Kebiasaanya, jika terdapat sesuatu
kematian,terutama yang meninggalnya itu adalah insan yang kita
kenali,kita akan terus menyelongkari sebab-musabab kematian mereka.
Namun,kita tidak pernah menyelidik sebab dan akibat kematian insan-insan
yang terkenal dalam sejarah.Insan ini sepanjang hidupnya adalah seorang
panglima terbilang,saintis hebat,sasterawan dan sebagainya. Sepopular
mana pun mereka ini,nasib malang tidak mengenal sesiapa.Yang paling
mengaibkan lagi adalah mereka ini mendapat musibah di saat ajal datang
menjemput.Di bawah merupakan sebilangan daripada mereka yang menerima
musibah tersebut.Ah,sungguh malang.
Attila the Hun:
Salah
seorang watak antagonis dalam sejarah bangsa.Beliau adalah musuh yang
paling ditakuti oleh empayar Rom.Walaubagaimanapun, beliau adalah hero
bagi rakyat Hungary.Attila dan tentera-tenteranya telah menawan hampir
keseluruhan Asia iaitu daripada Mongolia hingga ke pinggir Empayar
Russia pada 450AD.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Disebabkan oleh hanya pendarahan hidung ketika malam perkahwinannya.
Pada 453AD, Attila mengahwini seorang gadis muda bernama Ildico.Malam
perkahwinannya, beliau mabuk dengan teruk sehingga pendarahan hidung
yang beliau alami tidak dapat beliau maklumkan kepada pembantu beliau.
Akhirnya, beliau meninggal disebabkan lemas dengan darahnya sendiri dan
bukannya meninggal di medan perang. Kematian beliau hanya disedari
keesokkan paginya.Sungguh kesian!.
Tycho Brahe:
Seorang
ahli astronomi berbangsa Denmark pada kurun ke-16. Beliau lahir pada14
December 1546 di Tyge Ottesen Brahe (de Knudstrup). Jasa beliau terhadap
bidang astronomi moden amat besar sehinggakan teori yang beliau
kemukakan sewaktu hayat menjadi rujukan ramai ahli astronomi lain
termasuk Isaac Newton.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Kegagalan sistem pundi kencing akibat menahan kencing ketika berada dalam satu majlis.
Beliau diketahui seorang yang kuat minum. Kebiasaannya, sebelum ke
sesuatu majlis beliau akan memastikan yang beliau akan membuang air
kecil terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, dalam satu majlis,beliau gagal
membuat demikian.Masalahnya makin teruk apabila beliau rela menahannya
kerana berasa amat biadab untuk keluar ketika majlis sedang
berlangsung.Dan akibat daripada sikap ‘menghormati majlis’ nya
itu,beliau terlantar selama 11 hari dan kemudian menemui ajal akibat
daripada kegagalan ginjal dan batu karang!. Sangat kesian!.
Horace Wells:
Seorang
doktor gigi dan pelopor penggunaan anesthesia pada awal 1840-an. Beliau
lahir pada 21 Januari 1815 di Hartford,Vermont. Wells berkelulusan
daripada Walpole,New Hampshire sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang
pengigian di Boston.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Menggunakan Anesthesia untuk membunuh diri.
Masalah beliau bermula apabila beliau ketagih dengan kloroform yang mana
bahan utama untuk Anesthesia, hasil kajian beliau. Ketika itu,
kloroform tidak lagi diketahui akibat ketagihannya.Ini bermakna Horace
Wells adalah orang pertama ketagih bahan kimia tersebut.!
Pada 1848, beliau ditahan kerana menyembur dua orang pelacur jalanan
dengan asid sulfuric.Dalam surat rayuan kepada pihak penjara, beliau
menyalahkan kloroform sehingga menyebabkan beliau mengalami halusinasi.
Akhirnya beliau meninggal dunia di dalam selnya akibat daripada bunuh
diri.Wells menghiris urat arteri betisnya dengan pisau cukur selepas
mabuk dengan kloroform.Dipercayai untuk mengurangkan kesakitan.!
Wells disemadikan di Cedar Hill Cemetery di Hartford, Connecticut. Kematian yang menyayat hati bagi seorang yang genius.Kesian!.
Francis Bacon:
Salah
seorang berpengaruh lewat kurun ke-16. Dilahirkan di England pada 22
January 1561. Beliau adalah seorang negarawan,hakim,penulis,saintis dan
ahli falsafah. Dipercayai, beliau menulis beberapa skrip untuk
sasterawan inggeris terkenal,Shakespeare.
Bagaiman beliau meninggal dunia: Mengalami Pnemonia(paru-paru berair)
akibat melakukan kajian yang agak tidak masuk akal di tengah kesejukan
musim sejuk.
Satu tengahari pada musim sejuk tahun 1625, Bacon memerhati di luar
rumahnya yang mengalami ribut salji. Beliau mendapat ilham untuk membuat
satu eksperimen bagi membekukan daging.Beliau secara keseorangan
membuat kajian itu di luar rumah di Highgate,luar kota Landon dalam
kesejukan salji!.
Idea yang gila beliau mengundah padah apabila beliau diserang radang
paru-paru dan meninggal disebabkan penyakit itu. Beliau yang dianugerah
dengan dua gelaran tertinggi diraja Inggeris iaitu Viscount dan Baron
meninggalkan hutang berjumlah £25,000 bersamaan £3M sekarang.ahh,malang
sungguh nasib!
Jerome Irving Rodale:
Lelaki
berketurunan Yahudi ini yang menukar namanya kepada Jerome Irving
Rodale daripada nama asalnya Cohen. Beliau dilahirkan pada 16 Ogos 1898.
Beliau adalah pengasas kepada aktivis makanan organik.
Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan,Rodale Press yang
kemudiannya menerbitkan majalah “Organic Farming and Gardening”.Beliau
menjadi semakin popular kerana mempelopori teknik mencegah berbanding
merawat melalui majalahnya iaitu “Prevention” yang diterbitkan pada
1950.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Kegagalan jantung selepas satu rancangan temubual.
Selepas tamat menjalani satu sesi temubual di Dick Cavett Show, Rodale,
Dick Cavett dan tetamu jemputan kedua, Pete Hamill(seorang kolumnis New
York Post)duduk di sebuah kerusi sambil berborak kosong. Sambil Dick
Cavett dan Pete Hamill berborak kosong mengenai politik, Rodale
kelihatan tidak keruan. Sejurus selepas itu Rodale tersungkur di dada
Pete Hamill. Bunyi dengkuran jelas kedengaran daripada nafas
Rodale.Hamill tergamam.
Selepas itu, paramedik tiba dan disyahkan meninggal dunia akibat
kegagalan jantung di set pengambaran itu.Ironinya, beliau semasa sesi
temubual masih boleh bercakap besar dengan berkata,” I’m going to live
to be 100, unless I’m run down by some sugar-crazed taxi driver”.
Beliau meninggal ketika usia 71 tahun, 29 tahun lagi daripada umur yang beliau impikan.Kesian.!
Aeschylus:
Penulis
Greek yang hidup sekitar 500 BC. Beliau dipercayai lahir pada 525 BC di
Eleusis iaitu 25km daripada kota metropolitan Athens. Sejarahwan
mengelar beliau ‘bapa kepada tragedi’.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Kura-kura jatuh ke kepala beliau.
Menurut lagenda, beliau mati akibat helang menjatuhkan seekor kura-kura
ke kepala beliau. Beliau mati serta-merta. Helang itu sebenarnya telah
tersilap anggapan kerana merasakan kepala Aeschylus adalah batu. Kepala
Aeschylus yang botak itu terbias oleh cahaya sehinggakan burung helang
tersebut tersilap anggap. Malang nasib Aeschylus kerana kepala beliau
botak berkilat itu.!
Jim Fixx:
Pemilik
kepada nama asal James Fuller Fixx dilahirkan pada 23 April 1932.
Seorang penulis terkenal. Bukunya, “Complete Book of Running,” adalah
terlaris sekitar tahun 1970-an. Beliau pelopor kepada aktiviti jogging
yang mana menurutnya adalah menyihatkan dan merangsang denyutan jantung.
Bagaimana beliau meninggal dunia: Mengalami serangan jantung akibat jogging!aikk!
Pada 20 Julai 1984, beliau akan memulakan rutin harian dengan
berjongging di sekitar Vermont. Walaubagaimanapun, ajal datang menjemput
setelah berjongging hanya beberapa meter. Beliau mengalami serangan
jantung yang teruk.
Bedah siasat dikeluarkan menunjukkan arteri koronari pertama 99%
tersumbat, yang kedua sebanyak 85% tersumbat dan ketiga adalah sebanyak
70% tersumbat. Sebenarnya, Fixx telah mengalami tiga kali serangan
jantung sebelum kematiannya ini.