Wanita Diganggu 12 Hantu Ingin Jadikan Rumahnya ‘Pelancongan Hantu’


Seram dan menakutkan. Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang wanita kerana gangguan yang tak henti-henti diterimanya. Wanita tersebut Vanessa Mitchell 37, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan rumah impiannya bersama-sama bayinya selepas diganggu 12 hantu di dalam rumah.

Menceritakan kisah seram dan menakutkan itu, Vanessa memberitahu bagaimana dia berdepan dengan hantu itu beberapa minggu selepas berpindah ke rumah berkenaan. Menurut Vanessa dia sering dipukul dari belakang, rambutnya ditarik dan cuba menolak tetamunya di tangga.

Lebih menyeram dan menakutkan lagi hantu tersebut turut mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air. Kemudian mereka membuat percikan darah timbul di ruang tamu.

Kejadian terakhir yang menakutkan Vanessa ialah selepas dia melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berumur empat bulan, Vanessa berkata, dia melihat ‘hantu jantan’ berdiri di atas buaian bayinya.

Vanessa yang bertahan selama tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.

“Selaku ibu tunggal, saya tidak sanggup untuk meneruskan tinggal dengan hantu di rumah itu” Vanessa masih berhutang sebanyak $147,000 atau RM735,000 untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex.

Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiayai kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan ‘pelancongan hantu’.

Pakar, Chris Palmer 36, ketika bercakap mengenai bangunan yang berusia 500 tahun itu berkata, “Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui”.





10 Alat Permainan Yang Diharamkan

10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle

Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya.


9. Aqua – Dots

Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.



8. Sky Dancers Flying Dolls

Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000.



7. Easy Bake Oven – Hasbro

Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika si manja ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2 berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam tangan.Hasbro berhenti pengeluaran pada tahun 2007


6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel

Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik yg akan mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997.


5. Battlestar Gallactica Missile Launcher

Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas tercekik pada salah satu alat pelancar peluru berpandu


4. Chicken Limbo Party Time

Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak mempunyai tiang yg kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh pada kanak kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes dilaporkan menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki & tangan. Diharamkan pada tahun 2006


3. Clackers

Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan ketika bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981


2. Mini Hammocks – EZ Sales

Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12 kematian dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti lemas, terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos 1996


1.Jarts - Lawn Darts

Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya dilontarkan pada permukaan rumput sahaja. Alart permainan dart ini boleh munusuk ke mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700 kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan selama-lamanya bermula pada tahun 1988.




Fakta Menarik Dan Unik Jalanraya di Dunia

Roudabout paling luas di dunia

Terletak di Putrajaya, Malaysia. Mungkin ade diantara kita yang tidak mengetahuinya. Berukuran 3.4 km.

Jalan paling bengkang-bengkok di dunia

Lombard Street merupakan jalan yang terletak di San Francisco, Amerika Syarikat. Kelajuan maksimum hanya 5 mph. Jarak antara selekoh hanya 1 meter dan hanya boleh dipandu 1 arah iaitu arah menurun. Di sebelah jalan terdapat rumah yang mahal- mahal.

Jalan Paling Sempit di Dunia

Sperhofstraße adalah merupakan jalan tersempit di dunia. Ianya berada di di Baden-Württemberg, Jerman. Dengan keluasan hanya 12 cm untuk paling sempit dan 50 cm paling lebar. Dan yang pasti kereta tidak dapat melaluinya

Roundabout paling mengelirukan di dunia

Roundabout yang dimaksudkan terletak di England dan dibina pada tahun 1972. 'Magic' roundabout itu juga mengandungi 5 mini roundabout di kelilingnya. Kepada pemandu yang pertama kali melalui kawasan ini perlu berhati-hati di sini. Ia juga telah dilabel sebagai jalan yang paling menakutkan di England.

Jalanraya terluas didunia

Jalan 9 de Julio Avenue di Argentina terletak kira-kira satu kilometer ke barat pantai Rio de la Plata, dari daerah Retiro di utara ke stesen Constitución di selatan. Jalan ini mempunyai tujuh lorong di setiap arah dan diapit di sebelah sama ada melalui jalan-jalan dengan empat lorong tambahan

Jalan terpanjang didunia

Pan-American Highway, The Americas ini merupakan jalan yang terpanjang di dunia sejauh (48.000 km) yang melewati 15 negara dari Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Amerika Utara



Panik? Info Perlu Tau Sekiranya Terlibat Dalam Kemalangan


1. Periksa keadaan diri sendiri dan penumpang
Selepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti berada dalam keadaan terkejut dan memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi tenangkan diri dahulu dan pastikan diri sendiri atau penumpang tidak mengalami kecederaan. Jika ada kecederaan serius hubungilah ambulans dan dapatkan rawatan segera. Pastikan mendapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan tuntutan nanti.

2. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling
Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.

3. Dapatkan maklumat dari pemandu lain
Pastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lessen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.

4. Hubungi pihak insurans kereta anda
Jikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.

5. Buat laporan polis di balai polis terdekat
Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda.

6. Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri
Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.

7. Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar
Jika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.

Inilah 7 langkah atau nasihat yang perlu anda ketahui jika terlibat dalam kemalangan dan saya pasti ia boleh memanfaatkan diri anda kelak.




17 Mayat Ditemui Bogel, Hancur Dan Diikat



JALISCO: Sebanyak 17 mayat lelaki yang dikerat-kerat ditemui di ladang tengah Mexico, kawasan yang menjadi perebutan di antara geng dadah ganas, kata pegawai hari ini.

Pendakwa raya Jalisco, Tomas Coronado Olmos berkata, mayat ditemui di bandar Tizapan el Alto sempadan antara Jalisco dan Michoacan. Kesemua mayat itu dijumpai pada ketika warga tempatan meraikan Hari Kemerdekaan.

Olmos tidak mendedahkan identiti mereka tetapi berkata, mayat dalam keadaan bogel, hancur dan diikat dengan rantai di leher mereka berdekatan lebuh raya yang menghubungkan Guadalajara dan Morelia. Mereka dibunuh di tempat lain dan dicampak di kawasan ladang berkenaan. - AP



Gadis Badang Cipta Rekod Baru


SUNGAI BULOH – Ketika berusia sembilan tahun, D Shanmuga Priya pernah melakar sejarah tersendiri dengan menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut sejauh 57.7 meter.

Namun semalam, gadis yang kini berusia 20 tahun itu mengulangi kejayaan sekali lagi apabila berjaya menarik van berat yang sama tanpa henti sejauh 96.4 meter sekali gus memecahkan rekod dibuatnya sendiri 11 tahun lalu dan tercatat di dalam Malaysia Book Of Record.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka berjaya menarik van sejauh itu sedangkan sasaran awalnya hanya 70 meter.

“Apa yang saya buat ini adalah berdasarkan latihan menarik lori 1.2 tan setiap minggu selama sebulan selain mengamalkan makan hanya buah dan sayuran,” katanya.

Menurutnya, teknik pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan dia tidak cepat penat selain mengamalkan petua lain termasuk bersenam setiap hari.

Penuntut Kolej Segi itu berkata, kejayaannya turut didorong oleh keluarga terutama bapanya, G Devendiran, 56.

"Ini adalah hadiah untuk rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini (semalam) dan selepas ini saya berhasrat untuk menarik sebuah kapal terbang pula," katanya.

Persembahan sempena Hari Malaysia anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Damansara di Kampung Baru Sungai Buloh itu turut memperlihatkan aksi bapanya bergantung pada kren setinggi 15 meter menggunakan rambut selama lima minit.

Devendiran sebelum ini pernah menarik kapal seberat 110 tan menggunakan rambut dan van seberat 1.3 tan mengguna cuping telinga 10 tahun lalu.



Keburukan Makan Dengan Sudu

"

Pada satu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu, beliau dengan selamba meyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya :

“kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain,” saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab:

- Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

- Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.

- Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.”

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

*Sebuah kisah yang berlaku di akhir abad ke-19.kisah mengenai seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. perkara ini diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhdmat di Selangor pd masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off oleh Emily Innes.


7 Penjahat Paling Susah Mati

1. Edward Teach a.k.a Blackbeard



Edward Teach atau yang juga dikenal sebagai Blackbeard adalah kapten lanun laut Inggeris.
Dia juga dikenali dengan memiliki 16 isteri.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Blackbeard akhirnya melarikan diri ke North Carolina di Amerika, untuk bersenang-senang dengan harta kekayaan rampasannya. Namun, gabenur Virginia waktu itu, tidak suka dengan cara Blackbeard. Lalu dia mengirim dua kapal perang untuk menyerang kapal Blackbeard, dipimpin oleh Robert Maynard.

Namun, Blackbeard tidak lari dari kapal-kapal Maynard. Dia malah menaikinya. Setelah meletupkan kapal tersebut di atas dek dengan granit, dia mencari Maynard. Maynard hampir kehilangan
seluruh jarinya sebab ditetak dengan pedang oleh Blackbeard. Hebatnya, pedang Maynard patah sebab cuba melibas ke punggung Blackbeard.

Ketika selesai berlawan, Blackbeard telah ditusuk setidaknya dua puluh kali dan ditembak lima kali, dan akhirnya mati karena pendarahan. Sebelum mati, ia sempat mengisi pistolnya
kembali untuk terus menembak anak buah Maynard.


2. Pablo Escobar



Pablo Escobar adalah pemimpin Kartel Dadah Medellin, sebuah sindiket dadah asal Colombia (Amerika Selatan) yang membekalkan 80% kokain di seluruh dunia. Pada tahun 1989, Escobar dinamakan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan aset sebanyak US $ 25 bilion.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Sebuah pasukan khas bernama Search Bloc yang dibina atas pembekal-pembekal dari US Delta Force, SEAL Team 6 dan polis Colombia cuba membunuhnya.

Tembak-tembakan berlangsung di HQ Medellin, dengan Escobar akhirnya naik ke atas bumbung, melompat dari satu bangunan ke bangunan lain, dengan masih terus ditembak di kaki dan badan. Escobar terus selamat hingga akhirnya ia membunuh dirinya sendiri dengan menembak kepalanya. Ketika dibedah siasat, kecederaan Escobar dianggarkan mempunyai seribu luka
tembakan di seluruh badan dan kakinya.


3. Ned Kelly




Ned Kelly adalah seorang penjenayah berasal dari Australia yang hidup di abad ke-19. Dia bertanggung jawab atas rompakan dua bank besar dan pembunuhan tiga orang polis. Hebatnya, dia membunuh tiga orang polis tersebut untuk melarikan diri dari tangkapan polis.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Ned Kelly dan gengnya akhirnya menculik kira-kira 70 orang tebusan dari Glenrowan Inn ketika itu mereka tahu bahawa kereta api yang penuh dengan polis sedang mengejar mereka.
Ned Kelly juga berusaha untuk menjatuhkan keretapi tersebut di tengah-tengah jalan, yang akhirnya gagal.

Kesemua penjenayah tersebut lalu memasang baju zirah (baju besi) ciptaan mereka sendiri.

Kelly keluar dari Glenrowan Inn, menyerang anggota polis yang menembak ke arahnya. Namun pahanya yang tidak dilindungi menjadi
titik lemahnya.

Kelly akhirnya menyerah kerana terlalu banyak luka di kakinya. Seluruh anggota gengnya mati masa tembak menembak, namun Kelly hidup dan dibawa ke mahkamah. Dia dihukum mati, dan kata-kata
terakhirnya sebelum meninggalkan mahkamah adalah "Aku akan bertemu kau selepas aku mati."

Dua minggu kemudian, hakim yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Kelly meninggal kerana serangan jantung.


4. Leon Trotsky



Leon Trotsky adalah orang kanan pemimpin Bolshevik di Rusia, Lenin.

Selepas Lenin meningggal, dia terus kepada Stalin. Tapi Stalin telah mengeluarkanya dari Parti Komunis Rusia dan mengasingkannya dari Rusia. Trotsky bertekad untuk membalas dendam terhadap Stalin dan dia terus mengadu kepada Kongres Amerika Syarikat.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Trotsky tidak diberi masuk ke Amerika oleh Imigresen. Akhirnya, ia pindah ke Mexico City, dimana ia cuba dibunuh oleh pembunuh upahan Stalin bernama Ramon Mercader.

Mercader dapat menetak kepala Trotsky dengan kapak. Tapi Trotsky bangun dari tempat duduk dan terus meludah Mercader, dan mengejar Mercader dan berlawan dengannya, dengan kapak di kepalanya.

Pembantu pembantu Trotsky akhirnya dapat masuk ke dalam bilik, dan terus membunuh Mercader, dan membawa Trotsky ke hospital. Ia meninggal kerana komplikasi penyakit di kepalanya beberapa hari kemudian.


5. Gabriel Garcia Moreno



Gabriel Garcia Moreno adalah presiden Ecuador di abad ke 19. Dia yg bertanggung jawab dalam pembukaan Parti Konservatif Ecuador.

Moreno menyatakan bahwa agama resmi negara adalah Katolik, dan mengharuskan siapapun yang ingin masuk politik harus seorang Katolik. Peraturan ini ditentang oleh orang ramai sehingga ada yang ingin membunuhnya.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Satu hari, Moreno sedang berjalan keluar dari gerejanya di Quito. Dia tiba-tiba diserang oleh sekelompok penyerang dengan kapak, ke arah lehernya, tengkorak dan otaknya, dan memutuskan
lengan kirinya dan tangan kanannya.



Moreno tetap berdiri kembali. Para penyerangnya menembaknya enam kali di dada. Dia lalu diserang lagi dengan pedang tak kurang lebih dari 14 kali. Bahkan setelah itu, Moreno masih sempat menuliskan "Tuhan takkan mati" di tanah dengan darahnya sendiri.

Setelah penyerangnya pergi, para pendeta gereja membawanya masuk ke dalam gereja, di mana ia akhirnya hidup untuk 15 minit lagi dan mati.


6. Ferdinand Magellan



Ferdinand Magellan adalah seorang penjelajah berasal dari Portugis. Dia orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia, dan orang Eropah pertama yang menginjak kaki di Filipina.

Magellan bersetuju untuk membunuh seseorang bernama Lapu-Lapu, musuh dari dua raja Filipina.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Magellan akhirnya mendarat di pulau milik Lapu-Lapu yang bernama Mactan. Lapu-Lapu tahu mereka akan datang, kerana sebuah bala tentera telah siap menunggu mereka.

Magellan ditembak dengan peluru beracun ketika ia menginjakkan kaki di Mactan. Tapi dia tetap berlari ke
depan, di belakangnya sebuah kapal penuh bala tentara milik Magellan.

Dia terus ditusuk di muka dengan sebuah tombak buluh, dan lengannya putus kerana kena pedang musuh. selepas itu kakinya juga diporong. Ia akhirnya jatuh tersungkur ke tanah, tidak berdaya.

Tentera Lapu-Lapu terus menerus menerus memukulnya, namun Magellan masih hidup dan meneriak supaya anak buahnya kembali ke kapal dan berundur. Di tengah hujan dan pukulan dari tentera musuh, Magellan melihat anak buahnya berundur barulah ia mati.


7. Grigori Rasputin



Rasputin adalah seorang sami yang hidup dan berkerja dengan Tsar Nikolas II di Rusia, pada awal abad ke 20. Tsar Nikolas II (Raja Rusia) percaya bahwa Rasputin dapat mengubati anak mereka yang terkena hemofilia bernama Alexei, jadi ia menyuruhnya untuk tinggal di Istana bersama keluarga Tsar.

Rasputin memiliki watak yang tidak begitu baik. Ia adalah seorang lintah darat dan juga seorang pemabuk, dan sering menerima rasuah dari orang-orang yang meminta bantuannya. Gaya hidup Rasputin membuatnya akhirnya kurang disukai oleh kerajaan yang memerintah.

Bagaimana ia akhirnya mati?
Rasputin ditusuk oleh seorang pembunuh upahan pada 1914. Tapi ia tetap hidup. Setelah sembuh, masih ramai orang ingin membunuh dia dan kali ini dengan cara meracun dia dengan wine. Tapi Rasputin tetap hidup, entah kenapa.

Di sebabkan Rasputin masih hidup, mereka mencuba membunuhnya lagi, kali ini dengan menembak kepalanya. Rasputin, rebah ke tanah, tapi sebenarnya dia hanya berpura-pura mati. Setelah merasa Rasputin dah mati para “pembunuh”-nya pun meninggalkan tempat itu. Yang lucunya, ada pulak seorang tu tertinggal jaket dan dia kembali ketempat itu untuk mengambil jaket dia balik.

Bila sampai disana Rasputin pun menjerit dan mencekiknya.

Bila terdengar, Orang-orang itu datang balik ke tempat itu, mereka menembak dia lagi tiga kali di kepala, dan terjatuh ke tanah. Tapi… ya...dia belum mati.

Dia bangun, lalu terus dipukul sampai pengsan. Mereka membungkus tubuh Rasputin dengan selimut dan membuangnya ke Sungai Neva yang teramat sejuk.

Ketika mereka jumpa mayat Rasputin, selimut itu berlumuran darah dan badannya penuh luka tembakan, perutnya penuh dengan racun, dan banyak lebam akibat dipukul, Rasputin diberitakan mati disebabkan kesejukan.



Penjara San Quentin : Penjara Terbesar Amerika Syarikat


Penjara San Quentin ialah penjara terbesar di Amerika Syarikat dan terletak di San Quentin California.

Ianya mula memenjarakan penjenayah sejak 1852.

Penjara San Quentin mempunyai keluasan sebesar 275 ekar.

Ianya direka bagi memuatkan 3082 orang banduan pada satu-satu masa tetapi kerana masalah kesesakan yang kronik ianya menanpung 5222 orang banduan.

Penjara San Quentin sangatlah besar ia mempunyai poskodnya sendiri bagi memudahkan hal surat menyurat.

San Quentin juga merupakan satu-satunya penjara yang masih melakukan hukukan mati di California.

Hukuman mati dilakukan menggunakan gas beracun sehingga 1996.

Kini hukuman mati dilakukan dengan menggunakan suntikan beracun.

Selain memegang gelaran penjara terbesar Amerika Syarikat, San Quentin juga merupakan penjara yang mempunyai paling ramai banduan yang menanti hukuman mati di Amerika.

Sebanyak 637 orang banduan bilik akhir menanti waktu untuk dijatuhi hukuman.

Kos operasi tahunan San Quentin ialah USD 210 juta! Sebanyak 1718 kakitangan digaji bagi memastikan urusan harian penjara ini berjalan lancar.

Antara banduan yang pernah atau sedang menjalani hukuman penjara di San Quentin ialah Danny Trejo, pelakon utama Machete dan Spy Kids.

Beliau dipenjarakan disini selama tiga tahun dari 1965-1968.

Pembunuh Robert F Kennedy, Sirhan Sirhan juga pernah dipenjarakan disini.

Pembunuh bersiri Charles Manson juga pernah dipenjarakan disini sebelum dipindahkan pada tahun 1989.

Keadaan penjara San Quentin mungkin nampak teruk. Tapi jika dibandingkan dengan Penjara San Pedro Sula di Honduras, San Quention nampak macam hotel 5 bintang!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012