5 Jenis Lelaki Yang Wanita Patut Putuskan Hubungan

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya dan masa lapang mereka.

5. Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.

Dua ‘Spiderman’ Myanmar patah kaki

GEORGETOWN - Tindakan kurang bijak dua 'Spiderman' warga asing yang mahu menunjukkan kebolehan melompat dari bangunan tinggi membawa padah apabila cedera parah selepas melakukan aksi terjun dari tingkat tiga sebuah apartmen di Maccallum di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, kedua-dua lelaki warga Myanmar itu pada mulanya minum bersama di sebuah gerai sebelum berlaku pertengkaran dan cabar-mencabar sesama mereka bagi menunjukkan kehebatan masing-masing untuk melompat dari tingkat tiga apartmen itu.

Akibat ingin tunjuk aksi berani itu, lelaki berusia 24 tahun patah kaki dan tangan kanan manakala seorang lagi berusia 26 tahun patah kaki kiri serta cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dua lelaki itu ditemui berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan oleh beberapa penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 11.55 malam.

Beliau berkata, menurut beberapa saksi, kedua-duanya dilihat membuat bising dan bercakap kuat antara satu sama lain di tepi tangga di tingkat tiga perumahan berkenaan sebelum kedua-duanya ditemui cedera terbaring di atas jalan.

"Mereka dikatakan menjerit antara satu sama lain sebelum ditemui berlumuran darah di tingkat bawah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kong Meng berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan tetapi polis tidak menolak kemungkinan mereka bergaduh.

"Polis belum mengklafikasikan kes itu mengikut apa-apa seksyen kerana belum mendapat keterangan daripada kedua-duanya yang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya.

Keluarga Sindrom 'Serigala' Dirawat

BUDHATHOKI (dua dari kiri) bersama anak-anaknya, Mandira (kiri), Niraj (dua dari kanan) dan Manjura di Hospital Model Kathmandu di Nepal semalam. - AFP

KATHMANDU - Sebuah keluarga yang menghidap sejenis penyakit genetik yang menyebabkan muka mereka ditumbuhi rambut tiba di sini semalam untuk menjalani rawatan.

Devi Budhathoki, 37, dua anak perempuannya yang berumur 13 tahun dan lima tahun serta seorang anak lelakinya berusia 12 tahun menanggung malu kerana penyakit tersebut.

Penyakit tersebut dikenali sebagai hypertrichosis yang menyebabkan rambut tumbuh antara mata dan dahi mereka.

Rambut yang banyak pada muka itu menyebabkan mereka kelihatan seperti serigala.

"Anak-anak saya telah berbincang mengenai kehidupan baharu sejak kami menerima maklum balas daripada sebuah hospital yang akan merawat kami," kata Budhathoki.

Dia merupakan seorang petani dari sebuah kampung terpencil, Khare dekat sempadan Tibet.

Pihak pengurusan Hospital Model Kathmandu bersetuju untuk merawat mereka.

"Prosedur yang terbaik untuk mereka mungkin merupakan rawatan laser untuk membuang rambut," kata Dr. Shankar Man Rai yang memantau rawatan keluarga tersebut.

Penyakit itu juga dikenali sebagai sindrom serigala dan sejak beberapa abad lalu, penghidapnya menjadi bahan tontonan pada pameran aneh dan sarkas.

Menurut Budhathoki, anak lelakinya berasa bosan dengan sindiran daripada rakan-rakannya.

"Dia (anak lelakinya) telah memberitahu rakan-rakannya bahawa dia akan kembali dengan muka baharu," katanya.

Budhathoki menyatakan, anak-anaknya tidak mahu pergi ke sekolah kerana keadaan mereka itu.

Dia dan suaminya, Nara juga mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun dan seorang anak perempuan berumur 17 tahun.

Namun, kedua-duanya tidak menghidap penyakit tersebut. - Agensi

Tunjuk Kemaluan Depan Jiran

TELUK INTAN - Seorang lelaki hilang pertimbangan dan bertindak berbogel sambil menunjukkan kemaluannya ke arah seorang gadis berusia 17 tahun, di Jalan Pendamar, di sini.

Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang juga jiran lelaki itu dikatakan sedang mencuci pakaian di rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Menurutnya, gara-gara terdengar bunyi seakan-akan kucing, mangsa bertindak mencari arah bunyi itu sebelum ternampak seorang lelaki berbogel sambil menunjukkan kemaluan ke arahnya.

“Terkejut dengan tinda*kan lelaki ini, mangsa bergegas masuk ke dalam rumahnya sebelum membuat laporan polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.

“Sepasukan polis telah dikejarkan ke tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lelaki ini tiada di premisnya,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, ketika kejadian, suspek dikatakan turut mengambil minuman beralkohol dan kelakuan tidak bermoral berkenaan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol.

“Kami sedang mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini, lelaki berkenaan dilaporkan pernah melakukan aksi lucah melampau kepada beberapa orang jirannya.

Rakan Tercampak Keluar Dari Bas Sekolah

JITRA - “Saya tergamam melihat seorang rakan kami tercampak keluar dari bas sekolah yang kami naiki selepas terlibat dalam kemalangan ini,” kata seorang mangsa, Muhammad Aisar Hamzah 11.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, seramai 11 murid dan seorang guru dari Sekolah Rendah Al-Azhar, Gelong di sini cedera selepas bas sekolah yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Kilometer 16.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala Alor Setar, petang semalam.

Seorang mangsa, yang juga murid tahun satu, Afif Shahmi Abdul Salam tercampak keluar dari bas menyebabkannya cedera di kepala dan mulut.

Murid tahun tiga, Zihni Ilman Zairi, 9, yang patah kaki kiri dipindahkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, untuk menjalani pembedahan, manakala semua mangsa lain dirawat di Hospital Jitra.

Difahamkan, guru yang cedera, Mohd Borhan Shariat, 40, juga merupakan pemandu bas sekolah turut patah kaki.

Muhammad Aisar ketika ditemui di tempat kejadian berkata, ketika kejadian dia yang duduk di tempat duduk paling belakang nampak sebuah bas persiaran dipandu laju menuju ke arah bas sekolah mereka.

“Ketika itu, saya hampir terlelap, namun belum sempat memejamkan mata, saya ternampak sebuah bas persiaran yang dipandu laju menuju ke arah bas kami. Bas itu sempat mengelak tetapi berlanggar dengan bas kami lalu menyebabkan seorang rakan kami tercampak keluar.

“Waktu itu semua rakan menjerit dan kebanyakannya cedera akibat tersembam di pemegang kerusi dan lantai bas.

“Kami segera berlari keluar dari bas melalui pintu kecemasan, manakala pemandu yang juga guru kami tersepit di tempat duduk pemandu sebelum diselamatkan bomba,” katanya yang masih fobia dengan kejadian itu.

Difahamkan, bas sekolah itu dalam perjalanan menghantar pulang 40 murid sekolah berkenaan ke rumah masing-masing yang rata-rata tinggal di kawasan Changlun dan Jitra.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.04 petang melibatkan kemalangan antara sebuah bas sekolah yang membawa 40 murid dengan sebuah bas persiaran.

“Seramai 12 mangsa tercedera termasuk pemandu yang tersepit di tempat duduk pemandu. Semua mereka dikejarkan ke Hospital Jitra.

“Manakala tiada kecederaan dilaporkan membabitkan penumpang bas persiaran,” katanya.

Difahamkan bas persiaran itu membawa 44 penumpang dari Shah Alam yang baru pulang bercuti di Langkawi.

Doktor Wanita Ditemui Tergantung

PORT DICKSON – Seorang doktor yang berkhidmat di sebuah hospital di sini, ditemui mati di bilik tidurnya, kelmarin.

Doktor wanita berusia 41 tahun itu ditemui ibu bapanya dalam keadaan tergantung dengan kain sari di jeriji tingkap rumahnya, sekitar 1 tengahari.

Menurut sumber, ketika kejadian, pintu bilik mangsa berkunci, sementara ibunya beberapa kali memanggil, namun tiada sebarang sahutan dari dalam bilik.

“Ibu mangsa dengan bantuan suaminya kemudian bertindak membuka pintu bilik dengan kunci pendua sebelum menemui mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson, di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkefli Adamsah mengesahkan kejadian berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam turut memaklumkan sudah menerima laporan berkenaan kejadian berkenaan.

10 Pembedahan Kosmetik Paling Teruk

10. Hang Mioku - The Dancing Slob

9. Michael Jackson

8. Pete Burns - The Swollen Canal

7. Dennis Avner - A.K.A James Cameron’s Inspiration For Avatar.

6. Eric Sprague - A Lizard Is Officially A Reptile Again

5. Amanda Lepore - The Intolerable Sex Change

4. Michaela Romanini – The Dermal Maniac

3. Jackie Stallone - The Mother Of You Knew Who

2. Jocelyn Wildenstein - I Piss On You Too

1. Donatella Versace - An Exaggerated Description On Foot

Ambulan Terbesar Di Dunia

Kebiasaannya jika berlaku sebarang benca seperti tanah runtuh, sudah pasti kita akan mempunyai masalah untuk membawa ramai pesakit dengan ambulan. Hal ini kerana sebuah ambulan hanya boleh memuatkan seorang pesakit kritikal sahaja, dan ini menyukarkan membawa ramai pesakit ke hospital. Kini terdapat sebuah ambulan canggih yang mana ia mampu membawa sehingga 100 orang pesakit dalam keadaan sakit ringan dan lebih daripada 40 dalam keadaan sakit tenat/berat.Ia turut direkod dalam Guinness sebagai ambulan terbesar di dunia bawa pesakit yang ramai ke hospital.






Dukung Dalam Kereta Sebelum Dinoda

SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.

Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.

Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.

Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.

Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.

Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.

“Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.

“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.

“Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.

“Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam,” katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu.