Visit Lelong

Zed Zaidi Peroleh Hak Cipta Perkataan 'Taiko'

23 Nov – Sebelum ini, perkataan 'Taiko' telah menjadi rebutan oleh banyak penerbit untuk mendapatkan hak menggunakan perkataan itu sebagai judul filem mereka.

Dipetik dari Berita Harian, hak cipta perkataan 'Taiko' akhirnya telah diberikan kepada Dzed Resources dan ia telah disahkan oleh penerbitnya iaitu Rozaidi Abdul Jamil atau pun lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (31).
"Dari awal lagi memang saya berhasrat untuk menggunakan judul itu kerana pada saya, tajuknya cukup 'catchy' dan saya ada perancangan yang lebih besar berdasarkan tajuk itu," kata Zed Zaidi.

Jelasnya, dengan tajuk itu, dia mampu mengaitkannya dengan peluang perniagaan seperti pengiklanan jenama barangan ataupun perkhidmatan, kerana konsep sebegitu dalam filem boleh mendatangkan keuntungan lumayan.

Zed Zaidi turut menyangkal bahawa filem "Taiko" cuba menyaingi filem arahan Syamsul Yusuf "KL Gangster".
"Skop "Taiko" sebenarnya luas. Ia bukan hanya berkisarkan kepada budaya kumpulan samseng, tetapi juga pada kumpulan lain dan juga pertubuhan. Apa saja boleh berlaku jika perasaan tamak dan gila kuasa berlaku dalam sesebuah pertubuhan," katanya lagi.

Dalam pada itu, filem "Taiko" akan menampilkan barisan pelakon seperti Faizal, Neelofa, Beto Khusairy, Azhan Rani, Riz Ainuddin, Namron dan Abu Bakar Omar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012