Visit Lelong

Kawan ‘Makan’ Kawan Cacat

ALDOUS (kiri) membantu Stringer di majlis perkahwinan bekas tentera itu baru-baru ini

LONDON: Seorang pengapit pengantin ditahan kerana disyaki mencuri 85,000 (RM 420,843) daripada rakannya - seorang bekas tentera kurang upaya - yang baru berkahwin.

Connor Aldous, 21, menjadi pengapit ketika Alex Stringer dikahwinkan dengan wanita yang menjadi temannya sejak kecil.

Stringer adalah veteran tentera Britain yang pernah berkhidmat di Afghanistan, tetapi kehilangan kedua-dua kaki dan tangan kirinya akibat terkena jerangkap samar Taliban.

Dia menggunakan anggota palsu dan terpaksa dipapah Aldous di majlis perkahwinannya.

Di sebalik ‘kebaikan’ itu, Aldous disyaki mengeluarkan dari bank 35,000 (RM173,288) daripada 800,000 (RM3.9 juta) pampasan diterima Stringer akibat kecacatan kekal dialaminya.

Tidak cukup dengan itu, Aldous juga meminjam 50,000 (RM247,555) wang Stringer dan ia tidak pernah dibayar semula.

Stringer yang menganggur mengenali Aldous sejak mereka bersekolah dan dia menumpang di rumah bekas tentera itu yang tinggal bersama isterinya, Danielle, 20, di Canvey Island, Essex.

Jurucakap polis berkata, Aldous ditangkap Jumaat lalu dan akan ditahan sehingga Oktober untuk membolehkan siasatan dijalankan, Sementara itu, Stringer berkata, dia menganggap Aldous seperti saudara kandung sendiri dan memberikan segala yang diperlukannya.

“Kami mempercayai Aldous dan menyediakan tempat tinggal untuknya,” katanya. Stringer berkhidmat dengan Kor Logistik Rejimen Pioneer Ke-23 ditimpa kemalangan di Afghanistan pada Januari tahun lalu. Hasil hubungannya dengan Danielle, mereka mendapat dua anak, masing-masing berusia empat dan satu tahun.

Pasangan itu bakal mendapat anak ketiga musim panas ini.

Tindak-tanduk Aldous disedari apabila Stringer mengesan rakannya itu membuat banyak pengeluaran dari akaun banknya dalam tempoh 12 bulan.

Katanya, pada hari tertentu, Aldous membuat sehingga lapan pengeluaran wang sehari. - DM




Maut Angkara Cinta Ditolak


ANAK panah menunjukkan arah Nurul Syafika terjatuh lalu mati di Kondominium PV13, Setapak semalam. 

KUALA LUMPUR - Seorang gadis yang kecewa apabila cintanya tidak dibalas sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan kenalan lelakinya sebelum dia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 di Kondominium PV13, Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam.

Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan Nurul Syafika Jamaluddin, 24, maut akibat cedera parah di kepala dan badan. Mangsa dikatakan baru menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang penghuni kondominium yang terdengar bunyi seperti objek terjatuh dan sebaik ditinjau, dia terkejut apabila menemui mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah.

Difahamkan, mangsa menyewa bersama abangnya di Seri Kembangan, Selangor dan datang ke premis itu untuk bertemu dengan teman lelakinya yang menetap di tingkat 23. Mereka berkenalan sejak tiga bulan lalu dan lelaki itu merupakan seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.

"Ketika kejadian, lelaki berusia 24 tahun tersebut tiada di rumah dan mangsa memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua.

"Siasatan awal percaya mangsa terjatuh kerana mempunyai masalah peribadi selepas cintanya ditolak namun motif sebenar kejadian masih disiasat," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Muar, Johor dikatakan sempat menghantar SMS kepada abangnya memaklumkan dia akan pulang ke rumah. Mangsa turut menghantar SMS memohon maaf kepada rakan-rakan termasuk kenalan lelakinya itu.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu, dia menyedari kejadian itu ketika bangun untuk menunaikan solat dan terdengar bunyi kecoh di luar bangunan.

"Saya tidak pernah nampak dia (mangsa) sebelum ini, tetapi difahamkan dia terjatuh ketika berada di tingkat 23," dakwanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. -kosmo




Awek Cantik Ini Sanggup Tinggal Di Toilet Office Kerana Sewa Rumah Maha

Ini gambar-gambar gadis yang tinggal di tandas / bilik mandi di tempat kerja beliau.Oleh sebab harga rumah terlalu mahal, dan syarikat tempat dia bekerja sanggup menyediakan bilik ini ( tandas ) kepada beliau secara percuma.

















Lima Telefon Bimbit Paling Popular Suatu Ketika Dulu

Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android, sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, kita akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya!


5. Nokia 3210

Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.


4. Ericsson T10

Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!


3. Nokia 8210


Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.


2. Motorola RAZR…


Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’.
Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .


1. Nokia 5110

Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.




Wanita Turki Tembak Alat Sulit Dan Penggal Kepala Perogol


Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary

SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.

Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.

Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.

“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.

“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.

Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.

Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.

Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.

Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.

Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.

Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.

"Saya mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.

“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya.

Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.

"Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.

"Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.

Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.

Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.

Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.

Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.

Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.

"Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.

"Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.

“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.

"Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.

"Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.

Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.

Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.

Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.

"Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain," katanya.

Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.

Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.

Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.

“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.

“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.



Demam Gangnam Di Seluruh Dunia


LAGU rap Gangnam Style yang diperkenal Psy memukau peminat di seluruh dunia.

SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.

Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.

Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.

Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY... From the Psycho World! pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop.

Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.

Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002.

Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul.




Bisa Labah-Labah Ubat Mati Pucuk


London: Satu ubat yang diperbuat menggunakan cecair bisa labah-labah paling berbisa di dunia mungkin boleh menjadi penawar terbaik mati pucuk. 

Penyelidik dari Brazil dan Amerika Syarikat mendapati, bisa labah-labah ‘Wandering Spider’ dari Brazil mengandungi toksin yang membantu aliran darah dan seterusnya menghilangkan mati pucuk selepas 20 minit memasuki sistem tubuh, lapor akhbar di sini. Bunuh ramai orang 
Labah-labah berkenaan bertanggungjawab membunuh lebih ramai orang berbanding spesies lain. Mangsa yang kena bisanya biasanya maut selepas sejam kena gigitan. 

Beberapa ujian yang dilakukan pada tikus menunjukkan prestasi aliran darah meningkat selepas bisanya memasuki badan dan melepaskan oksid nitrik, sejenis kimia yang mencairkan darah dan membantu aliran darah menjadi lebih baik. 

Proses itu sama seperti yang dilakukan ubat anti mati pucuk. Meskipun ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra berjaya membantu ramai lelaki sejak 10 tahun lalu, 30 peratus lelaki masih mendapati prestasi mereka masih sama. 

Oleh itu, ubat daripada bisa labah-labah mungkin dapat menjadi kaedah lain. - Agensi




Kolam Awet Muda Jadi Tumpuan


RIBUAN pengunjung membanjiri Kolam Banyu Biru, Pasuruan yang airnya dikatakan mempunyai khasiat awet muda. - AGENSI
PASURUAN, Jawa Timur - Beribu-ribu pengunjung membanjiri Kolam Banyu Biru di Winongan di sini pada setiap kali cuti Hari Raya Aidilfitri kerana airnya dikatakan mempunyai khasiat awet muda.

Malah, jumlah pengunjung mampu mencecah sehingga 5,000 orang pada satu-satu masa.

Koordinator Kolam Alam Banyu Biru, Djuma'adi berkata, pada tahun ini, kira-kira 5,000 pengunjung termasuk dari luar wilayah Pasuruan datang ke tempat perkelahan itu pada hujung minggu lalu.

Katanya, berbanding tahun lalu, jumlah pengunjung yang datang ke kolam terbabit meningkat tinggi pada tahun ini.

"Ekoran sambutan menggalakkan, pengelola Kolam Alam Banyu Biru menaikkan harga tiket masuk kepada 9,000 rupiah (RM2.80) sepanjang cuti Aidilfitri berbanding 5,000 rupiah (RM1.60) pada hari-hari biasa," katanya kepada beritajatim.com.

Difahamkan, jumlah pengunjung di kolam itu sentiasa meningkat setiap tahun kerana ramai yang percaya mereka akan menjadi awet muda sekiranya mandi di situ. - AGENSI




Kisah Komando Samseng Rahsia Korea Selatan


Tahun 1960an , Korea utara menghantar komando memasuki korea selatan bertujuan untuk bunuh presiden korea selatan tetapi tidak berjaya. Korea selatan mengetahui hal itu lalu merancang sesuatu iaitu menubuhkan Unit 684. Mereka pergi ke penjara dan mencari sesiapa yang tiada saudara, penjenayah berat, dan yang menjalani hukum penjara yang lama. Tujuan untuk menjadikan meraka askar.

Mereka berjaya mancari dan memperolehi 31 orang . Mereka akan diberi latihan khas supaya mereka menjadi pembunuh yang terlatih. Tugas mereka senang sahaja. Apabila tamat latihan, mereka semua akan menyeludup masuk ke Korea utara dan bunuh pemimpin2 Korea utara.

Semasa menjalani latihan ada yang mati kerana latihan yang amat dasyat mereka ibarat seperti tawanan , mereka tiada hubungan dengan siapa2. Bertahun2 dan tiap2 hari mereka di paksa berlatih separuh mati supaya mereka boleh menjadi pembunuh terbaik di dunia. Yang mati itu kerana latihan yang amat teruk dan ada yang nak melarikan diri oleh itu terpaksa dibunuh kerana itu adalah rancangan yang sangat2 sulit.

Tetapi setelah melihat hubungan antara kedua2 negara kelihatan seperti ke arah positif. Pihak kerajaan merancang untuk membatalkan rancangan itu. kerajaan Korea Selatan memberi arahan untuk menamatkan Unit 684 di pulau silmido.

Pada suatu ketika mereka yang tinggal dapat tahu kerajaan korea selatan membatalkan rancangan Unit 684 untk menyeludup ke korea utara dan mereka di arahkan untuk dibunuh supaya rancangan sulit itu dapat dirahsiakan kepada umum.Mereka memberontak menentang tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka. Disebabkan mereka amat terlatih kerana menjalani latihan khas yang amat memeritkan mereka membunuh orang2 yang menjaga dan melatih mereka sendiri.

Oleh itu mereka berjaya keluar dari tempat sulit yang mereka berada iaitu Pulau Silmido. Tinkdakan seterusnya mereka merampas satu bas dan merancang untuk pergi ke bandaraya korea selatan tujuannya untuk bertemu presiden mereka dan mempersoalkan kenapa kerajaan memperlakukan mereka sebegini iaitu membunuh rakyat sendiri yang telah dilatih untuk membunuh pemimpin korea utara.

Tetapi rintangan mereka amat sukar kerana tentera korea selatan sudah mengepung laluan ke sana dan menyerang mereka. Akhirnya mereka mati di dalam bas dan ada beberapa yang masih hidup diarahkan untuk dibunuh supaya dapat menutup rahsia itu.

Kisah yang amat sedih ini adalah amat sulit tetapi akhirnya terdedah juga dan telah difilemkan dan mendapat sambutan yang hebat












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012