PULAU PINANG 26 Nov. - Seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri dawai elektrik di sebuah rumah kosong ditemui mati tergantung di atas siling kediaman itu di Jalan Baru, Bukit Tengah, Perai, dekat sini pagi ini.
Mayat mangsa yang berusia 37 tahun itu ditemui seorang kontraktor binaan yang ingin memulakan kerja pengubahsuaian di rumah tersebut, pukul 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, pengadu tercium bau busuk dan terkejut apabila melihat tompokan darah menitis dari siling dan memenuhi lantai kayu di kawasan ruang tamu.
"Pengadu yang mencari punca darah itu terkejut melihat mayat lelaki tergantung di atas siling. Dia kemudian melaporkan kejadian kepada balai polis berhampiran.
"Siasatan awal polis percaya mangsa cuba memecah masuk rumah tidak berpenghuni untuk mencuri dawai elektrik yang disimpan di dalam rumah itu.
"Ia berikutan penemuan sebilah playar berhampiran lokasi mayat ditemui," katanya di sini hari ini.