KUCHING: Pertandingan akhir Miss Borneo Beautiful 2011 (MBB 2011) malam kelmarin berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang dengan persembahan yang penuh berwarna-warni oleh 18 finalisnya.
Bermula dengan persembahan tarian pengenalan oleh finalis MBB 2011 nyata menggamit suasana pertandingan tersebut yang diadakan di Hotel Riverside Majestic Kuching.
Memeriahkan lagi majlis, seramai lapan finalis iaitu Princess Alam Ridi, Maximillian Ulau, Shyndee Dunstan, Elizabeth Wee, Rachel Frankie, Roszainah Suhaili, Farahana Zita dan Cammielye Oliver turut membuat persembahan solo pada malam tersebut.
Sepuluh lagi finalis MBB 2011 ialah Rebekah Livan Balan, Melatie Mellisa, Natasha Nur Amarina, Julies Lucas, Adira Kamil, Wilhelmina Clarabelle, Celestina Jong, Magretta Jawai dan Zierra
Enjoo.
Pertandingan ratu cantik tersebut yang berakhir malam kelmarin merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Alaric Production dengan Elizabeth Wee dimahkotakan sebagai juara edisi 2011.
MBB 2011 dipersembahkan oleh Borneo Post dan Utusan Borneo serta ditaja oleh Riverside Majestic Hotel Kuching, Universiti UCSI, Diamond Press, Alan Inspiration Saloon, Lady Jenn, Les Paul dan Lea Centre.