Warden Wanita Jalin Hubungan Dengan Empat Banduan Dipenjara 12 Bulan

LONDON: Seorang pegawai penjara wanita yang mengakui bertukar surat erotik dan panggilan telefon dengan empat banduan yang menjalani hukuman, dipenjarakan selama 12 bulan, semalam.

Zanib Khan, 27, membuat lebih 10 jam panggilan berahi kepada pengedar dadah dan perompak.

Seorang banduan berkata, dia tidak dapat melupakan “berjalan melalui pintu sel dan melihat wanitaku yang cantik”. Seorang lagi merujuk kepada mengucup “bibir dan tubuhnya yang cantik” serta bercakap betapa dia ingin sekali melihat “kaki mongel saiz 2” warden penjara itu ketika mereka berasmara.

Surat itu yang diseludup keluar dari tempat kerjanya di penjara Brixton, kemudian ditemui dalam bilik tidurnya di kediaman ibu bapanya. Selepas penahanan itu, timbul isu bahawa Zanib sebelum ini menerima hukuman disiplin kerana gagal mendedahkan bapanya sedang menjalani hukuman empat tahun penjara kerana kesalahan imigresen dan teman lelakinya juga dijel kerana rompakan.

Walaupun Zanib hanya mengakui salah laku dengan empat banduan, polis mengesyaki dia menjalin hubungan dengan tiga lagi banduan lain.

Peguamnya bagaimanapun menegaskan walaupun surat itu mengandungi “perkara seksual” ia hanya fantasi.

Pendakawa raya Robin Du Preez berkata, antara Mac dan November tahun lalu: “Zanib menjalin hubungan intim yang tidak wajar dengan banduan di penjara Brixton.” 

Amaran Rasulullah - Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah :  Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Mat Rempit Maut Bawah Lori

Anggota bomba melihat keadaan salah seorang mangsa yang terperosok di bawah lori.

KUALA LUMPUR - Dua remaja maut, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh, menghala ke pusat bandar, awal pagi semalam.

Tiga motosikal yang ditunggangi empat remaja dipercayai mat rempit itu hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 3.32 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah lori tiga tan yang membawa muatan ikan.

"Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah van yang datang dari arah sama," katanya.

Menurutnya, dua lagi rakan mereka iaitu penunggang motosikal, Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

"Ketika kejadian, kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan van tersebut," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa tidak memiliki lesen motosikal. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Harun Omar di talian 019-3731710 atau Balai Trafik Kuala Lumpur 03-20719999.

Wajah Ceria Ditangkap Khalwat

Empat remaja yang berjaya ditahan SRS Sungai Limau ketika disoal siasat oleh polis kerana disyaki melakukan maksiat di Jambatan Pulau Bunting.

SUNGAI LIMAU DALAM (Yan) - “Mereka tidak sedikit pun rasa gusar atau cuak setelah kami menahan mereka malah kelihatan ceria dan bersikap selamba,” demikian kata Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sungai Limau Dalam, Shaharudin Abd Razak, 47, ketika menahan empat remaja di Jambatan Pulau Bunting, awal pagi semalam, kerana disyaki melakukan perbuatan maksiat.

Shaharudin berkata, sikap empat remaja terbabit yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan berumur antara 25 hingga 17 tahun itu membimbangkan pihaknya berikutan sikap remaja pada masa kini yang tidak takut dengan perbuatan mereka malah bersikap selamba selepas ditahan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan jam 12 tengah malam, pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat remaja yang berada di jambatan terbabit lewat tengah malam dan segera ke lokasi bagi meninjau keadaan.

“Setelah dalam perjalanan ke jambatan itu, kami dapati remaja terbabit dapat menghidu kehadiran kami dan cuba beredar dari lokasi dengan menaiki dua motosikal secara berasingan lelaki dan perempuan.

“Namun kami berjaya menahan mereka sebelum dibawa ke Dewan Datuk Badruddin di sini, kira-kira jam 2.30 pagi tadi (semalam) untuk disoal siasat mengapa mereka berada di jambatan terbabit dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Shaharudin berkata, bagaimanapun empat remaja terbabit enggan memberikan kerjasama setelah diminta untuk memberikan nombor telefon ibu bapa atau ahli keluarga masing-masing.

Pihaknya kemudian menghubungi polis bagi menyerahkan empat remaja berkenaan kerana mereka tidak mempunyai lesen memandu dan dua remaja perempuan itu tidak membawa kad pengenalan bersama.

“Dua remaja perempuan itu berasal di daerah ini iaitu seorang dari Titi Serong dan seorang lagi dari Sungai Udang manakala dua remaja lelaki berkenaan berasal dari Pokok Sena.

“Setelah pihak polis menyoal siasat mereka, seorang daripada remaja perempuan itu mengatakan dia pernah ditangkap khalwat di kaki Gunung Jerai dan kesnya masih dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Shaharudin berkata, Jambatan Pulau Bunting selalu dijadikan lokasi pilihan remaja untuk melakukan maksiat atau terlibat masalah sosial lain khususnya pada waktu lewat tengah malam kerana keadaan jambatan itu yang gelap.

Tambahnya lagi, dia berharap ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan masing-masing dalam membendung anak mereka daripada keluar lewat malam untuk terlibat dalam
aktiviti tidak berfaedah seperti itu.

“Kami juga selalu melakukan rondaan bagi membendung gejala seperti ini khususnya di Jambatan Pulau Bunting ini.

“Selalunya mereka yang terlibat dan berjaya ditahan kami ialah mereka yang datang dari kawasan luar khususnya dari daerah lain,” katanya.



Ratu Cantik Jadi Ibu Ayam

HANOI: Polis Vietnam berjaya menumpaskan rangkaian sindiket seks kelas atasan dan menahan empat orang, termasuk bekas ratu cantik kerana menawarkan model, penyanyi dan aktres kepada pelanggan kaya, lapor media kerajaan, semalam.

Polis mematahkan rangkaian sindiket itu selepas menyerbu sebuah hotel di selatan bandar raya Ho Chi Minh hujung minggu lalu dan menahan dua wanita yang mengakui bekerja untuk rangkaian sindiket itu bersama dua pelanggan, lapor akhbar Thanh Nien. Wanita terbabit memberitahu polis mereka bekerja untuk ratu cantik Vo Thi My Xuan, 29, dan mampu memperoleh hingga AS$4,000 (RM12,707) untuk setiap perkhidmatan, lapor kenyataan itu sambil menambah rangkaian sindiket itu membabitkan 20 model, penyanyi, aktres dan pelajar.

Vo Thi My yang memenangi pertandingan ratu cantik di selatan delta Mekong pada 2009 dipercayai menjadi seorang daripada dalang utama di sebalik rangkaian sindiket seks itu. Sesetengah wanita itu dibayar hingga AS$8000 (RM25,414) sehari untuk dihantar ke luar negara bagi melayan pelanggan kaya. Vo Thi My dan tiga lagi suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang ditahan di hotel itu sudah dibebaskan. - AFP


Chewing Gum Ball Terbesar Di Dunia

Barry Chappell merupakan seorang perokok tegar. Kerana ingin berhenti merokok, beliau telah mencuba memakan nicotine chewing gum setiap hari. Namun beliau tidak membuang hasil kunyahan chewing gum itu. Beliau akan menggentel nya dan menyimpannya . Kini setelah 6tahun menggentel, hasilnya adalah hasil kunyahan chewing gum sebesar 62 inci diameter dan seberat 175 pound. Sebanyak 92,500 biji chewing gum telah di gentel.









Real Superman!

On the morning of September 13, 1948, Free raised the American motorcycle speed record by riding the very first Vincent HRD (it is debated as to whether it was a Black Lightning or Black Shadow), owned by the California sportsman John Edgar and sponsored by Mobil Oil , to a speed of 150.313 mph (241.905 km/h)

 
Mamat yg tgh superman atas motor tu nama dia roland free. Percubaan pertama memang ok semua ada jaket kulit seat motor glove tetapi dia terjatuh pada kelajuan 237 kilometer sejam. Dia akhirnya buka semua termasuk laa glove baju seluar jaket kulit yg dah koyak dan seat motor supaya senang nak baring dan kurang rintangan angin. Mamat ni hanya pakai helmet didalamnya bertopi shower swimming trunk speedo dan kasut yang di pinjam dari kawan baiknya
 

Haiwan Pelik Dijumpai Di Pantai Rusia

This creature was found by Russian soldiers on Sakhalin shoreline. Sakhalin area is situated near to Japan, it's the most eastern part of Russia, almost 5000 miles to East from Moscow (Russia is huge). People don't know who is it. According to the bones and teeth –it is not a fish. According to its skeleton –it's not a crocodile or alligator. It has a skin with hair or fur. It has been said that it was taken by Russian special services for in-depth studies, and we are lucky that people who encountered it first made those photos before it was brought away.