Visit Lelong

Bom 500kg Perang Dunia Kedua Dijumpai Di Labuan

LABUAN - Beberapa pekerja binaan di sebuah projek perumahan gempar apabila menemui sebutir bom yang dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua yang masih aktif di sebuah tapak pembinaan di Kampung Tanjung Aru, di sini.

Ketua Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran berkata, bom berukuran lilit lima diameter dan berat mencecah hampir 500 kilogram, dipercayai digugurkan semasa Perang Dunia Kedua, tetapi tidak meletup.

“Bom yang luar biasa ini dijumpai oleh pekerja binaan yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah, dan bernasib baik bom tersebut tidak meletup,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Saiman berkata bom itu akan dipindahkan ke tempat selamat dan akan dipantau oleh unit bom polis bagi memastikan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kepada penduduk kampung dan sekitarnya.

“Kerja-kerja pemusnahan akan dilakukan oleh unit pemusnah bom berpengalaman dalam masa terdekat,” katanya.

Saiman turut menasihatkan orang ramai yang menjumpai objek-objek yang mencurigai menyerupai bom supaya segera memaklumkan kepada pihak polis.- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012