Nak 10 Ribu Euro? Cuba Buat Ni

Tang Shuquan 43 tahun berasal dari china baru di anugerahkan Guinness World Record sebagai most twisted face in the world. Dapat laa dia medal dan wang 10 ribu dollar sebagai hadiah hasil kerja keras 7 tahun berlatih buat mimik muka macam dalam gambar tu

Dia offer pada public jika ada yg boleh buat lagi bestt dari dia,dia sanggup bayar 100 ribu yuan atau pun lebih kurang £10 250





Taman Neraka Di Thailand

Hampir kesemua agama besar didunia mempunyai konsep syurga dan neraka. Sungguhpun agama-agama ini berbeza, idea kesengsaraan dan kengerian kehidupan di dalam neraka itu is almost universal.

Di bawah ialah taman tema neraka Wang Saen Suk yang terletak di 90 minit daripada Bangkok.Di sini anda boleh melihat bagaimana penganut Buddha yang tak beriman akan dihukum di neraka kelak. Mereka yang suka mencuri akan menjadi monyet.

Yang suka berbohong akan disumpah menjadi katak. Gambaran penyeksaan yang kejam juga ditunjukkan. Ada patung lelaki yang kantung zakarnya dimakan anjing. Ada yang ditikam di perut.

Taman teman ini dibuka bagi mengingatykan orang ramai supaya berbaik-baik semasa hidup. Bayaran masuk taman neraka Wang Saen Suk ialah 20 Baht. Kalau anda di Thailand lawatilah taman tema yang sadis ini.

Kalau rasa Thailand terlalu jauh sila ke Singapore. Di sana ada Haw Par Villa yang juga merupakan sebuah taman teman neraka. Have fun!




Budak Dikurung Kena Rogol

KUALA LUMPUR: Seorang murid perempuan Tahun Enam, menempuh detik hitam apabila dikurung sekumpulan individu di sebuah rumah selama dua hari sebelum dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri, selepas diberi sejenis minuman di Lembah Jaya Selatan, Ampang, kelmarin.

Mangsa yang tinggal di Bandar Tun Razak, di sini dikatakan mengikut rakan lelaki berusia 20-an yang baru dikenalinya pada Khamis lalu, sebelum dibawa bertemu rakan perempuan temannya itu yang menggelarkan diri sebagai ‘Mummy’. 

Sebaik dipertemukan dengan ‘Mummy’, mangsa dikatakan dibawa ke sebuah rumah di kawasan Ampang dan turut diperkenalkan kepada dua wanita dan dua lelaki yang berada dalam rumah berkenaan sebelum ditempatkan di sebuah bilik. 

Murid berkenaan dikatakan diberi sejenis minuman oleh ‘Mummy’ untuk menghilangkan dahaga sebelum tidak sedarkan diri selama dua hari.

Sumber polis berkata, mangsa hanya sedarkan diri selepas dikejutkan sekumpulan individu berkenaan yang memintanya bangun untuk mandi kira-kira jam 8.30 malam kelmarin iaitu dua hari selepas tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa yang tidak mengingati apa yang menimpa dirinya itu bergegas ke bilik air sebelum terkejut melihat beberapa kesan gigitan di bahagian leher, selain rasa sakit di bahagian kemaluan dipercayai dirogol ketika dia tidak sedarkan diri.

“Sebaik selesai mandi, enam individu termasuk rakan lelakinya itu sedang bersiap untuk keluar rumah dengan alasan mahu membeli makanan dan meminta mangsa menunggunya di rumah.

“Individu berkenaan juga sempat menyerahkan telefon bimbit mangsa sebelum keluar bersama beg galas dan komputer riba,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik sekumpulan individu berkenaan keluar, mangsa bergegas menghubungi ahli keluarganya meminta bantuan mengambilnya di rumah berkenaan, namun gagal kerana telefonnya kehabisan bateri sebelum nekad melarikan diri.

“Mangsa kemudian menggunakan telefon awam menghubungi ibu bapanya supaya mengambilnya di lokasi kejadian dan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Cheras,” katanya sambil menambah kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Padah Simpan Parang, Keris

KOTA BHARU - Gara-gara memiliki dua bilah parang dan sebilah keris yang disimpan dalam kereta, seorang penganggur diarahkan Mahkamah Majistret di sini, semalam supaya meringkuk di penjara selama setahun dan dikenakan sekali sebatan.

Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Asliza Nazran Ramli, 40, selepas lelaki itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Asliza Nazran didakwa memiliki sebilah parang pendek berhulu hitam dan sebilah keris berhulu kayu berwarna hitam yang dibalut dengan keratan surat khabar serta sebilah parang berhulu hijau kekuningan bersarung putih di Batu 2, Jalan Kuala Krai, di sini pada pukul 10.15 malam, 2 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Perompak Mati Kepala Tersepit

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu. Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.


1 Hari 1 Orang Tentera Amerika Mati Sebab Bunuh Diri

Jumlah tentera AS yang melakukan bunuh diri telah meningkat tahun ini, melebihi kematian tentera AS yang terbunuh dalam pertempuran dalam perarakan yang sama.

"Kami sangat prihatin tentang bunuh diri dalam ketenteraan," kata Cynthia Smith, jurucakap Pentagon, pada BBC pada hari Jumaat, 8 Jun semalam. Dia juga menambah bahawa hal itu adalah salah satu masalah yang paling mendesak yang dihadapi mereka.

Data yang dikeluarkan oleh Pentagon menunjukkan bahawa pada 3 Jun semalam 2012 tentera yang masih aktif bertugas yang melakukan bunuh diri mencapai 154, meningkat berbanding dengan 130 pada tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah itu jauh melebihi kematian tentera AS yang terbunuh dalam pertempuran dalam tempoh yang sama tahun ini. Jadi setelah membuat perkiraan, maka setiap hari ada satu tentera AS yang mati bunuh diri.

Namun sebab-sebab mengenai tingginya angka bunuh diri ini belum jelas, dengan data menunjukkan bahawa tentera-tentera yang mempunyai sejarah pertempuran mempunyai risiko yang lebih tinggi. Keletihan, trauma dan penyalahgunaan dadah dijangka menjadi faktor bunuh diri.

Hampir kira-kira 6,500 tentera AS terbunuh dalam perang di Afghanistan dan Iraq sejak Oktober 2001. Meningkatnya jumlah korban tentera di Afghanistan telah menyebabkan kemarahan meluas di AS dan negara anggota NATO, mengurangkan sokongan awam untuk perang Afghanistan.