Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau
kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang
hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang
syadaqah”.
1.Wanita Ananah : Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa
yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena
dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa
suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk
membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan
untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau
berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya
yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami
yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih
baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak
bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat
perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap
sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut
nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja
dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka
menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome
sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia
menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada
dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan
barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan
menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu,
orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : Banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak
menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.