Cari Makan Dengan Menari Hip Hop

CARLOS menari hip hop di sebatang laluan di Lisbon kelmarin.

LISBON - Seorang pemuda, Elizeu Carlos menari hip hop di jalanan untuk mendapatkan wang di sini.

Carlos, 22, terpaksa 'mencari makan' di jalanan selepas bilangan anak muridnya untuk mempelajari tarian tersebut semakin merosot sejak dua tahun lalu.

Bilangan tempahan untuk mendapatkan khidmatnya menari dalam beberapa festival juga kian merosot ketika Eropah dilanda krisis kewangan.

Justeru, dia terpaksa menari di jalanan untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi menyara kehidupannya. - Agensi




Hantu Bernyawa - Janda 'Dimatikan' Sejak 11 Tahun Lalu


JOHOR BAHRU: “Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi ‘dimatikan’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.

“Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.

“Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.

Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001.



Amukan Gagal Beli Rokok


GEORGE TOWN - Seorang pesakit mental mengejutkan sebahagian penghuni flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini apabila pemuda itu bertindak mengamuk dan memukul kedua-dua ibu bapanya menggunakan batang kayu mop Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, suspek berusia 30-an sebelum itu dipercayai meminta wang daripada bapanya untuk membeli sebatang rokok tetapi permintaannya ditolak.

Suspek yang berang kerana hajatnya tidak ditunaikan tiba-tiba bertindak ganas dengan mencapai batang kayu mop di dalam rumah lalu melibas ke arah muka bapanya yang berumur 60-an.

Bagaimanapun, libasan pertama batang kayu mop tersebut mengenai kepala ibunya yang ketika itu cuba melindungi si suami. Suspek tidak berhenti di situ malah bertubi-tubi menghayun kayu mop tersebut sehingga menyebabkan pasangan warga emas itu cedera.

Bunyi bising daripada jeritan anak beranak itu mengejutkan jiran yang sebahagian besar sedang nyenyak tidur.



Sungai Verzasca, Switzerland - Sungai Terjernih di Dunia


Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti.

Menyentuh bab keindahan ini, terdapat Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore.

Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.

Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping
























Jacob's Ladder - Tangga Lurus Terpanjang Di Dunia


Terletak di Pulau St. Helena (sebuah pulau kecil di tengah-tengah lautan Atlantik), Jacob’s Ladder merupakan tangga lurus terpanjang di dunia dengan 699 anak tangga. Ianya dibina pada tahun 1829 sebagai jalan utama untuk mengangkut barang-barang dari pusat bandar ke kawasan ladang penanaman.