Visit Lelong

Suspek Bakar Lebih 18 Kereta Mewah Ditahan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai suspek bakar lebih 18 kereta mewah di Sentul sejak dua minggu lepas, ditahan polis pagi tadi.

Lelaki berumur 42 tahun itu ditahan semasa menaiki motosikal di persimpangan Kampung Puah, Sentul di sini pada pukul 10.30 pagi tadi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Beliau berkata semasa ditahan, lelaki itu didapati membawa tuala berbau petrol, minyak petrol serta pemutar skru yang telah ditajamkan dan dipercayai digunakan untuk memancitkan tayar kereta yang disasarkan.

Beliau berkata, identiti lelaki itu dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan di mana kes kereta dibakar dilaporkan selain daripada maklumat orang awam.

Kes terbaru, malam tadi sebanyak tiga kereta dibakar di kawasan Sentul dan satu di Titiwangsa.

Katanya, siasatan awal polis mendapati motosikal yang dinaiki lelaki itu dipercayai dicuri di Sentul pada Februari 2011.

"Siasatan polis juga mendapati suspek turut terlibat dalam banyak kegiatan memancitkan tayar kereta, namun hanya tiga laporan dibuat mengenai kes tersebut," katanya.

Katanya, polis kini masih menjalankan siasatan berhubung motif sebenar suspek yang bergerak solo itu, dan dia disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.

"Suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti mencuri motosikal serta gaduh dan dikehendaki di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang," katanya. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012