Visit Lelong

Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts

Demam Gangnam Di Seluruh Dunia


LAGU rap Gangnam Style yang diperkenal Psy memukau peminat di seluruh dunia.

SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.

Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.

Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.

Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY... From the Psycho World! pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop.

Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.

Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002.

Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul.




Nadia Annuar (TV3) Percaya Cinta Bekas Vokalis Kerispatih

PETALING JAYA: Personaliti TV3 Nadia Shahrul Annuar menaruh kepercayaan kepada kekasihnya yang juga bekas vokalis kumpulan Indonesia, Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir walaupun lelaki itu dikenali sebagai individu bermasalah sebelum ini.

Pengacara program Malaysia Hari Ini itu berkata, dia cuba meletakkan kepercayaan dan enggan meragui kekasihnya itu walaupun mereka menjalin hubungan cinta jarak jauh di antara dua negara.

“Hubungan kami masih baru dan tidak sampai setengah tahun pun. Bohonglah kalau saya tidak ragu-ragu atau bimbang pada dia (Sammy), apatah lagi hubungan kami berlangsung secara jarak jauh.

“Saya takut juga dengan kisah silamnya yang pernah terlibat dengan dadah tetapi pada masa yang sama saya selalu berwaspada. Tiada ertinya sesebuah hubungan tanpa kepercayaan,” katanya ketika ditemui mStar Online, di sini.

Ditanya mengenai dakwaan kisah hubungan sulit Sammy yang tersebar di Indonesia pada Jun lalu, Nadia berkata kontroversi itu merupakan permainan industri hiburan yang cuba menjatuhkan karier kekasihnya itu.

“Itu (gosip) adalah permainan industri muzik di sana yang melakukan konspirasi untuk menjatuhkan karier Sammy. Hakikatnya, ketika cerita itu tersebar pada Jun lalu, saya berada di sana dan mengetahui perkara yang sebenar.

“Saya sedar bukan mudah dan besar cabarannya bagi kami menjalinkan hubungan jarak jauh tetapi saya cuba bina kepercayaan itu semampu yang boleh,” luahnya yang enggan memikirkan soal jodoh pada masa ini.

Nadia berkata, baik pihaknya mahupun Sammy lebih senang untuk berkongsi mengenai status mereka secara terbuka kepada khalayak umum kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai hubungan kami. Saya mengenali latar belakang dan sejarahnya dan begitu juga sebaliknya.

“Status saya sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak juga tidak menjadi isu buatnya kerana dia menerima saya seadaanya,” kongsinya yang tertawan pada sikap budiman dan kelucuan Sammy.

Sebelum ini, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyas, 31, sebelum bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2010.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, lima.



Fiffy Natasya Cabar Diri Bawa Watak Liar & Hitam

KUALA LUMPUR – Pelakon remaja, Fiffy Natasya yang kini sudah meningkat dewasa tidak takut untuk mencuba pelbagai watak dalam lakonan termasuk watak hitam dan liar.

Dia yang kini sudah memasuki umur 19 tahun telah bersetuju membawakan watak jenis berkenaan dalam filem ketiganya berjudul Leftwings.

“Memang orang cakap watak hitam itu banyak kesan buruk buat artis. Sebab takut orang lebel artis tertentu itu liar.

“Ya saya memang takut orang kata saya liar, tapi pada masa yang sama apa yang saya lakonkan itu hanya rekaan watak semata-mata. Sedangkan dalam realiti kehidupan saya sebenarnya orang biasa yang masih mempunyai keluarga yang akan tegur jika saya buat silap,” kata Fiffy yang dipetik dari Pancaindera, hari ini.

Leftwings adalah sebuah filem muzikal rock tempatan yang penuh pengajaran terutamanya buat golongan remaja.

Ia bakal ditayangkan pada 30 Ogos ini.

Pada masa yang sama, Fiffy menolak kontroversi untuk segera mencapai populariti dengan mencipta cerita yang berbaur negatif.

Katanya, dia tidak kisah untuk bermula dari bawah demi untuk membuktikan bahawa dia benar-benar berbakat.

“Saya tak akan mencari publisiti murahan. Tidak kisahlah rekaan saya sendiri atau orang lain.

“Biar lambat naik asalkan hasil kerja saya diberkati,” tambahnya yang meraikan Aidilfitri di Kota Bharu, Kelantan.



3 Artis Wanita Cun Ini Yang Sudah Murtad


Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Happy Salmah. 

Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja. Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia. 

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu. Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi. 

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka. “Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy. Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin. 


Selain itu ialah artis Pinkan Mambo. 

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. 

Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain. Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini. 

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak. “Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje. 


Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas. 

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat. Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. 

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya. “Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya. 

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. 

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya. Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan. 

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing. 



Senyuman Yang Bernilai US$1.5 Juta

Dia tampil di iklan produk kopi Itali, Lavazza, Julia mendapat bayaran US$ 1,5 juta. Dan di iklan berdurasi 45 saat itu, Julia hanya akan mempamerkan senyum sahaja.

Dalam iklan tersebut, aktris berusia 43 tahun itu tidak akan mengucapkan sepatah kata apa pun. Dia tampil sebagai Venus yang ada di lukisan Sandro Botticelli. Ceritanya, Venus tidak mahu tersenyum jika belum mendapatkan secawan kopi Lavazza.




Ibu Sendiri Jual Video Seks Kim Kardashian

Ibu kepada bintang realiti televisyen terkenal, Kim Kardashian, Kris Jenner telah dikatakan merupakan orang yang bertanggungjawab menjual rakaman seks anak perempuannya itu pada tahun 2007.

Menurut laporan daripada Showbizspy, Jenner yang juga merupakan pengurus kepada Kim dikatakan terdesak untuk menjadikan keluarga Kardashian terkenal.

“Kris memang terlibat sama dalam penjualan rakaman seks Kim,” kata satu sumber.

“Video itu sudah lama wujud, dan Kris terlibat dari mula hinggalah ada orang tengah yang membawa rakaman itu kepada sebuah syarikat hiburan terkemuka.

“Saya nampak tanda tangan Kris Jenner pada kontrak itu, dan saya percaya dia memperolehi wang diantara RM775 ribu dan RM1.55 juta untuk perjanjian asal dengan orang tengah.

Menurut sumber itu lagi, segala keputusan akan dibuat olehnya, termasuklah keputusan bagi pihak anak-anaknya untuk keuntungan dan publisiti.

Petikan: Cinema Online




Miss Korea Seoul 2012 – Kim Yu Mi

Privasi Girls Generation Di Ceroboh


BERGELAR selebriti mungkin menjadi impian ramai di Korea, namun di sebalik populariti yang diterima, mereka harus mengorbankan privasi diri sendiri.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh kumpulan Girls Generation yang menjadi mangsa apabila nombor telefon bimbit mereka dijual pada harga RM12,000 (USD4,000).

“Nombor telefon kami dijual sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka menjual nombor tersebut secara online dengan harga yang tinggi.

“Bagi mereka yang inginkan nombor lebih dari seorang anggota kumpulan ini, mereka akan mendapat diskaun,” ujar anggota kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, sindiket itu telah pun berdepan dengan tindakan dan laman web itu diarah tutup oleh pihak berkuasa.



Neelofa Jadi Duta Produk Tilam


Tuah manusia siapa yang tahu. Neelofa memang terkenal dan diminati ramai, lakonannya menjadi perhatian apatah lagi memiliki auranya tersendiri.

Dengar-dengar daripada sumber yang boleh dipercayai yang dia kini sedang beralih angin ke bidang nyanyian nak jadi penyanyi, dan kini sedang mengikuti kelas-kelas vokal untuk persediaan itu nanti.

Baguslah kalau macam itu, memang suara Neelofa pon apa kurangnya, boleh jadi artis serba boleh nanti.

Dan difahamkan dia juga sering mendapat tawaran untuk beberapa produk terkenal. Dah memang sah Neelofa merupakan aset paling berharga dalam duta-duta ni, dah banyak dia jadi duta produk syarikat. Yang terbaru adalah produk untuk tilam.

Selain itu juga korang boleh lihat gambar sampingan Neelofa ketika dia tengah buat shooting untuk drama ‘Kau yg terindah” arahan Erma Fatimah, dan beberapa gambar yang dikatakan ada kaitan dengan iklan produk lain.
 







Scha Al Yahya Mengenakan Pakaian Korea Yang Seksi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012