hitam dibawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput). 

4. Payudara 
Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. 

Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.

Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza. 

5. Garis Tapak Tangan 
 Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergik), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. 

Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain 

6. Jari Tapak Tangan 
 Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?

Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. 

Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan) , tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam.. 

7. Perut 
Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit. 

8. Rambut 
Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelhatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu). 

9. Bibir 
Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. 

Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul. 

10. Leher 
Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. 

Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas dileher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak.