Visit Lelong

Mayat Perut Terburai Ditemui Di Ladang

ANGGOTA Polis Unit Forensik melakukan pemeriksaan pada mayat lelaki dengan kesan tetakan di kepala selain perut terburai dalam kejadian di Jalan Akob, Bukit Kapar, semalam.
Mangsa dibunuh kejam, ada 5 kesan tetakan

KAPAR: Mayat seorang lelaki dengan lima kesan tetakan dan perutnya terburai ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di sini, pagi semalam.
Mangsa lelaki berbangsa Cina yang dipercayai berusia lingkungan 40-an, ditemui seorang polis bantuan yang meronda Ladang Jalan Akob di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Shukor Sulung, berkata polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan.

“Selepas menerima panggilan pada jam 8.30 pagi, sepasukan polis dan anggota daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dihantar ke sana itu.

“Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian baju hitam, seluar berwarna hijau, jaket warna coklat dan kasut kanvas,” katanya ketika dihubungi.

Shukor berkata, polis mengesyaki mangsa diserang lebih daripada dua suspek berikutan kesan tetakan yang ditemui pada mangsa.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan saudara-mara membuat laporan di balai polis yang berhampiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012