Pada bulan November 1902, gabenor Mississippi telah mengajak Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt
pergi berburu di Mississippi. Ramai jugak yang join. Dan pada masa tu
ramai pemburu lain dah dapat tangkap dan bunuh binatang tu. Kemudian,
pasukan Presiden tu pula dapat tangkap seekor beruang hitam. Lepas puas
bertinju bertomoi dengan beruang tu sampai beruang tu dah lembik,
diorang ikat beruang tu kat sebatang pokok. Lalu diorang panggil
Presiden untuk tembak sendiri beruang tu sampai mati. Kiranya macam bagi
penghormatan kat dia la sebagai seorang Presiden. Kalau tak, malu la
dia sorang ja tak dapat tembak mangsa buruan. Dahla dia dulu hero masa
perang kat Cuba dulu.
Colonel Theodore Roosevelt
Tapi, Presiden tu menolak dan mengangggap itu tak profesional dan tiada
semangat kesukanan (keburuan). Lalu, dia mengarahkan diorang menembak
sendiri beruang tu sebab taknak beruang yang dah lembik kena belasah
tadi tersiksa. Peristiwa tersebut menjadi topik hangat di seluruh
Amerika. Dan dijadikan kartun politik dalam paper The Washington Post.
Ala.. Macam kartun dalam Utusan Meloya tu. Dalam kartun tu, beruang
tersebut yang realitinya adalah seekor haiwan yang besar dan nampak
ganas dilukis kecil dan nampak comel.
A 1902 political cartoon in The Washington Post spawned the Teddy bear name.
Seorang pemilik kedai mainan, Morris Michtom telah tertarik dengan
kartun tersebut dan memberi inspirasi kepadanya untuk mencipta mainan
baru. Dia pun menghasilkan mainan seekor beruang kecil dan menghantarnya
kepada Presiden Theodore Roosevelt untuk meminta kebenaran menamakan
patung beruang tu dengan nama samarannya, Teddy. Maka, lekatlah nama
Teddy Bear dan popular hingga sekarang.