Petua Penjagaan Kesihatan Rambut

Santan luruskan rambut
Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut, amalkan petua ini.
Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

Dadih lembutkan rambut
Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam kira-kira 60 darjah Celsius. Perahkan air limau nipis, kacau dan simpan dalam peti sejuk selama enam jam.
Apabila pekat boleh dilumur pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insya-Allah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Daun bunga raya elak rambut gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh sehingga bersih dan kisar. Kemudian perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kali seminggu dan anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat secara semula jadi.

Elak mengikat rambut
Rendam kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya untuk disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, usah mengikat rambut dengan getah bagi mengelak rambut gugur.

Rambut bersinar dengan telur
Asingkan putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapu pada rambut. Biarkan 15 hingga 25 minit. Seterusnya, bilas rambut menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Rambut anda akan lebih bersinar.

Limau nipis atasi rambut kering
Untuk mengatasi masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak, lumurkan limau nipis pada rambut kemudian biarkan selama 25 hingga 35 minit dan bilas menggunakan air bersih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012