Visit Lelong

Padah Simpan Parang, Keris

KOTA BHARU - Gara-gara memiliki dua bilah parang dan sebilah keris yang disimpan dalam kereta, seorang penganggur diarahkan Mahkamah Majistret di sini, semalam supaya meringkuk di penjara selama setahun dan dikenakan sekali sebatan.

Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Asliza Nazran Ramli, 40, selepas lelaki itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Asliza Nazran didakwa memiliki sebilah parang pendek berhulu hitam dan sebilah keris berhulu kayu berwarna hitam yang dibalut dengan keratan surat khabar serta sebilah parang berhulu hijau kekuningan bersarung putih di Batu 2, Jalan Kuala Krai, di sini pada pukul 10.15 malam, 2 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012