Kelebihan Si Tangan Kidal

Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.


Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.



Badan Manusia Boleh Terbakar Sendiri

Adakah Pembakaran Spontan Manusia (Spontaneous Human Combustion, SHC) akibat daripada api misteri yang mengerikan dalam badan, atau salah tafsiran mengenai perkara yang jarang berlaku, dimana ia membakar badan hingga membawa maut? Pakar-pakar masih mengkaji misteri orang-orang yang terbakar ini, dan belum menemui sebarang sebab saintifik yang jelas.

Pada bulan Disember 1966, badan Dr. J. Irving Bentley berusia 92 tahun ditemui di rumah beliau, Pennsylvania oleh pembaca meter. Sebenarnya, hanya sebahagian daripada kaki Dr. Bentley dan selipar ditemui. Seluruh badan beliau telah dibakar menjadi abu. Lubang lantai bilik mandi adalah satu-satunya bukti kebakaran jenis ini telah membunuhnya, dimana keadaan dalam rumah masih sempurna dan kekal dalam keadaan baik.
Bagaimana seorang lelaki boleh terbakar? dengan sumber percikan api atau nyalaan yang tidak jelas dan kemudian membakar sepenuhnya tanpa merosakkan apa-apa di sekelilingnya?

Kes Dr Bentley dan beberapa ratus orang lain seperti itu telah dilabelkan sebagai "pembakaran spontan manusia" (SHC). Walaupun dia dan mangsa fenomena yang lain hampir dibakar sepenuhnya, persekitaran mereka, dan walaupun kadang-kadang pakaian mereka, kekal hampir tidak disentuh. Bolehkah manusia terbakar secara spontan? Ramai orang berfikir pembakaran spontan manusia adalah kejadian yang sebenar, tetapi kebanyakan ahli-ahli sains tidak begitu yakin.

Apakah Pembakaran Spontan Manusia? Pembakaran spontan berlaku apabila objek dalam kes pembakaran spontan manusia, orang terbakar menjadi api dari reaksi kimia dalam badan tanpa dinyalakan oleh sumber haba dari luar.

Kes pertama yang diketahui pembakaran spontan manusia datang dari anatomi Denmark Thomas Bartholin pada tahun 1663, yang diterangkan bagaimana seorang wanita di Paris "menjadi abu dan asap" ketika dia tidur. Tilam jerami di mana dia tidur tidak terkesan oleh api. Pada tahun 1673, rakyat Perancis bernama Jonas Dupont menerbitkan koleksi kes-kes pembakaran spontan dalam karyanya "De Incendiis Corporis Humani Spontaneis."

Beratus-ratus kes pembakaran spontan manusia sejak masa itu mengikuti pola yang sama: mangsa hampir sepenuhnya terbakar, biasanya di dalam rumah . Di tempat kejadian kadang-kadang didapati berbau manis, dan berasap di dalam bilik di mana kejadian itu berlaku. Apa yang membuatkan badan-badan hangus dalam gambar yang diambil pada mangsa pembakaran spontan manusia adalah pelik kerana tulang rangka mangsa kebiasaannya tidak rosak. Walaupun tubuh badan dan kepala hangus, tetapi tangan, kaki, dan atau sebahagian daripada kaki mungkin tidak terbakar. Selain itu, bilik di sekitar mangsa menunjukkan sedikit atau tidak ada tanda-tanda punca api, selain dari sisa-sisa berminyak yang kadang-kadang tinggal di perabot dan dinding.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, organ-organ dalaman mangsa masih tidak disentuh manakala di luar badan hangus terbakar. Tidak semua mangsa pembakaran manusia spontan hanya terbakar. Beberapa menunjukkan kesan terbakar pelik pada badan mereka yang tidak mempunyai sumber yang jelas, atau asap berpunca daripada tubuh mereka apabila api tidak ada. Tidak kesemua tiap-tiap orang yang telah terbakar meninggal dunia. Hanya peratusan kecil mangsa sebenarnya terselamat dari apa yang telah dipanggil pembakaran spontan mereka.


Imam Muda Fattah ‘Sound’ Minah Sebab K-POP

Isu mengenai dunia muzik K-POP nampaknya timbul satu-persatu sejak akhir-akhir ini.

Dari kisah Jay park yang datang ke Malaysia untuk pelancaran albumnya, hinggalah kepada artis negara, Zed Zaidi mahu kebanjiran artis-artis luar lebih-lebih lagi artis bergenre K-POP disiasat kerajaan menjadi kecoh dan hangat.

Kalau nak diikutkan, penulis tahu terlalu ramai remaja perempuan di luar sana yang terlalu ‘gila’ dengan drama Korea dan muzik-muzik K-POP yang semakin hari semakin menyerlah dalam industri hiburan.

Yang pastinya, ‘kegilaan’ itu adalah disebabkan betapa kacak dan tampannya pelakon-pelakon Korea.

Tatkala menonton drama Korea, mesti menjerit bagai nak rak perkataan ‘hensemnya’!

Penulis tertarik dengan kata-kata Imam Muda Fattah, seorang penceramah yang lahir dari rancangan realiti pencarian Imam Muda di laman sosial Facebooknya.

Sedikit lucu membaca status yang dimuat naik oleh Imam Fattah yang seakan-akan menegur ‘manja’ sikap dan pemikiran anak-anak muda sekarang terutama sekali golongan remaja perempuan.

Bagi penulis, apa yang ditegur oleh Imam Fattah tidak salah dan ada kebenarannya.

Tidak salah juga untuk meminati seseorang pelakon Korea atau terlalu obses dengan muzik-muzik K-POP.

Cuma, perlulah mengingatkan diri sendiri supaya setiap perkara yang kita minati itu ada batas-batas dan tidak boleh terlalu berlebihan.

Di dalam Islam sendiri, Allah S.W.T telah menggariskan beberapa panduan dalam kehidupan bagaimana untuk kita berhibur.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Dan di antara manusia (ada) orang yang membeli lahwal hadis (perkataan yang tidak berguna) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan, mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan” Surah Luqman; 6.

Jadi, sudah terang di sini, sekiranya perasaan minat itu terlalu dibawa-bawa sampaikan kepada membawa perubahan niat dan tingkah-laku, maka, akan terumbang-ambinglah kehidupan kita nanti.

Niat remaja perempuan itu untuk belajar dan mendalami bahasa Korea tidak salah. Tetapi, kalau dah keterlaluan seperti niat untuk belajar bahasa Korea hanya kerana ingin pergi ke konsert Korea, lari jauh rasanya matlamat dan tujuan.

Tetapi, berbaliklah kepada perkara yang harus dan wajib yang perlu kita lakukan berbanding perkara-perkara yang boleh melalaikan diri kita sendiri.

Apa kata anda? Tepuk dada, tanyalah iman dan hati.



Kanibal Gay Diburu Di Eropah

MAGNOTTA...diburu
LONDON: Seorang lelaki yang merakam gambarnya ketika memotong mayat kekasih sebelum menghantar bahagian tubuh mangsa kepada ahli politik di Kanada, kini diburu di seluruh Eropah.

Luke Magnotta yang disyaki melakukan kanibalism, berlepas dari Kanada ke Perancis selepas memuatnaikkan rakaman pembunuhan itu di Internet.

Polis Britain bimbang bintang porno berkenaan kini berada di negara itu.

Enam bulan lalu, dia menginap di sebuah bilik di Fusilier Inn, Wembley, di London Utara, ketika datang untuk bersiar-siar ke negara itu.

Ketika di Britain, dia disoal oleh wartawan selepas memuatnaikkan filem dalam Internet yang menunjukkan seekor ular diberi makan seekor anak kucing.

Dalam e-mel kepada akhbar The Sun pada Disember lalu, dia berkata: “Anda akan mendengar lebih banyak lagi daripada saya. Selepas ini, mangsa bukanlah haiwan yang kecil.”

Dia juga memberi amaran serupa kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Semalam, ketika 190 negara menyertai operasi memburu Magnotta, polis Kanada mengenal pasti mangsa sebagai Lin Jun, pelajar China yang belajar di Montreal.

Polis berkata, Lin, 33, menjalinkan hubungan dengan Magnotta, 29.

Penyiasat di Perancis memberitahu akhbar The Mail, Magnotta berlepas dengan pesawat dari Kanada ke Paris Sabtu lalu.

Pembunuhan dipercayai berlaku sehari sebelum itu.

Kaki mangsa dilapor sampai di ibu pejabat Parti Konservatif di Ottawa pada Selasa dan tangan dihantar ke pejabat Parti Liberal negara itu.

Seorang penyiasat Perancis berkata: “Magnotta taksub dengan Menara Eiffel dan Moulin Rouge dan yakin dia boleh bersembunyi di negara yang disukainya.”

Ketua Polis Montreal, Ian Lafreniere berkata, pihaknya kini menyiasat dengan melayari Internet memandangkan Magnotta menggunakan beberapa laman sosial untuk meluahkan rasa bangga kerana dapat melarikan diri.

Lafreniere juga memberi amaran, lelaki itu bijak menyamar diri, termasuk menyerupai wanita dengan memakai rambut palsu.

Polis berkata, Lin tiba di Montreal Julai lalu dan belajar di Universiti Concordia.

Keluarganya terputus hubungan dengannya sejak 24 Mei.

Beberapa hari kemudian, pekerja menemui sebahagian mayat dalam beg pakaian berhampiran apartmen Magnotta dan beberapa lagi dalam flat lelaki itu.

Video pembunuhan itu berdjudul ‘1 Lunatic 1 Ice Pick’ menunjukkan seorang lelaki diikat pada katil, ditikam dan dipotong dengan pisau dan pemecah ais. - DM


3 Perihal kehidupan

3 Perihal kehidupan
i. Harapan
ii. Keikhlasan
iii. Kejujuran

Ada 3 hal yang paling berharga
i. Kasih Sayang
ii. Cinta
iii. Kebaikan

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti
i. Kekayaan
ii. Kejayaan
iii. Mimpi

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang
i. Komitmen
ii. Ketulusan
iii. Kerja keras

Ada 3 hal yang membuat kita sukses
i. Tekad
ii. Kemahuan
iii. Fokus

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu
i. Rezeki
ii. Umur
iii. Jodoh

TAPI…., ada 3 hal dalam hidup yang PASTI
i. Tua
ii. Sakit
iii. Kematian.

Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang.. maka sayangilah dia serta kasihilah dia.. bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya.. murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya.. jika dia melangkah, selamatkanlah dia.. permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Bijaknya Yahudi Menipu Kita - Info Patut Disebarkan!

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi, kepekatan toksin tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar makan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan Melayu kita jugalah yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni menggalakkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen di wanita. Selain itu, soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Sami Sujud Dan Berdoa Sejauh 1,800km

TAM MAN bersujud di sebatang jalan di wilayah Ninh Binh, sekitar 90 kilometer ke selatan Hanoi kelmarin.

HANOI - Seorang sami Buddha, Thich Tam Man melakukan sujud serta berdoa sejauh 1,800 kilometer (km) dengan masa diambil adalah selama 10 jam sehari.

Tam Man yang nama sebenarnya, Le Minh merupakan seorang bekas doktor perubatan. Dia memulakan perjalanannya sejak tahun 2009 dari kuil Buddha Hoang Phap, dekat bandar Ho Chi Minh menuju ke gunung Yen Tu yang terletak 150km ke timur Hanoi.

Lelaki itu akan melutut dan berdoa pada setiap langkahnya. Dia percaya bahawa setiap doa yang dibacanya akan memadamkan kesalahan masa silamnya. Tam Man juga berdoa untuk keamanan dunia.- Reuters


Pelajar Mengaku Makan Otak, Hati Rakan Sebilik

Alexander Kinyua

WASHINGTON - Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.

Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.

Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.

Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.

Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. - AFP

Askar Paling Berani Di Dunia

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu Askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat Askar saya sangat berani dan siap mati”

2. Jerman
Jendral : Askar maju sini
Askar : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan bilang ” Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG”

3. Indonesia
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mau jendral !
Jendral : Sebrangi cepat !!
Askar : Tidak mau jeneral !
sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan Askarnya, namun tetap di tolak.
Si Jeneral berkata “Lihat Askar saya yang paling berani…. perintah jendral langsung bisa dia tolak…”