LONDON: Seorang pegawai penjara wanita
yang mengakui bertukar surat erotik dan panggilan telefon dengan empat
banduan yang menjalani hukuman, dipenjarakan selama 12 bulan, semalam.
Zanib Khan, 27, membuat lebih 10 jam panggilan berahi kepada pengedar dadah dan perompak.
Seorang banduan berkata, dia tidak dapat melupakan “berjalan melalui
pintu sel dan melihat wanitaku yang cantik”. Seorang lagi merujuk kepada
mengucup “bibir dan tubuhnya yang cantik” serta bercakap betapa dia
ingin sekali melihat “kaki mongel saiz 2” warden penjara itu ketika
mereka berasmara.
Surat itu yang diseludup keluar dari tempat kerjanya di penjara Brixton,
kemudian ditemui dalam bilik tidurnya di kediaman ibu bapanya. Selepas
penahanan itu, timbul isu bahawa Zanib sebelum ini menerima hukuman
disiplin kerana gagal mendedahkan bapanya sedang menjalani hukuman empat
tahun penjara kerana kesalahan imigresen dan teman lelakinya juga dijel
kerana rompakan.
Walaupun Zanib hanya mengakui salah laku dengan empat banduan, polis
mengesyaki dia menjalin hubungan dengan tiga lagi banduan lain.
Peguamnya bagaimanapun menegaskan walaupun surat itu mengandungi “perkara seksual” ia hanya fantasi.
Pendakawa raya Robin Du Preez berkata, antara Mac dan November tahun
lalu: “Zanib menjalin hubungan intim yang tidak wajar dengan banduan di
penjara Brixton.”