10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia

1. Angel Falls
Negara: Venezuela
Lokasi: Taman Negara Canaima
Sungai: Gauja (Rio Gauya), anak sungai Rio Churún
Tinggi: 3,212 kaki (979 m)

2. Tugela Falls
Negara: Afrika Selatan
Lokasi: Taman Negara Natal
Sungai: Tugela River
Tinggi: 3,110 kaki (948 m)

3. Cataratas las Tres Hermanas
Negara: Peru
Lokasi: Cordillera Oriental
Sungai: -
Tinggi: 3,000 kaki (914 m)

4. Oloʻupena Falls
Negara: USA
Lokasi: Molokai, Hawaii
Sungai: -
Tinggi: 2,953 kaki (900 m)

5. Catarata Yumbilla
Negara:Peru
Lokasi: Amazonas
Sungai:
Tinggi: 2,938 kaki (896 m)

6. Vinnufossen
Negara: Norway
Lokasi: Sunndal, More Og Romsdal
Sungai: Vinnu
Tinggi: 2,822 kaki (860 m)

7. Baläifossen
Negara: Norway
Lokasi: Ulvik, Hordaland
Sungai: Baläi
Tinggi: 2,788 kaki (850 m)

8. Pu’uka’oku Falls
Negara: USA
Lokasi: Molokai, Hawaii
Sungai: -
Tinggi: 2,756 kaki (840 m)

9. James Bruce Falls
Negara: Canada
Lokasi: Princess Louisa Provincial Marine Park
Sungai: -
Tinggi: 2,755 kaki (840 m)

10. Browne Falls
Negara: New Zealand
Lokasi: Taman Negara Fiordlands
Sungai: -
Tinggi: 2,744 kaki (836 m)

10 Taman Tema Terbaik Dunia

1. Noah's Ark Water Park Wisconsin

2. Wet n' Wild Orlando, Florida

3. Sunway Lagoon Malaysia

4. World Water Park Edmonton, Canada

5. Chimelong Water Park China

6. Schlitterbahn Texas

7. Water Country Virginia

8. Las Cascada Water Park Puerto Rico

9. Sandcastle Waterpark United Kingdom

10. Wet n' Wild Water World Australia

Bila Putus Cinta

Bahana Api Ubat Nyamuk

TUMPAT – Api lingkaran ubat nyamuk nyaris memusnahkan rumah banglo bernilai RM350,000 di sini, apabila sebuah bilik tidur tingkat atasnya terbakar dalam kejadian awal pagi semalam.

Kebakaran kira–kira jam 6.30 pagi di Kampung Bunut Sarang Burung itu disedari anak pemilik rumah, Ahmad Rozaini Muhamad, 20, yang terdengar bunyi letupan kecil di bilik bersebelahan biliknya.

Ayahnya, Muhamad Awang Lah, 54, berkata, dia terkejut apabila diberitahu Ahmad Rozaini bilik tidur di tingkat atas terbakar.

"Beberapa minit sebelum itu saya juga ada terdengar bunyi letupan kecil seperti ada benda terbakar tetapi tidak menyangka bilik tidur di tingkat atas yang terbakar.

"Saya terus naik untuk melihat apa yang berlaku, ketika itu saya sedang menyapu di halaman rumah," katanya.

Tindakan pantas Muhamad bersama anaknya, Ahmad Rozaini memunggah air dengan baldi berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

Muhamad berkata, ketika dia membuka pintu bilik tersebut, api sedang marak membakar kipas, tilam dan almari baju.

"Dalam keadaan panik, saya terus menyimbah air yang diambil dari bilik air berdekatan untuk memadamkan api marak itu. Alhamdulillah api berjaya dipadamkan dan menyelamatkan kami lapan beranak," katanya yang bekerja sendiri manakala isterinya, Noridah Mohd Nor, 52, kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Menurutnya, bilik yang terbakar itu adalah bilik tidur anak sulungnya, Mohd Razimi, 26, yang menyalakan lingkaran ubat nyamuk kerana elektrik terputus jam 3 pagi.

"Mohd Razimi terselamat daripada kebakaran tersebut kerana ketika kejadian dia tiada di dalam bilik selepas subuh," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tumpat, Ya’acob Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kira–kira jam 7.08 pagi.

"Sebuah jentera dari Balai bomba Tumpat bersama lima anggota bergegas ke lokasi kejadian, ketika anggota bomba sampai api sudah padam," katanya.

Menurutnya, punca kejadian disebabkan api lingkaran ubat nyamuk dan kerugian dianggarkan RM150,000 apabila perabot dan barangan elektrik di dalam bilik tersebut hangus terbakar.

Masjid ‘Terapung’

BASAH...solat Jumaat disempurnakan di tingkat satu dan dua Masjid Ar-Rahimiah selepas dewan solat utama dinaiki air, semalam.

KLANG: Jemaah Masjid Ar-Rahimiah, di sini, terpaksa menunaikan solat Jumaat di tingkat satu dan tingkat dua masjid berkenaan selepas dewan solat utama dipenuhi air akibat banjir kilat, semalam.

Timbalan Nazir Masjid, Jaafar Samsuddin berkata, dewan solat utama masjid dipenuhi air akibat hujan lebat menyebabkan air longkang dan air dari bukit berhampiran melimpah.Katanya, kerugian dianggarkan RM800,000 kerana permaidani dewan solat perlu diganti baru selain peralatan audio yang rosak ditenggelami air.

“Selain itu, perpustakaan yang menempatkan buku bacaan dan kitab serta bilik imam dimasuki air.“Buat sementara waktu, solat dan aktiviti keagamaan diadakan di tingkat satu dan dua masjid sehingga permaidani baru siap dipasang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jaafar berkata, pihaknya sudah membina tembok simen di depan dewan solat bagi menghalang air memasuki dewan solat selepas kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu.

Namun, kali ini pengurusan memecahkan tembok simen berkenaan bagi membolehkan air yang bertakung dalam dewan solat dikeluarkan.

Katanya, pengurusan masjid sudah beberapa kali mengutarakan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun masalah sama masih berulang.

Menurutnya, buat sementara waktu, satu tembok yang lebih tinggi dibina di dewan solat utama bagi mengatasi masalah berkenaan supaya tidak berulang.

Dua Rakan Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Bendera Parti Politik

TANAH MERAH, 31 Mac -- Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam tadi.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi ini.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri.

2 Sahabat Gila

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. 

Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. 

Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

Artis Korea Bila Berskirt

Bapa Rantai Anak Pada Tiang

LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam. - AFP

BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.

Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.

"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.

Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut. - AFP

Dirotan 20 Kali Kerana Ponteng

BUTTERWORTH - Gara-gara tidak hadir sehari ke sekolah, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di sini mendakwa disebat guru besarnya lebih 20 kali menyebabkan punggungnya lebam, terasa sakit hingga trauma ke sekolah.

Mangsa, anak ketiga dari lima beradik yang tinggal bersama keluarga di Taman Seri Bagan di sini mendakwa, dia disebat di dalam bilik guru besar sebaik hadir ke sekolah Selasa lalu selepas tidak hadir sehari sebelumnya.

“Saya memaklumkan kepada guru kelas sebaik hadir ke sekolah keesokan harinya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu,” katanya.

Menurut mangsa, namun guru kelasnya membawanya berjumpa dengan guru besar biarpun itu kali pertama dia tidak hadir ke sekolah.

Akibat dirotan, murid tahun enam sekolah rendah itu bukan sahaja tidak boleh duduk, malah terpaksa tidur meniarap.

Kejadian itu disedari bapa mangsa selepas mendapati anaknya berperangai pelik apabila enggan membuka pakaian seragam sekolah sewaktu tidur malam kelmarin.

Bapanya yang berumur 50 tahun itu berkata, sebaik pulang dari sekolah sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu, anaknya enggan membuka seluar sekolah semasa hendak masuk tidur sekitar jam 9 malam.

“Perangai peliknya itu membuatkan kami sekeluarga hairan. Ketika dia nyenyak tidur pada jam 12 malam, saya dan isteri membuka seluarnya untuk memakaikannya dengan sarung dan terkejut mendapati punggungnya terdapat kesan calar seolah-olah dirotan,” katanya.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh kontrak berkata, anaknya memberitahu apa yang berlaku selepas berulang kali ditanya.

“Saya tahu kesalahannya tidak hadir ke sekolah, tetapi sepatutnya sebagai seorang pentadbir, guru besar berkenaan tidak boleh menjatuhkan hukuman keterlaluan kerana ia akan meninggalkan kesan trauma, apatah lagi disebat dengan jumlah yang tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Katanya, lebih menyedihkan selepas insiden itu, pihak sekolah termasuk guru besarnya bersikap endah tak endah apabila langsung tidak mahu bertemu dengannya sama ada untuk memaklumkan tindakan mereka atau mengakui kesilapan dilakukan.

Bagi mengelak perkara sama berulang, dia membuat laporan polis dan membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital. Dia juga memaklumkan kejadian itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara, Adnan Idris yang dihubungi berkata, perkara itu akan disiasat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Kita tidak pernah berkompromi dalam hal sebegini,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Ikan Flowerhorn Jadi Tumpuan Pengunjung

BANGKOK - Seekor ikan flowerhorn yang mempunyai bonggol berwarna merah pada kepala menjadi tumpuan para pengunjung pada satu festival ikan di sini semalam.

Diadakan pada setiap tahun di Thailand, festival yang dikenali sebagai Pramong Nomjai Thai Tuala itu mempamerkan pelbagai jenis ikan eksotik dan mahal seperti flowerhorn dan arowana.

Pada tahun ini, pameran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah itu akan berakhir pada 1 April depan. - Agensi

Patung Pitt Dan Jolie Di Menara Sydney

PATUNG lilin Pitt dan Jolie dipamerkan di ruang untuk melihat pemandangan di Menara Sydney di Sydney semalam

SYDNEY - Patung lilin aktres Brad Pitt dan kekasihnya, Angelina Jolie dipamerkan di ruang untuk melihat pemandangan di Menara Sydney di sini semalam.

Muzium Madame Tussauds akan dibuka pada Mei depan di sini yang akan menampilkan le-bih 70 patung tokoh terkenal.

Patung Pitt dan Jolie itu akan turut dipamerkan di muzium berkenaan.

Menurut seorang jurucakap muzium itu, Kristy Enright setiap patung tersebut bernilai AS$220,000 (RM674,405).

Dia berkata, patung selebriti tersebut akan menjadi amat popular. - Agensi

12 Mesin Terbesar Pernah Di Ciptakan

1. Liebherr T 282B: Truck terbesar di dunia
Mesin raksasa Liebherr T 282B adalah dumptruck terbesar yang dibina tahun 2004 oleh syarikat Jerman. Trak seberat 203 Tan ini dapat mengangkut muatan sebanyak 365 tan, dan menghasilkan tenaga kira-kira 3650 Kuasa Kuda.

Features:
Weight: empty – 203 tons; maximum capacity – 365 tons; maximum operating weight – 592 tons
Length: 14.5 m long
Height: 7.4 m tall
Wheelbase: 6.6 m
Top Speed: 40 mph or 65 kph
Costs: US$3.5 M

2. Bagger 288: Mesin penggali terbesar di dunia
Mesin ini adalah mesin penggali terbesar di dunia. Excavator Berroda bernama Bagger 288 dibina oleh perusahaan Krupp Jerman.

Mesin seberat 13.500 Tan ini terdiri dari 2 bahagian, iaitu “bucket-wheeler excavator” sebagai alat penggalinya dan Crawler-Transporter sebagai kenderaan penumpang yang membolehkan alat tersebut bergerak.

Features:
Height: 95 m tall
Length: 215 m long
Weight: 13,500 tons

3. Crawler-Transporter: Kenderaan pengangkut kedua terbesar di dunia
Crawler-Transporter digunakan untuk mengangkut roket Saturn V, Saturn IB, Apollo Soyuz San dan pesawat luar angkasa lain. Kenderaan ini adalah idea Bucyrus International dan dibina oleh Marion Power shovel Co. dengan kos mencecah USD 14 Juta.

Pada masa dibina, mesin ini merupakan kenderaan pengangkut terbesar, namun kini diatasi oleh Bagger 288.

Features:
Height: 20 ft or 6.1 m to 26 ft or 7.9 m
Length: 131 ft or 40 m
Width: 114 ft or 35 m
Weight: 2400 tons 2,700 short tons or 2,400,000 kg; 5,400,000 lb

4. TAKRAF RB293: Mesin terbesar dalam sejarah manusia
Seperti Bagger 288, ini adalah Excavator terbesar yang dibina oleh syarikat German, TARKAF Industry. Mesin ini memegang rekod sebagai mesin terbesar dan terberat di dunia dan digunakan di lombong arang batu di Victoria, Australia

Features:
Height: over 94.5 meters or 310 feet tall
Length: over 220 meters or 722 feet long,
Weight: over 14,196 tons or 31.3 million lbs

5. Overburden Conveyor Bridge F60: Mesin terbesar yang dapat bergerak bebas
Overburden Conveyor Bridge F60 adalah mesin terbesar yang dapat bergerak bebas. Alat ini tidak diaktifkan setelah 13 bulan beroperasi dengan alasan sumber tenaga dan politik.

Ketinggian alat ini mencapai 60meter [F60] dan panjang sekitar 502 Meter. Alat ini juga sering disebut “Lying Eiffel Tower” F60 adalah salah satu dari lima Conveyor yang digunakan di lombong arang batu di German.

Features:
Length: 502 m long
Width: 240 m wide
Height: 80 m tall
Weight: 13,600 metric tons

6. Large Hadron Collider: Mesin akselerator partikel terbesar di dunia
Large Hadron Collider adalah kompleks memproses partikel berkuasa tinggi yang terbesar di dunia. Berfungsi untuk memancarkan dua pancaran partikel proton dengan tenaga kinetik yang sangat besar.

LHC dibina oleh Badan Kajian Nuklear Eropah(CERN).Projek ini dimulai sejak tahun 1995, dan merupakan projek terbesar yang pernah dilakukan oleh manusia, dengan menggunakan peralatan paling rumit di dunia, serta memakan kos lebih dari USD 10 milian dengan mengambil masa untu disiapkan lebih dari 14 tahun.

Terletak 91 meter di bawah sempadan Perancis-Swiss dekat Geneva, Switzerland, mesin yang berbentuk terowong sepanjang 27 kilometer ini dibina oleh 10 000 ilmuwan dan jurutera, dari lebih 100 negara, serta mendapat sokongan oleh ratusan universiti dan laboratorium.

Features:
Length: 27 km or 17 mil
Circumference: 175 m or 570 ft
Built & Funded: 10,000 scientists and engineers from 100 countries

7. BHC SR-N4 Mk-3: Hovercraft non militer terbesar
BHC SR-N4 adalah Hovercraft terbesar yang bertujuan untuk mengangkut 418 penumpang dan 60 kereta.
Rekabentuknya adalah sepanjang 40 meter (131 kaki), berat 190 ton (193 t), mampu meluncur hingga 83 knot (154 km / jam). Hovercraft ini dibangun oleh British hovercraft Corporation pada 1966.

8. Typhoon: Kapal selam terbesar yang pernah dibuat
Typhoon adalah sebuah kapal selam pengangkut rudal terbesar yang pernah dibuat. Kapal Selam ini menggunakan tenaga nuklear dan dioperasikan oleh angkatan Laut Soviet pada 1980an.

Dengan berat maksimum 26000 Ton, Typhoon adalah sebuah senjata pemusnah paling menakutkan pada masa itu. Oleh kerana kos operasi yang mahal, maka kapal selam ini dihentikan operasinya.

9. Emma Maersk kapal kontainer terpanjang yang pernah ada
Kapal besar ini adalah kapal kontainer terpanjang yang pernah dibina di dunia dan pada tahun 2008 itu menjadi kapal terpanjang pernah digunakan.

Kapal ini dapat membawa kira-kira 11.000 unit atau 1.400 unit [masing – masing sepanjang 20 kaki] muatan, jauh lebih banyak dari kapal lain yang pernah ada.

10. Knock Nevi’s: Kapal terbesar yang pernah dibina
Ini adalah super tanker terbesar. Knock Mevi adalah sebagai tempat simpanan dan pemindahan terapung [FSO] yang dimiliki oleh Fred Olse, Norwegia.
Kapal ini jauh lebih panjang/tinggi dari menara kembar petronas [1480 ft dibanding 1504 ft]

Features:
Length: 458.45 m or 1,504 ft long
Width: 69 m wide
Height: 30 m tall
Weight: 564,763 tons

11. Airbus A380: Pesawat penumpang terbesar
Airbus A380 yang dihasilkan oleh Airbus S.A.S. adalah sebuah pesawat dua tingkat, dengan empat mesin yang mampu memuatkan 850 penumpang dalam konfigurasi satu kelas atau 555 penumpang dalam konfigurasi tiga kelas.

Pesawat ini melaksanakan penerbangan pertama pada 27 April 2005 dan memulai penerbangan komersial pada akhir tahun 2007 setelah ditunda beberapa kali.

12. Antonov An 225: Pesawat terbesar dan terberat di dunia
Antonov An-225 Mriya merupakan pesawat terbesar kedua di dunia yang dibuat oleh Syarikat Antonov. Nama belakang pesawat ini Mriya yang dalam bahasa Ukrain berarti mimpi atau inspirasi.

Sebelum ini pesawat ini digunakan untuk mengangkut pesawat ulang alik Buran menggantikan Myasishchev VM-T. Namun seiring dengan pecahnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991 dan projek Buran yang tidak dilanjutkan lagi pada tahun 1993, pesawat ini terpaksa dihentikan operasii (tidak kelihatan) selama hampir 8 tahun.

Pada tahun 2001, pesawat ini kembali beroperasi dengan menjadi pengangkut berat yang bernombor penerbangan UR-82060 (yang sebelumnya СССР-82060) sehingga sekarang.

Kolam Renang Terbesar Di Dunia

Kolam renang ini tercatat dalam Guinness Book of World Records sebagai yang terbesar di dunia. Kolam renang di pinggir pantai ini memiliki panjang mencecah 1013 meter (1 kilometer lebih) dan luasnya mencecah 8 hektar. Kolam renang yang terletak di pinggir pantai Chili ini menampung air hingga sebanyak 66 juta galon (250.000 meter kubik air).

Kolam renang ini memerlukan 5 tahun untuk menyiapkannya dan ketika dibuka ia menarik ramai pelancong ke San Alfonso del Mar resort di Algarrobo, pantai selatan Chili dimana kolam renang ini berada.

Kolam renang ini menggunakan pam dan sistem penyaringan yang dikendalikan komputer untuk sentiasa menjaga air laut di dalamnya agar tetap fresh dengan sistem kitaran tetap. Pam nya menyedut dan menyaring air dari laut pada satu sisi, dan mengepamnya keluar lagi pada sisi lainnya. Suhu nya di tetapkan pada suhu 26 darjah celcius, lebih tinggi sekitar 9 darjah dari suhu air laut di sekitarnya.

Kolam renang ini di reka oleh Biochemist asal Chili, Fernando Fischmann dengan memanfaatkan sumber air laut yang tidak pernah habis dan tentunya tidak merosakkan lingkungan laut di sekitarnya.



Bom 500kg Perang Dunia Kedua Dijumpai Di Labuan

LABUAN - Beberapa pekerja binaan di sebuah projek perumahan gempar apabila menemui sebutir bom yang dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua yang masih aktif di sebuah tapak pembinaan di Kampung Tanjung Aru, di sini.

Ketua Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran berkata, bom berukuran lilit lima diameter dan berat mencecah hampir 500 kilogram, dipercayai digugurkan semasa Perang Dunia Kedua, tetapi tidak meletup.

“Bom yang luar biasa ini dijumpai oleh pekerja binaan yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah, dan bernasib baik bom tersebut tidak meletup,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Saiman berkata bom itu akan dipindahkan ke tempat selamat dan akan dipantau oleh unit bom polis bagi memastikan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kepada penduduk kampung dan sekitarnya.

“Kerja-kerja pemusnahan akan dilakukan oleh unit pemusnah bom berpengalaman dalam masa terdekat,” katanya.

Saiman turut menasihatkan orang ramai yang menjumpai objek-objek yang mencurigai menyerupai bom supaya segera memaklumkan kepada pihak polis.- Bernama

Dua Lelaki Cium Mulut Kena Penjara Enam Bulan

ABU DHABI: Sebuah mahkamah rayuan di Abu Dhabi mengekalkan hukuman enam bulan penjara terhadap dua lelaki, masing-masing dari Eropah dan Asia kerana bercium mulut di tempat awam.

Mahkamah juga mengarahkan mereka diusir selepas menjalani hukuman, lapor sebuah akhbar, semalam.

Mahkamah berkenaan menyokong hukuman sebelum ini selepas seorang saksi mengesahkan semula yang beliau nampak pasangan itu berpeluk dan bercium di satu jalan di Abu Dhabi, kata akhbar berbahasa Arab, Alittihad.

Kedua-dua defendan yang tidak dikenali itu memberitahu mahkamah, mereka berpelukan sementara lelaki Eropah itu berkata, beliau mencium kepala rakannya kerana sudah mahu meninggalkan Emiriyah Arab Bersatu.

Peguam bela meminta mereka dibebaskan kerana saksi memberi kenyataan bercanggah.
Akhbar itu berkata, saksi ketika itu memandu di kawasan berkenaan.

Saksi memberitahu, pada asalnya dia tidak pasti apa yang sedang dilihat dan kemudian menoleh kembali lalu melihat mereka bercium. – Agensi

Potong Kaki Kerana Malas Kerja

MITTERLABILL (Austria): Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.

Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.

Dan apabila dakwaannya menyatakan dia terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong kakinya - sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada pakar bedah dapat menyambungkannya semula.

Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap polis Franz Fasching berkata: “Rancangan Url memang licik. Dia menunggu hingga isteri serta anak lelakinya keluar dan hanya dia bersendirian di rumah.

“Dia kemudian memetik suis mesin gergaji itu dan memotong kaki kirinya di atas paras buku lali - mencampakkannya ke dalam api, supaya ia tidak boleh disambung semula sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan. “Dia kemudian mengesot ke garaj di mana dia menghubungi petugas kecemasan dan menunggu mereka tiba.” Polis memberitahu Url hampir mati akibat kehilangan banyak darah sebelum petugas paramedik tiba di kediamannya. Mereka turut menemui kakinya yang dipotong di dalam ketuhar. - DM

9 Tips Perkara Romantik Ketika Bercinta

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.(bagi yg ber agama Islam jgn x solat maghrib pulak)

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.Bagi yg dh berkahwin sesekali menonton filem adegan panas bersama pasangan apa salahnya,

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012