Khidmat Model 3 Dalam 1

BOLEH BUAT APA SAJA... wanita yang disyaki model yang menawarkan khidmat gadis pengiring.

KUALA LUMPUR: Mereka didakwa model yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, ‘model’ terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.

Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.

Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.

Khidmat ‘tiga dalam satu’ ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi,

Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan.

Warga Jepun Masak Alat Kelamin Sendiri

TOKYO: Seorang pelukis Jepun mempunyai cara tersendiri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai golongan minoriti seks dengan memasak alat kelaminnya sendiri untuk dijamah lima orang yang membayar harga hidangan itu di Tokyo, baru-baru ini.

Mao Sugiyama menjalani pembedahan membuang alat kelamin pada Mac lalu, menyimpannya pada takat beku selama dua bulan sebelum memasaknya untuk pelanggan di sebuah dewan pada 13 Mei, menurut keterangannya di laman Twitter miliknya dan laporan polis tempatan.

Pelanggan terbabit membayar 20,000 yen (RM750) bagi sepinggan hidangan alat kelamin itu. Gambar di laman web menunjukkan cendawan dan daun pasli dalam hidangan itu.

Sugiyama, 22, dilaporkan memberitahu melalui Twitter bahawa organ terbabit dibuang oleh doktor bertauliah dan disahkan bebas daripada sebarang jangkitan.

Hidangan berkenaan disediakan di bawah seliaan seorang tukang masak berkelayakan dan mereka yang membayar hidangan itu dikehendaki menandatangani dokumen tidak menuntut ganti rugi daripada Sugiyama serta penganjur acara itu.

Pada 18 Mei lalu, Sugiyama berkata, pelbagai langkah diambil untuk memenuhi syarat undang-undang tertentu termasuk larangan menjual organ, memproses sisa perubatan selain peraturan kebersihan makanan.
“Saya disoal beberapa lelaki dan wanita yang bertanya ‘adakah acara ini akan diadakan lagi? Mereka minta supaya diadakan sekali lagi. Cuma, hanya ada satu set organ lelaki.

“Malang sekali saya tidak mempunyai rancangan sama pada masa akan datang,” katanya dalam Twitter pada 16 Mei lalu.

Sugiyama yang menyifatkan dirinya ‘asexual’ iaitu tidak mempunyai alat kelamin mulanya memikirkan untuk memakan sendiri alat kelaminnya itu tetapi memutuskan untuk mendapatkan pelanggan bagi membayar bil hospital pembedahan itu.

Dalam satu emel kepada agensi berita, dia mengesahkan bahawa majlis memasak dan menghidangkannya itu sudah berlangsung dan berkata ia dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran ramai wujudnya golongan ‘minoriti seksual, jantina-x dan asexual.’ – AFP

Lelaki Sejati Dan Lelaki Kacak

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati dan lelaki kacak itu ?

Ibuku menjawab,Nak…

Lelaki Sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya….

Lelaki sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…..

Lelaki sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu…

Lelaki sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki Sejati dan lelaki kacak bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca..

Biodata Dan Gambar Jue Aziz

NAMA PENUH : Zuliana Ab Aziz
TARIKH LAHIR : 18 Februari 1983
KELUARGA : Bongsu daripada lima beradik
DARAH CAMPURAN : Mamak dan Bugis (ayah), Cina dan Belanda (ibu)
PENDIDIKAN : Diploma Kesetiausahaan, Kolej Stamford
PENCAPAIAN : Pemenang tempat ketiga, Malaysian Most Beautiful 2006
DRAMA : Dua Hati, Impak Maksima The Series, Manjalara, Kala Hati, Orang Minyak Naik Minyak, Janji Kekasih (setiap Jumaat, jam 9 malam, TV3, slot Zehra, 13 episod) dan Lagenda Budak Setan The Series (belum disiarkan)
FILEM : Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu
TEATER : Naga Chini
PENGACARA : e@9 (TV9) dan Gedik Samba (TV3).







Cungkil Biji Mata Guna Jari

KUALA KUBU BARU: “Jeritan mangsa disedari kakitangan yang bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah,” kata Pengetua Asrama Wanita Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Saiful Nizam Mohd Nor, di sini.

Beliau menceritakan kejadian seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 40-an meraung apabila mata kanannya dikorek seorang remaja berusia 19 tahun yang mempunyai masalah tekanan jiwa, Selasa lalu.

Menurutnya, lima kakitangan meleraikan genggaman remaja itu dan menyelamatkan mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk menerima rawatan segera sebelum dihantar ke Hospital Selayang dan menjalani pembedahan,” katanya.

Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa berkemungkinan buta selepas biji mata kanannya hampir terkeluar akibat dikorek remaja terbabit menggunakan jarinya.

Puting Beliung Tidak Halang Pasangan Berkahwin

GAMBAR perkahwinan Caleb dan Candra Pence pada 19 Mei lalu yang berlatarkan puting beliung di Daerah Harper, Kansas.- Agensi

BANDAR RAYA KANSAS, Amerika Syarikat (AS) - Sepasang kekasih meneruskan perkahwinan mereka selepas ribut puting beliung muncul tidak jauh dari tempat majlis berkenaan berlangsung di Daerah Harper , dekat sini, dalam negeri Kansas.

Klip video perkahwinan Caleb dan Candra Pence itu ditonton lebih 20,000 kali di YouTube.

Dirakam oleh bapa saudara pengantin lelaki, ia menunjukkan pasangan berkenaan dan tetamu mereka tidak mempedulikan kemunculan puting beliung sekitar 16 kilometer di belakang mereka.

Gambar perkahwinan mereka menunjukkan puting beliung kedua yang lebih kecil muncul di lokasi sama sejurus selepas mereka berkahwin.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu mencapai kelajuan 222 kilometer sejam dengan beberapa ladang serta kincir angin musnah dalam bencana tersebut.

Namun, Caleb memberitahu, tumpuannya ketika itu adalah untuk mengahwini isterinya dan dia tidak mengendahkan tentang kehadiran ribut tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 19 Mei lalu. - Agensi

Jantung Tiruan Terkecil Di Dunia

Jantung tiruan ini dibuat dari titanium. Jantung ini digunakan oleh doktor dari Itali pada bayi yang berumur 16 bulan sementara menunggu jantung dari penderma organ. Berat jantung ini hanya 11 gram dan mampu mengawal pengaliran darah sebanyak 1.5 liter seminit

Mayat Perut Terburai Ditemui Di Ladang

ANGGOTA Polis Unit Forensik melakukan pemeriksaan pada mayat lelaki dengan kesan tetakan di kepala selain perut terburai dalam kejadian di Jalan Akob, Bukit Kapar, semalam.
Mangsa dibunuh kejam, ada 5 kesan tetakan

KAPAR: Mayat seorang lelaki dengan lima kesan tetakan dan perutnya terburai ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di sini, pagi semalam.
Mangsa lelaki berbangsa Cina yang dipercayai berusia lingkungan 40-an, ditemui seorang polis bantuan yang meronda Ladang Jalan Akob di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Shukor Sulung, berkata polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan.

“Selepas menerima panggilan pada jam 8.30 pagi, sepasukan polis dan anggota daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dihantar ke sana itu.

“Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian baju hitam, seluar berwarna hijau, jaket warna coklat dan kasut kanvas,” katanya ketika dihubungi.

Shukor berkata, polis mengesyaki mangsa diserang lebih daripada dua suspek berikutan kesan tetakan yang ditemui pada mangsa.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan saudara-mara membuat laporan di balai polis yang berhampiran.

Wanita Tua Ditanam Hidup-Hidup

KERETA yang ditinggalkan sepasang kekasih di Zhejiang selepas melanggar seorang wanita tua dan mengebumikannya kerana menyangka dia sudah mati.

Pasangan kekasih mabuk tak sedar mangsa dilanggar masih bernafas

BEIJING: Polis China menahan sepasang kekasih yang menanam hidup-hidup wanita warga emas berusia 68 tahun kerana menyangkakan dia sudah mati selepas kereta mereka melanggarnya, lapor akhbar semalam.

Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang sekali gus menggambarkan masalah keruntuhan moral generasi muda di negara itu semakin meningkat.

Akhbar China Daily yang memetik kenyataan seorang pegawai, melaporkan, pasangan terbabit keluar untuk berhibur di sebuah pusat karaoke sepanjang malam sebelum melanggar wanita malang itu, ketika memandu pada awal pagi di sebuah kejiranan mewah wilayah timur Zhejiang bulan lalu.

Seorang saksi mendengar suara tangisan dan melihat wanita tua terbaring di tanah berhampiran sebuah kereta dipercayai milik pasangan itu.

“Seorang lelaki dan wanita keluar serta mengangkat wanita tua itu masuk ke kereta dan memberitahu yang mereka mahu menghantarnya ke hospital,” kata polis.

“Bagaimanapun pasangan itu yang bimbang mereka mungkin ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kemalangan serta menyangkakan wanita itu sudah mati, menanam wanita itu di tepi jalan,” kata laporan itu.
Bagaimanapun, polis kemudian menemui mayat wanita itu dan mendapati dia masih hidup ketika ditanam dan mati akibat lemas.

Berita itu secara meluas dibincangkan dalam laman sosial popular China, Weibo di mana dia mencetsukan kemarahan yang sesetengah pihak menggelarkan ia sebagai masyarakat moden yang tidak bermoral.

“Kejadian seumpama itu menunjukkan masyarakat kita benar-benar berdepan dengan masalah besar,” kata seorang pengguna. “Rakyat di China, bagaimana ini boleh berlaku,” kata seorang lagi.– Reuters

Tasik Lima Kilometer Hilang Kurang 24 Jam

DUA gambar menunjukkan Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, Chile. Gambar bawah dirakam pada 2 April lalu.

SANTIAGO, Chile - Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile 'ghaib' dengan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.

Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile, di sini.

Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu.

Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang.

Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker.

"Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami dibanjiri air dan ketulan ais," kata seorang pembantu penyelidik, Daniela Carrion.

Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. - AFP