Polis Selamatkan Patung Seks Disangka Wanita Lemas


Polis di China panik untuk hampir sejam bagi melancarkan operasi untuk menyelamatkan seorang wanita lemas, dan terkejut apabila mendapati mangsa adalah sebenarnya anak patung seks yang dibuang. Kira-kira 1,000 orang berkumpul di tebing sungai di wilayah Shandong menyaksikan kejadian tersebut.

Pekerja perubatan dan anggota bomba bertungkus lumus untuk sampai ke tempat kejadian bagi membantu usaha menyelamatkan setelah mendapat laporan seorang wanita dalam bahaya. Setelah bertungkus lumus akhirnya mereka berjaya untuk mendapatkan mainan getah itu.

Selepas menyedari kesilapan yang memalukan mereka, penyelamat membentangkan anak patung itu kepada orang ramai. Pihak berkuasa telah dipaksa untuk bertindak kerana mainan itu begitu serupa dengan seorang wanita dalam saiz dan rupa.

Wilayah Shandong adalah pusat pembuatan utama untuk permainan seks. Beberapa bulan yang lalu ada dilaporkan bagaimana seorang wartawan muda China telah tersilap mengatakan mainan seks adalah cendawan yang jarang dalam laporan televisyen.



Tak Mahu Puasa, Tetak Kepala Emak

TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas



Bakar Kapal Selam Kerana Mahu Pulang Awal

GAMBAR fail menunjukkan kapal selam nuklear USS Miami.

PORTLAND, Maine - Seorang buruh di Amerika Syarikat membakar kapal selam nuklear milik tentera negara ini, USS Miami kerana dia mahu pulang awal, kata beberapa penyiasat tentera laut AS kelmarin.

Perbuatannya itu telah menyebabkan kerosakan sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion) ke atas kapal selam tersebut.

Buruh itu, Casey James Fury, 24, yang berasal dari Portsmouth, New Hampshire berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah berhubung dua tuduhan menyebabkan kebakaran USS Miami.

Ketika terbakar, kapal selam itu berada di sebuah limbungan kering pada 23 Mei lalu.

Kebakaran kedua berlaku di luar kapal selam berkenaan pada 16 Jun lalu.

Menurut afidavit yang difailkan sebuah mahkamah daerah AS di Portland kelmarin, Fury yang mengambil ubat untuk mengatasi masalah kerunsingan dan kemurungan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mencetuskan kebakaran supaya dapat pulang lebih awal.

Menurutnya, dia mencetuskan kebakaran kedua selepas runsing memikirkan tentang seorang lelaki menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya.

Kebakaran pertama yang menyebabkan kerosakan pada bilik peluru berpandu torpedo USS Miami berlaku di Limbungan Kapal Tentera Laut Porstmouth di sini. - AP



Kisah Dan Cooper - Si Perampas Kapal Terbang

Kisahnya bermula sekitar sambutan Thanksgiving, 24 November 1971. Seorang lelaki membawa sebuah beg menghampiri kaunter tiket penerbangan Northwest Orient Airlines dan kemudiannya membeli tiket sehala penerbangan 305, trip pernerbangan 30 minit ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Lelaki itu kelihatan biasa sahaja penampilannya, seperti seorang ahli perniagaan gayanya. Beberapa ketika selepas pesawat 305 tersebut berlepas, ia dikhabarkan telah dirampas oleh lelaki itu!

Ketika menghampiri jurujual tiket Northwest Orient Airlines pada petang itu, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Dan Cooper. Semenjak itu D. B. Cooper adalah nama yang sangat popular untuk merujuk kepada lelaki yang tiada siapa tahu identiti dia yang sebenarnya, yang telah merampas sebuah pesawat Boeing 727 tersebut.

Dia telah merampas pesawat tersebut ketika pesawat itu sedang terbang di ruang udara antara Portland, Oregon dan Seattle, Washington. Dia kemudiannya meminta wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun. Nasibnya kemudian tidak diketahui selepas dikatakan terjun daripada pesawat tersebut. Kes rampasan ini kekal tidak dapat diselesaikan dan antara kes rampasan pesawat paling 'bizarre' dalam sejarah Amerika.

Rampasan Pesawat Boeing 727 penerbangan 305 itu bermula kira-kira ia dalam suku perjalannya ke Seattle, Washington. Dan Cooper telah menyerahkan satu nota kepada Florence Schaffner, seorang pramugari. Pada mulanya Schaffner menyangka ianya hanya satu nota temujanji yang ditulis seorang ahli perniagaan yang sunyi, lantas dia memasukkan nota tersebut ke dalam tas tangannya. Cooper kemudian dengan tenang merapati Schaffner sambil berbisik ' Cik, sebaiknya awak perlu membaca nota itu terlebih dahulu, saya ada bom".


Nota kecil yang ditulis kemas dengan semua huruf besar itu tercatat "SAYA ADA BOM DI DALAM BEG BIMBIT, SAYA AKAN MENGGUNAKANNYA JIKA PERLU. SAYA MAHU ANDA DUDUK BERSEBELAHAN SAYA. PESAWAT INI SEDANG DIRAMPAS". Schaffner, seperti mana yang diminta lelaki itu kemudian duduk disebelahnya. Schaffner kemudian meminta untuk melihat bom tersebut dan Cooper membuka begnya perlahan-lahan. Cooper kemudian meminta supaya wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun disediakan sebaik pesawat itu mendarat. Cooper juga meminta sebuah trak minyak bersedia untuk mengisi minyak pesawat sebaik sahaja mendarat.

Pesawat yang dirampas oleh Dan Cooper Yakin dengan apa yang dilihat dalam beg Cooper, Schaffner lantas menyampaikan tuntutan lelaki itu ke kokpit, yang kemudiannya menghubungi pusat kawalan. Datuk Bandar kemudian mengarahkan supaya tuntutan-tuntutan Cooper dipenuhi kerana bimbang dia akan mencederakan penumpang. Pihak berkuasa lantas mengumpulkan wang bernot USD20 sebanyak USD200 000 dari beberapa buah bank sekitar, seperti yang diminta Cooper. beberapa minit kemudian pesawat itu mendarat, segala tuntutan diserahkan namun Cooper hanya melepaskan separuh dari pesawat pesawat itu. Dia kemudiannya mengarahkan supaya pesawat itu kembali terbang selepas mengisi minyak menuju Mexico. Berdasarkan cerita Schaffner, lelaki yang dikenali sebagai Dan Cooper itu langsung tidak berpewatakan seperti seorang perampas kapal terbang. Tutur katanya baik, langsung tidak menggertak malah langsung tidak kelihatan seperti gentar atau gemuruh sepanjang dia merampas pesawat tersebut. Cooper juga menawarkan makan tengah hari kepada semua penumpang. Selepas menerima semua tuntutan yang diminta, Cooper mengarahkan supaya pesawat itu kembali berlepas. Dalam penerbangan yang menghala ke Mexico itu, dia kemudian mengintai dari cermin pesawat dan dengan tepat boleh mengenalpasti dimana pesawat tersebut terbang ketika itu. Dari situ, Schaffner merasakan Cooper bukanlah calang-calang orang. Cooper kemudian memesan segelas minuman, menghabiskan minuman itu, mengambil wang sebanyak USD200 000, dan terus terjun dari pesawat. 


Lakaran wajah Dan Cooper Beberapa teori mengatakan Cooper mungkin bekas seorang paratrooper (anggota tentera payung terjun) atau seorang penerjun berpengalaman kerana berdasarkan skill dan perancangannya, dia bukan lelaki biasa. Agen khas FBI juga turut bersependapat. Dikatakan ketika Cooper terjun dari pesawat, kelajuan angin ketika itu mencecah 200 MPH dan cuaca amat gelap serta hujan. Peluang untuk dia terselamat amatlah tipis dan Cooper juga mungkin tahu mengenai itu. Seorang penerjun yang tidak berpengalaman tidak akan terjun dalam cuaca begitu. Drama ini berlarutan meninggalkan tanda tanya. berdekad lamanya, Cooper tidak dapat dikesan malah tempat di mana dia melakukan terjunan juga tidak dapat dipastikan secara tepat. Pihak FBI juga menemui jalan buntu dalam menjejak Cooper melalui nombor siri wang yang dituntut lelaki itu. beberapa orang pernah ditangkap kerana menggunakan wang dari nombor siri wang tuntutan itu, namun dibebaskan kembali kerana tiada seorang pun dari mereka boleh dikaitkan dengan Dan Cooper. 

BARANG BUKTI : Tiket Dan Cooper


BARANG BUKTI : Payung terjun yang dijumpai dipercayai milik Dan Cooper Seorang kanak-kanak juga pernah menemui sebahagian dari wang tuntutan Cooper berjumlah USD5800 pada 1980 di pinggir sungai Columbia, vancouver, Washinton. Namun apabila siasatan menyeluruh dilakukan di kawasan tersebut, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa Dan Cooper mendarat atau terbunuh di situ. 



4 Senjata Rahsia US Yang Paling Bodoh


The Iceberg Aircraft Carrier 
Faced with a shortage of aircraft carriers to fight German U-boats in the Atlantic, Winston Churchill championed this, one of the strangest ideas of WWII. Plan Habakkuk was as silly as its name suggests: the job was to construct an enormous man-made iceberg, put dozens of warplanes on it, then sail it into the Atlantic to do battle with Nazi subs. But the whole idea quickly sank for the most obvious reason: ice melts.


The Atomic Hand Grenade 
This proposed mini-nuke would have worked by releasing super-excited elements called isomers. A baseball-sized grenade holding the energy of just one isomer would equal the equivalent of 20 tons of explosives. It would also weigh nearly 50 pounds. Issues of personal portability aside, the burning question is: could any soldier throw the atomic grenade far enough not to get killed by his own blast?


Salmon Attacker 
In the 1950s, the U.S. Navy wanted fighter planes on all its ships, not just on aircraft carriers. The result was the XFV Salmon. Part helicopter and part conventional aircraft, and because its landing gear was located in its tail, the Salmon could take off vertically from a small platform on a ship then level off for normal flight. It seemed like a good idea... until someone realized there was no way a pilot could reverse the process and land it unless he had eyes in the back of his head.


The Other Pussy Galore 
Back in the 1960s, the CIA spent $20 million trying to turn a cat into a spy. With a microphone in its ear and an antenna along its back, the plan was to let the kitty loose near the Soviet embassy in Washington, where it would hopefully encounter some Russians and pick up conversations containing useful intelligence... But the idea went wrong on its very first try when, just seconds after being released by its CIA handlers, the spy cat was run over by a taxi. 



Budak Makan Bilik Tidur


RACHEL dan anaknya, Zach. Keadaan plaster bilik yang dimakan Zach (gambar kecil).
SALFORD: Ibu kanak-kanak yang menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh menolak untuk makan apa saja yang berada di bilik tidurnya, merayu bantuan untuk membiayai sebuah bilik yang ‘boleh dimakan’ oleh kanak-kanak itu.

Zach Tahir yang menghidap Kecelaruan Selera Makan, memakan apa saja yang terdapat di bilik tidurnya, termasuk permaidani dan plaster. Ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu, Rachel, yang tinggal di Salford, melancarkan kempen untuk membina sebuah bilik selamat untuknya selepas semakin bimbang mengenai keadaan anaknya.

Matlamat kempen mengutip derma ‘Beri Zach Masa Depan Yang Selamat’ ialah untuk membantu membina sebuah bilik khas berharga 15,000 (RM75,000) di kediaman keluarga itu di The Mead, Weaste.

Bilik itu akan dilengkapi dengan tilam dan bilik air khas untuk Zach yang juga autistik dan tidak boleh bercakap.

Kempen itu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berkenaan disokong oleh beberapa bintang televisyen seperti Kum Marsh dan Ryan Thomas, pelakon siri Coronation Street dan aktor siri Torchwood, Paul Copley.

Rachel, 32, yang juga mempunyai anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia terharu dengan sokongan itu.

‘Kempen itu kini mendapat sambutan. Sokongan daripada bintang Coronation Street banyak membantu kempen itu,” kata Rachel.

Selain membina bilik baru di rumah mereka, Rachel juga berharap dapat memasang kamera untuk membolehkannya mengawasi anaknya ketika malam, ketika tabiatnya itu berada di peringkat paling buruk.

Setakat ini, 3,400 (RM17,000) sudahpun berjaya dikumpul, termasuk menerusi tajaan jalan kaki dan jualan murah.

Satu lagi tajaan acara jalan kaki sejauh lapan kilometer dari Selfridges di Trafford Centre ke Exchange Square di bandar Manchester akan diadakan Ahad ini. - DM



Akibat Berebut Laluan, Gadis Ditetak Hingga Mati


CHINA- Seorang gadia 20an, dikatakan sedang berjalan sambil menarik bagasinya di sebatang jalan yang sibuk. Gadis tersebut kemudianya bertembung dengan seorang lelaki 30an yang membawa sebuah bekas kayu yang dipenuhi dengan botol-botol kosong.

Disebabkan kedua-duanya mempunyai barang untuk diheret dan tidak mahu mengalah makan tercetuslah perbalahan diantara kedua-duanya. Ini menyebabkan lelaki itu naik berang lalu mengambil pisau pemotong daging yang ada di dalam bakul kayunya.


Akhirnya dalam beberapa saat sahaja gadis tersebut rebah dalam keadaan berlumuran darah. Setelah beberapa jam proses pencarian dilakukan, akhirnya lelaki tersebut dapat ditahan oleh polis.





Hotel 30 Tingkat Siap 15 Hari

Bangunan Hotel Ark setinggi 30 tingkat yang mencipta rekod berjaya disiapkan dalam masa 15 hari. - AGENSI

BEIJING 9 Jan. - Sebuah syarikat pembinaan China, sekali lagi mencatat rekod dunia apabila berjaya menyiapkan pembinaan bangunan hotel setinggi 30 tingkat hanya dalam tempoh 15 hari atau 360 jam.

Hotel Ark, seluas 17,000 meter persegi yang dibina oleh Broad Group, syarikat pakar seni bina, siap dalam 15 hari selepas sebelum ini mencipta rekod membina bangunan hotel setinggi 15 tingkat juga dalam tempoh 15 hari.

Apa yang lebih menarik, bangunan itu berjaya disiapkan tanpa sebarang kecederaan di kalangan pekerja dan ia mampu bertahan dalam gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter.

Semua bahan yang digunakan adalah daripada jenis pasang siap di mana bahan-bahan binaan terlebih dahulu diproses di kilang dan pekerja hanya perlu menyambungkan komponen-komponen tersebut untuk menjadikannya satu bangunan.

Untuk menyiapkan struktur komponen utama, ia hanya mengambil masa 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran.

Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel. - AGENSI





Petua Hilangkan Angin Dalam Badan

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan
Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

Kacang
Sayuran seperti brokoli
Kobis
Taugeh
Bawang
Asparagus
Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
Bijirin seperti roti gandum
Minuman ringan dan jus buah
Susu dan produk daripada susu dan keju
Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan
1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.