Mabuk Memalukan - Taylor Swift

LOS ANGELES 19 Nov. - Penyanyi country dan pop Taylor Swift menyifatkan perbuatan minum alkohol sampai mabuk sebagai perkara paling memalukan.

Swift juga tidak suka berparti kerana merasakan ia akan memberikan tanggapan buruk yang akan diikuti peminat mudanya.

Penyanyi itu berkata, mabuk bukan satu perbuatan yang baik.

"Saya tidak suka minum sampai mabuk kerana ia tidak hebat,'' katanya.

Swift, 21, juga memberitahu, dia tidak pernah menghisap ganja seperti orang lain.

"Saya tidak mahu merokok atau menghisap ganja kerana saya seorang penyanyi,'' ujarnya. - Agensi

Tengkorak, Tulang Manusia Bersepah

Anggota polis menyiasat kawasan tengkorak dan tulang manusia dijumpai di Bukit Tinjau, Ampang Jaya semalam.

AMPANG JAYA – Seorang kontraktor terkejut apabila menemui tengkorak dan tulang beberapa bahagian badan manusia ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di cerun berhampiran Bukit Tinjau di sini semalam.

Tengkorak dan rangka manusia itu ditemui pada pukul 11 pagi ketika kontraktor bersama seorang rakannya turun ke kawasan cerun yang mempunyai kecuraman kira-kira 15 meter.

Kontraktor yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 40-an berkata, tengkorak itu ditemui di satu kawasan di bawah cerun bersama beberapa tulang yang berselerakan.

“Biasanya kawasan cerun ini ditakungi air apabila hujan namun hari ini (semalam) air telah surut menyebabkan rangka itu dapat dilihat dengan jelas.

“Sebaik menemui tengkorak dan tulang manusia itu saya segera memaklumkan kepada polis,” kata Mohamad.

Mohamad memberitahu, berdasarkan keadaan tengkorak tersebut, rangka itu dipercayai milik seorang wanita

Budak 13 Tahun Curi Bas Kilang

SEREMBAN - Suasana malam di Taman Rasa Sayang di Senawang di sini yang lazimnya aman damai bertukar kecoh semalam apabila seorang budak lelaki bertindak mencuri dan memandu sebuah bas kilang sebelum melanggar enam buah kereta yang diletakkan di kawasan taman itu.

Bunyi dentuman kuat akibat bas tersebut merempuh kereta milik penduduk pada pukul 12 tengah malam menyebabkan ramai penghuni yang sudah tidur terjaga.

Mereka yang meninjau dari rumah masing-masing terkejut apabila ternampak bas tersebut dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang oleh seorang budak lelaki berusia 13 tahun.

Suasana mencemaskan selama kira-kira 10 minit itu hanya berakhir selepas bas itu dikejar beberapa penduduk yang menunggang motosikal sebelum ia berhenti di sebuah kawasan rumah kedai di taman tersebut.

Budak lelaki itu memandu bas tersebut sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi bas itu dicuri.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli berkata, ketika kejadian dia berada di sebuah masjid berhampiran sebelum terdengar bunyi satu dentuman kuat.

Ketika dia menjenguk keluar dari masjid, dia terkejut melihat sebuah bas dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sambil dikejar beberapa penduduk.

"Mereka lebih terkejut apabila melihat bas itu melanggar sebuah kereta penduduk yang diletakkan di bahu jalan.

"Bas itu terus bergerak sebelum ia melanggar lima buah kereta lagi yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di taman itu," kata Zulkifli ketika ditemui di sini semalam.

Kejadian Seram Di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital
ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang
ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi
tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor
memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat
yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab
kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit
lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran
sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul
08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik

ICU itu terbuka....
Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja
sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut....
soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan..
vacuum cleanernya..

Fakta Menarik Tentang Pornografi

Fakta ni sekadar pengetahuan am

1. Pengguna internet mengakses laman web pornografi ialah waktu kerja antara pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Mentang-mentang la internet kat opis laju kan…memang syok la layan…

2. 12% dari laman web terdapat di dalam dunia internet berunsurkan pornografi.

3. 25% bahan dicari menggunakan laman web pencarian (search engine) berunsurkan pornografi…

4. Di setiap saat, pengguna internet seluruh dunia hampir membelanjakan sebanyak $89.00 untuk mengakses pornografi…perghhh……banyak giler…..

5. Pengakses pornografi di dunia 72% lelaki dan 28% wanita….biasalahkan nama lagi lelaki….benda macam ni memang makanan golongan lelaki….

6. Perkataan “sex” adalah perkataan paling banyak dicari di laman-laman web pencariaan (search engine

7. Boleh dianggarkan 266 laman web pornografi baru muncul setiap hari….wow!! banyak giler….

8. Kebanyakkan laman web pornografi di internet dicipta oleh 3% orang united kingdom, 4% warga jerman dan 89% ialah warga amerika syarikat

Info Taj Mahal

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Asal Dan Inspirasi
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.


Pengaruh
Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibena Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibena ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.


Pembinaan
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.


Taman Rekreasi
Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.


Seni Khat
Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .



Kontraktor Projek 
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

* Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
* [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
* Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
* Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
* Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
* Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
* Muhammad Hanif - penyelia
* Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
* Pengukir dari Bukhara.
* Kaligrafi dari Syria dan Farsi.
* Inlayer dari India Selatan.
* Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.


Bahan Binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.


Arkitek Dipancung
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Mahal seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

Bayi Dibungkus, Ditembak Ibu

SARAH bersama Warren dan Maggie 10 bulan lalu.

ILLINOIS: Seorang wanita dipercayai membunuh teman lelaki dan tiga anaknya di sebuah bandar kecil di sini sebelum menembak dirinya.

Gambar yang dirakam 10 bulan lalu menunjukkan Sara McMeen dan Daniel Warren tersenyum bersama-sama-sama anak yang baru dilahirkan, Maggie.

Ketiga-tiganya mati bersama dengan dua anak Sarah yang lain, Skyler, lapan dan Ian, tujuh, dalam kes pembunuhan dan bunuh diri yang melenyapkan seluruh keluarga terdiri daripada lima orang itu di Emmington, Illinois.

Seorang jiran menceritakan bagaimana Sarah meletakkan Maggie di atas tanah, menyelimutkannya dan kemudian menembaknya dari jarak dekat dengan sepucuk pistol separuh automatik. Dia sebelum itu dipercayai sudah menembak mati teman lelakinya, Warren, 29, dan dua anaknya, lapor akhbar Pontiac Daily Leader.

Jiran itu lari untuk meminta bantuan tetapi apabila kembali, Sarah juga sudah mati selepas menembak dirinya.

Jiran itu memberitahu Daily Leader, dia keluar dari rumah apabila mendengar bunyi tembakan dan melihat Sarah membungkus anaknya dengan selimut di atas tanah di belakang rumahnya.

Apabila jiran berkenaan bertanya mengenai keadaannya, Sarah menjawab: “Tidak, semuanya tidak OK.” “Dia kemudian membongkok dan menembak bayi itu,” kata jiran berkenaan.

Pihak berkuasa tidak mengesahkan laporan Daily Leader tetapi berkata, pembunuhan itu adalah kes bunuh dan bunuh diri.

Ia berlaku di sebuah rumah di Emington, bandar yang mempunyai hanya 100 penduduk, tempat Skyler dan Ian, dia anak Sarah yang lain, dilihat turun dari bas sekolah tidak lama sebelum dibunuh. - Agensi

Ditembak Sebelum Sempat lLihat Kelahiran Anak Sulung

MANJUNG: Menyayat hati apabila seorang bakal bapa tidak sempat melihat kelahiran anak sulungnya selepas ditembak bertalu-talu lelaki tidak dikenali di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan, dekat sini.

Ketika kejadian, mangsa, Teoh Cail Winn, 31, baru pulang dari tempat kerjanya dan tidak sempat masuk ke dalam rumah apabila ditembak seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Mangsa yang terus rebah berlumuran darah, sempat meminta tolong dan dibawa ke hospital oleh jiran sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Motif pembunuhan kejam mangsa dalam kejadian jam 9.45 malam, 27 Oktober lalu yang juga hari kedua Deepavali masih menjadi misteri hingga kini apabila dua lelaki utama disyaki pembunuh upahan profesional kes itu masih bebas.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan berkata, polis memandang serius kes ini dan mengumpul maklumat hasil siasatan bagi memberkas dua suspek terbabit.

Beliau meminta orang ramai terutama penduduk sekitar kawasan kejadian dan berhampirannya supaya bekerjasama dengan tampil memberikan sebarang maklumat mengenainya.

“Siasatan kes masih berjalan, tetapi berdepan halangan disebabkan tindakan segelintir masyarakat yang tidak memberi kerjasama walaupun ada maklumat mengenainya disebabkan sikap enggan mencampuri urusan orang lain,” katanya.

“Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa polis akan melipatgandakan usaha bagi menyelesaikan kes sekali gus mengheret suspek ke muka pengadilan,” katanya.

Wanita Ambil Masa Tiga Minit Pilih Kekasih

LONDON - Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa dilakukan sempena pelancaran buku terbaru, Instinct yang dihasilkan oleh penulis Britain, Ben Kay.

Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.

"Kajian ini mengejutkan kerana wanita membuat keputusan mengenai lelaki dengan begitu cepat," kata Kay.

Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita.

Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka.

Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.

Sebanyak 88 peratus wanita percaya pada rasa hati mereka berhubung penilaian terhadap lelaki.

Lelaki dan wanita menyatakan bahawa mereka bergantung pada rasa hati masing-masing semasa membuat keputusan mengenai teman hidup. - Agensi