Kisah Komando Samseng Rahsia Korea Selatan


Tahun 1960an , Korea utara menghantar komando memasuki korea selatan bertujuan untuk bunuh presiden korea selatan tetapi tidak berjaya. Korea selatan mengetahui hal itu lalu merancang sesuatu iaitu menubuhkan Unit 684. Mereka pergi ke penjara dan mencari sesiapa yang tiada saudara, penjenayah berat, dan yang menjalani hukum penjara yang lama. Tujuan untuk menjadikan meraka askar.

Mereka berjaya mancari dan memperolehi 31 orang . Mereka akan diberi latihan khas supaya mereka menjadi pembunuh yang terlatih. Tugas mereka senang sahaja. Apabila tamat latihan, mereka semua akan menyeludup masuk ke Korea utara dan bunuh pemimpin2 Korea utara.

Semasa menjalani latihan ada yang mati kerana latihan yang amat dasyat mereka ibarat seperti tawanan , mereka tiada hubungan dengan siapa2. Bertahun2 dan tiap2 hari mereka di paksa berlatih separuh mati supaya mereka boleh menjadi pembunuh terbaik di dunia. Yang mati itu kerana latihan yang amat teruk dan ada yang nak melarikan diri oleh itu terpaksa dibunuh kerana itu adalah rancangan yang sangat2 sulit.

Tetapi setelah melihat hubungan antara kedua2 negara kelihatan seperti ke arah positif. Pihak kerajaan merancang untuk membatalkan rancangan itu. kerajaan Korea Selatan memberi arahan untuk menamatkan Unit 684 di pulau silmido.

Pada suatu ketika mereka yang tinggal dapat tahu kerajaan korea selatan membatalkan rancangan Unit 684 untk menyeludup ke korea utara dan mereka di arahkan untuk dibunuh supaya rancangan sulit itu dapat dirahsiakan kepada umum.Mereka memberontak menentang tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka. Disebabkan mereka amat terlatih kerana menjalani latihan khas yang amat memeritkan mereka membunuh orang2 yang menjaga dan melatih mereka sendiri.

Oleh itu mereka berjaya keluar dari tempat sulit yang mereka berada iaitu Pulau Silmido. Tinkdakan seterusnya mereka merampas satu bas dan merancang untuk pergi ke bandaraya korea selatan tujuannya untuk bertemu presiden mereka dan mempersoalkan kenapa kerajaan memperlakukan mereka sebegini iaitu membunuh rakyat sendiri yang telah dilatih untuk membunuh pemimpin korea utara.

Tetapi rintangan mereka amat sukar kerana tentera korea selatan sudah mengepung laluan ke sana dan menyerang mereka. Akhirnya mereka mati di dalam bas dan ada beberapa yang masih hidup diarahkan untuk dibunuh supaya dapat menutup rahsia itu.

Kisah yang amat sedih ini adalah amat sulit tetapi akhirnya terdedah juga dan telah difilemkan dan mendapat sambutan yang hebat












Lelaki Paling Busuk Di Dunia Tidak Mandi Selama 38 Tahun

Kailash Singh, 66, dari India tidak mandi selama 38 tahun..!! Beliau berkata pada tahun 1974, selepas baru berkahwin beliau mahukan anak lelaki. Seorang sami memberinya jaminan bahawa beliau akan mendapat anak lelaki jika tidak memotong atau membasuh rambutnya.

Kini setelah 38 tahun, rambut dreadlock nya adalah sepanjang 6 kaki dan beliau kini 7 orang anak. Kesemuanya perempuan..!!! Walaupun begitu beliau masih berharap untuk mendapatkan anak lelaki walaupun umurnya telah meningkat. Beliau masih percayakan sami itu dan masih tidak mahu mandi.



Nadia Annuar (TV3) Percaya Cinta Bekas Vokalis Kerispatih

PETALING JAYA: Personaliti TV3 Nadia Shahrul Annuar menaruh kepercayaan kepada kekasihnya yang juga bekas vokalis kumpulan Indonesia, Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir walaupun lelaki itu dikenali sebagai individu bermasalah sebelum ini.

Pengacara program Malaysia Hari Ini itu berkata, dia cuba meletakkan kepercayaan dan enggan meragui kekasihnya itu walaupun mereka menjalin hubungan cinta jarak jauh di antara dua negara.

“Hubungan kami masih baru dan tidak sampai setengah tahun pun. Bohonglah kalau saya tidak ragu-ragu atau bimbang pada dia (Sammy), apatah lagi hubungan kami berlangsung secara jarak jauh.

“Saya takut juga dengan kisah silamnya yang pernah terlibat dengan dadah tetapi pada masa yang sama saya selalu berwaspada. Tiada ertinya sesebuah hubungan tanpa kepercayaan,” katanya ketika ditemui mStar Online, di sini.

Ditanya mengenai dakwaan kisah hubungan sulit Sammy yang tersebar di Indonesia pada Jun lalu, Nadia berkata kontroversi itu merupakan permainan industri hiburan yang cuba menjatuhkan karier kekasihnya itu.

“Itu (gosip) adalah permainan industri muzik di sana yang melakukan konspirasi untuk menjatuhkan karier Sammy. Hakikatnya, ketika cerita itu tersebar pada Jun lalu, saya berada di sana dan mengetahui perkara yang sebenar.

“Saya sedar bukan mudah dan besar cabarannya bagi kami menjalinkan hubungan jarak jauh tetapi saya cuba bina kepercayaan itu semampu yang boleh,” luahnya yang enggan memikirkan soal jodoh pada masa ini.

Nadia berkata, baik pihaknya mahupun Sammy lebih senang untuk berkongsi mengenai status mereka secara terbuka kepada khalayak umum kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai hubungan kami. Saya mengenali latar belakang dan sejarahnya dan begitu juga sebaliknya.

“Status saya sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak juga tidak menjadi isu buatnya kerana dia menerima saya seadaanya,” kongsinya yang tertawan pada sikap budiman dan kelucuan Sammy.

Sebelum ini, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyas, 31, sebelum bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2010.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, lima.



24 Langkah Untuk Kuruskan Badan


1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

3. Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.

4. Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.

5. Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

6. Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

7. Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

8. Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

9. Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

10. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

11. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

12. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

13. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

14. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

15. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

16. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

17. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

18. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

19. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

20. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.

21. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

22. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

23. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

24. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing. 



Asal Usul French Fries

BUKAN DARI PERANCIS

Kentang goreng adalah hidangan yang dibuat dari potongan-potongan kentang yang digoreng dalam minyak goreng panas. Di dalam menu restoran, kentang goreng yang dipotong panjang-panjang dan digoreng dalam keadaan terendam di dalam minyak goreng panas. Dalam bahasa Inggeris Britain ia disebut Chips dan dalam Bahasa Inggeris Amerika, ia disebut French fries.

Kentang goreng boleh dimakan begitu saja sebagai makanan ringan, atau sebagai makanan pelengkap hidangan utama seperti beafstik, hamburger, fish and chips dan currywurst.

Di United Kingdom dan kawasan sekitarnya, kentang goreng yang mirip french fries disebut chips. Di Amerika Utara, istilah "chips" berarti kerepek kentang (potato chips), sedangkan di Australia, New Zealand dan Afrika Selatan, "chips" bererti kentang goreng atau kerepek kentang.

Sejarah
Kentang goreng popular ke seluruh dunia hasil daripada restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King. Pada awal tahun 1950-an, Jack Simplot yang memiliki sebuah syarikat bernama J.R. Simplot menciptakan bahan french fries berupa potongan-potongan kentang yang sudah dikupas dan dibekukan.

Sebelum syarikat J.R. Simplot memasak bahan kentang goreng, kentang perlu dikupas dan dipotong-potong secara manual di semua cabang McDonald's. Kentang beku pengeluaran J.R. Simplot berjaya menyingkatkan waktu penyiapan makanan dan mendorong kepada pengembangan McDonald's.

Etimologi
French fries bererti "kentang goreng ala Perancis." Dalam bahasa Inggeris, kata fry sebenarnya bermaksud menggoreng dengan minyak sedikit atau menggoreng di dalam minyak goreng yang banyak hingga terendam (deep frying). Sedangkan dalam bahasa Perancis, frire hanya bererti menggoreng di dalam minyak goreng yang banyak hingga terendam.

Pada awalnya kata kerja "to french" digunakan untuk memotong sesuatu dengan bentuk panjang-panjang seperti batang korek api yang disebut Julienne-cut. Menurut kamus Oxford English Dictionary, istilah "to french" digunakan untuk daging yang dipotong-potong kecil, tapi istilah ini baru digunakan setelah french fried potato diperkenalkan.

Belgium
Orang Belgium mendakwa bahawa kentang goreng jenis french fries berasal dari Belgium, walaupun pendakwaan ini kurang didukung bukti yang kuat, pada hakikatnya Orang Belgium memang suka makan kentang goreng. Pada tahun 2002, statistik menunjukkan bahawa orang Belgium rata-rata menghabiskan €6.01 untuk membeli kentang goreng, termasuk di antaranya kentang goreng yang dibeli di restoran makanan segera.

Sejarawan Belgium bernama Jo Gerard menyatakan bahawa resepi kentang goreng french fries sudah ada di Belgium sejak tahun 1680. Pada waktu itu, penduduk miskin di daerah lembah Sungai Meuse antara Dinant and Liège mempunyai kebiasaan makan ikan kecil yang digoreng. Pada musim sejuk tidak tersedia ikan kerana sungai yang membeku, mereka menggoreng kentang yang dipotong-potong sama panjang. Pada tahun 1857, surat khabar "Courrier de Verviers" memuatkan rencana tentang seorang pengusaha Belgia bernama Fritz yang menjual kentang goreng di bandar raya dan menggelarnya sebagai "raja kentang goreng" ("le roi des pommes de terre frites"). Pada tahun 1862, gerai kentang goreng "Max en Fritz" didirikan di Antwerp, di lokasi yang berdekatan dengan Het Steen.

Menurut cerita orang Belgium, tentara Inggeris yang datang ke Belgium sewaktu Perang Dunia I sempat merasa kentang goreng buatan orang Belgium dan menamakannya "French," kerana pada waktu itu bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi di pos ketenteraan Belgium.

Resepi tertua
Tukang masak Perancis bernama Honoré Julien sering menghidangkan kentang goreng untuk Presiden Amerika Syarikat Thomas Jefferson. Menurut manuskrip tulisan tangan Thomas Jefferson pada tahun 1801, french fries adalah 'kentang segar yang dipotong kecil-kecil dan digoreng dalam rendaman minyak'.
Pada tahun 1813, di dalam buku resepi masakan Amerika yang berjudul [7] sudah tercantum resepi french fries. Resepi kentang goreng sebenarnya sudah dimuat dalam buku resepi masakan Perancis "Les soupers de la cour" karya Menon pada tahun 1755.
Di dalam buku resepi lama koleksi laman web Feeding America yang berjudul "Miss Parloa's New Cook Book" terbitan tahun 1882 sudah tercantum resepi untuk "French fried potatoes" (kentang goreng Perancis).

Sepanyol
Sepanyol adalah negara Eropah yang pertama kali mengenal kentang, sehingga mendakwa kentang goreng sebagai ciptaan orang Sepanyol. Kentang goreng diperkenalkan orang Spanyol ke Belgium yang pada waktu itu masih berada di bawah kekuasaan Sepanyol.

Menurut Prof. Paul Ilegems yang menjawat sebagai kurator muzium kentang goreng Frietkotmuseum di Belgium, Santa Teresa dari Ávila memperkenalkan cara menggoreng kentang. Selain itu, cara memasak kentang dengan cara digoreng dipengaruhi oleh cara masakan Mediterranean



Senarai Terbaru 10 Paling Dikehendaki - Selepas Kematian Osama

1.Joaquin Guzman Archivaldo Loera - Raja Dadah Mexico
Joaquín Guzmán Archivaldo Loera lahir pada 4 April , 1957digelar "El Chapo" "Shorty" adalah Raja dadah Mexico yang memimpin sebuah organisasi perdagangan dadah antarabangsa yang dikenali sebagai Kartel Sinaloa. Dia menjadi raja dadah Mexico pada tahun 2003 selepas penangkapan pesaingnya Osiel Cárdenas dari Kartel Teluk. Pada bulan November 2010, Joaquín Guzmán dianggap sebagai ke-60 daripada 68 orang paling kuat di dunia oleh Majalah Forbes . Dia juga disenaraikan oleh Forbes sebagai 937 orang terkaya di dunia. 

2.Dawood Ibrahim - Ketua Mafia India
Dawood Ibrahim lahir 26 Disember 1955 adalah seorang pemimpin rangkaian kongsi gelap di India yang dikenali D-Company yang terlibat dalam segala hal dari perdagangan dadah dan pembunuhan di Pakistan, India dan UAE, selain hubungan dengan Al-Qaeda.Dia Bertanggung jawab ke atas serangan di Mumbai pada November 2008. Tersenarai antara 50 orang paling berkuasa di dunia oleh Forbes

3.Semion Yudkovich Mogilevich "Boss Of Bosses"
Semion Yudkovich Mogilevich lahir Jun 30, 1946 di Kiev, Ukraine . Dicari di AS berhubung dengan penipuan saham $ 150 juta, diyakini oleh kedua-dua Eropah dan agensi penguatkuasaan undang-undang AS sebagai "boss of bosses" kepada semua sindiket mafia Rusia di dunia. Gelarannya termasuk "Don Semyon" dan "The Don Brainy". Sering digambarkan sebagai "mafia paling berbahaya di dunia". Dia dipercayai telah memerintahkan pembunuhan banyak musuh-musuhnya. 

4.Matteo Messina Denaro Raja Dadah Costra Nostra
Matteo Messina Denaro lahir 26 April 1962, juga dikenali sebagai Diabolik. Dia mendapatkan julukan dari karakter buku komik Itali dengan nama yang sama. Ia dianggap sebagai salah satu pemimpin baru Cosa Nostra selepas penangkapan Bernardo Provenzano pada 11 April 2006. Matteo Messina Denaro menjadi terkenal pada 12 Mei 2001 ketika majalah L'Espresso menempatkan dia di muka depan dengan tajuk: Ecco il capo della mafia Nuovo ("Ini adalah bos baru Mafia"). Dia telah menjadi buruan sejak tahun 1993 

5. Alimzhan Tursunovich Tokhtakhouno - Mafia Uzbekistan
Alimzhan Tursunovich Tokhtakhouno lahir pada 1 Januari 1949 di Tashkent, seorang usahawan di Rusia yang berasal dari Uzbekistan. dikenali sebagai "Taiwanchik". Amerika menggambarkan dia sebagai "tokoh utama dalam jenayah antarabangsa yang terancang di Eurasia" terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata haram dan perdagangan kenderaan curi.Dia juga disyaki telah merasuah hakim di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002. 

6. Félicien Kabuga - Perancang Pembunuhan
Felicien Kabuga lahir pada tahun 1935 Dituduh punca pembunuhan di Rwanda, menghasut pertumpahan darah melalui stesen radio, bahkan menyediakan parang dan cangkul untuk digunakan dalam pembunuhan beramai-ramai, Kabuga dicari oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda kerana pelanggaran serius di bawah Konvensyen Geneva 1949, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan sehubungan dengan pembunuhan lebih dari 800,000!!!! orang Rwanda, dalam 100 hari keganasan pada tahun 1994. Dikatakan bersembunyi di Kenya. 

7.Joseph Kony - Pemimpin Gerila Uganda
Joseph Kony lahir pada tahun 1961 adalah Ketua kepada Lord's Resistance Army, sebuah kumpulan gerila yang terlibat dalam kempen kekerasan untuk menubuhkan kerajaan teokratis di Uganda dan juga beroperasi di Republik Demokratik Congo, dan Sudan,. Menculik seramai 66000 kanak-kanak dan menggusir lebih dari dua juta orang sejak 1986. Dia telah didakwa dengan 33 tuduhan termasuk jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang Mahkamah Jenayah Antarabangsa. 

8.James Joseph Bulger, Jr - Pemimpin Kongsi Gelap US
James Joseph Bulger, Jr lahir pada 3 September , 1929, di Dorchester, Massachusetts - dikenali sebagai "Whitey", Bulger adalah pemimpin Winter Hill Gang, sebuah rangkaian jenayah Ireland-Amerika yang berpusat di Boston, Massachusetts. Dia adalah abang kepada Michael William Bulger, seorang bekas Presiden Senat Massachusetts dan University of Massachusetts. Pada 19 Ogos 1999, Bulger menjadi antara 458 orang yang disenaraikan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebagai penjenayah yang paling dikehendaki. Dijejaki FBI lebih dari satu dekad kerana kesalahan memeras ugut, pembunuhan, konspirasi untuk melakukan pembunuhan, bersekongkol untuk melakukan pemerasan, pengubahan wang haram, konspirasi untuk melakukan pengubahan wang dan pengedaran. Kekayaannya dianggarkan antara $ 30 dan $ 50m (£ 18m-£ 30m). 

9.Omid Tahvili - Pemimpin Kongsi Gelap Di Kanada
Omid Tahvili lahir pada 31 Oktober 1970, di Teheran, Iran adalah pemimpin sebuah organisasi jenayah ternacang di Kanada. Pada April 2008, Forbes.com , selepas berunding dengan badan-badan penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia, menyenaraikannya sebagai salah seorang dari sepuluh pelarian di dunia yang paling dikehendaki. 

10.Ayman al-Zawahiri - Pemimpin No2 Al-Qaeda
Ayman al-Zawahiri Lahir pada Jun 1951 dari sebuah keluarga kelas atasan yang terkemuka di Kaherah, Zawahiri adalah "emir" akhir dari Jihad Islam Mesir, yang kemudiannya bergabung dengan al-Qaeda pada tahun 1998. Dia adalah seorang pakar bedah, boleh berbicara dalam bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Menurut bekas ahli al-Qaeda, Zawahiri telah bekerja dengan al-Qaeda sejak awal penubuhan Al-Qaeda. Dia digambarkan sebagai tangan kanan Bin Laden, dan sebagai "otak sebenar" al-Qaeda. Persahabatannya dengan Osama Bin Laden bermula pada tahun 80-an ketika Zawahiri dikatakan telah memberikan rawatan perubatan untuk Bin Laden di Afghanistan. Menurut pakar keganasan Bruce Hoffman, Bin Laden menganggap Zawahiri mentornya. Bakal Pemimpin Al_Qaeda setelah kematian Osama Bin Laden. -AL-FATIHAH- 



Undang - Undang Pelik Seluruh Dunia

Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataan

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara **** di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA
ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.

FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA :
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang



Fiffy Natasya Cabar Diri Bawa Watak Liar & Hitam

KUALA LUMPUR – Pelakon remaja, Fiffy Natasya yang kini sudah meningkat dewasa tidak takut untuk mencuba pelbagai watak dalam lakonan termasuk watak hitam dan liar.

Dia yang kini sudah memasuki umur 19 tahun telah bersetuju membawakan watak jenis berkenaan dalam filem ketiganya berjudul Leftwings.

“Memang orang cakap watak hitam itu banyak kesan buruk buat artis. Sebab takut orang lebel artis tertentu itu liar.

“Ya saya memang takut orang kata saya liar, tapi pada masa yang sama apa yang saya lakonkan itu hanya rekaan watak semata-mata. Sedangkan dalam realiti kehidupan saya sebenarnya orang biasa yang masih mempunyai keluarga yang akan tegur jika saya buat silap,” kata Fiffy yang dipetik dari Pancaindera, hari ini.

Leftwings adalah sebuah filem muzikal rock tempatan yang penuh pengajaran terutamanya buat golongan remaja.

Ia bakal ditayangkan pada 30 Ogos ini.

Pada masa yang sama, Fiffy menolak kontroversi untuk segera mencapai populariti dengan mencipta cerita yang berbaur negatif.

Katanya, dia tidak kisah untuk bermula dari bawah demi untuk membuktikan bahawa dia benar-benar berbakat.

“Saya tak akan mencari publisiti murahan. Tidak kisahlah rekaan saya sendiri atau orang lain.

“Biar lambat naik asalkan hasil kerja saya diberkati,” tambahnya yang meraikan Aidilfitri di Kota Bharu, Kelantan.



Legenda Neil Armstrong Meninggal Dunia Bersama 'Misteri'

Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan Neil Armstrong berada dalam model lunar selepas mendarat di permukaan bulan. - Foto EPA 

Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan Neil Armstrong berada di bulan. - Foto EPA

LEGENDA Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia hari ini.

Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan di sebelum akhir dekad.

Armstrong berjalan di bulan melaui paparan di televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu.

Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.

Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.

Menurut maklumat gambar dokumen-dokumen kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting.

Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, Nasa dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya.

Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan.

Semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap.

Menurut Nasa, masalah ini timbul dari salah satu daripada dua kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat.

Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.

Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998) operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston Nasa, memintas mesej yang disaring oleh Nasa daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya.

Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi Nasa berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh Nasa.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum dalam Nasa, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. Katanya: "... semua penerbangan Apollo dan Gemini telah diikuti, kedua-duanya pada jarak dan kadang-kadang agak rapat, oleh kenderaan angkasa yang berasal dari ruang angkasa - piring terbang atau UFO.

Setiap kali ia berlaku Misi Kawalan diarah untuk menjadi senyap secara mutlak."

Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa dibuat untuk menutup keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah UFO yang dilihat?

Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Appollo 11 sememangnya merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak menyebut perkataan UFO dan sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V.

Kebenaran Aldrin masuk menyebabkan gangguan dua minit siaran radio bukan disebabkan UFO dan Armstrong membuat laporan tentang ini. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.

Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Apollo 11.




10 Tasik Bawah Tanah Yang Tercantik

Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah tanah dan di dalam gua.

Berikut adalah gambar-gambar tasik bawah tanah yang tercantik di dunia.

1 - Tasik Bawah Tanah Di Gua Mellisani
Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.

2 - Tasik Bawah Tanah Di Cheddar Gorge
Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, di mana rangka lengkap  manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000 tahun.

3 - Tasik Bawah Tanah Di Hamilton Pool
Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.

4 - Tasik Bawah Tanah Di Reed Flute Cave
Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.

5 - Tasik Bawah Tanah Di Luray Caverns, Virginia
Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.

6 - Tasik Bawah Tanah Di Wookey Caves, England
Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.

7 - Tasik Bawah Tanah Di Lechuguilla Cave
Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.

8 - Tasik Bawah Tanah Di Macan Ché
Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan salah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, dan oleh itu ianya suci.

9 - Tasik Bawah Tanah Di Mexico
Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil sempena gua khusus ini.

10 - Tasik Bawah Tanah Di Banff, Kanada
Ada air terjun kecil di tasik bawah tanah di Banff, Kanada ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012