Visit Lelong

Pelajar Maut Dipanah Petir

ALOR GAJAH: “Tiba-tiba saya dengar dentuman guruh sebelum melihat kilat menyambar badan arwah (Ridhwan Jamal, 20) yang rebah di atas padang dan kejang, manakala saya dan lapan rakan lain tercampak atas padang.”

Begitu kata saksi kejadian, Mohd Amirul Shamsir, 20, yang menyaksikan rakannya rebah tidak sedarkan diri selepas disambar petir ketika bermain bola di padang bola stadium Kuim di Kuala Sungai Baru, di sini, jam 6.30 petang kelmarin.

Mangsa, penuntut semester empat jurusan kejururawatan baru masuk ke padang memulakan perlawanan separuh masa kedua sebelum dipanah petir.

Mohd Amirul berkata, ketika kejadian dia bersama mangsa dan rakan sepasukan baru mengambil posisi masing-masing dengan perlawanan separuh masa kedua belum bermula sebelum dikejutkan dengan dentuman guruh dan petir.

“Kami terpaksa berhenti daripada bermain bola apabila hujan lebat diikuti dentuman guruh serta kilat berselang-seli dan berteduh di bahagian tempat duduk berbumbung (grand stand) stadium sebelum masuk semula ke padang untuk meneruskan permainan apabila keadaan reda.

“Semasa kami masuk ke padang, hujan masih renyai-renyai dan pemain mengambil posisi masing-masing untuk menyambung semula permainan sebelum saya mendengar dentuman petir,” katanya.

Menurut Mohd Amirul, selepas itu mereka melihat arwah terbaring di atas padang dan tidak sedarkan diri dalam keadaan kasut berlubang, manakala sebahagian badannya terbakar sebelum mengangkatnya ke grand stand.

“Saya sempat lihat bagaimana tubuh arwah yang disambar petir ketika itu terkaku seketika sebelum berpusing dan jatuh di atas padang dan kami yang melihat kejadian itu segera mendapatkan arwah yang sudah tidak sedarkan diri.

“Dalam keadaan panik, seorang rakan kami berlari ke arah grand stand untuk mengambil kain bagi memudahkan kami mengangkat tubuh arwah yang mengeras ketika itu ke tempat lebih selamat.

“Mangsa masih bernyawa ketika itu dan kami terus membawanya ke Hospital Kem Terendak untuk rawatan sebelum dimaklumkan arwah meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, pagi semalam.

Sementara itu, kakak sulung arwah, Roslinda, 41, berkata, arwah adiknya, mula menunjukkan perubahan sejak sebulan lalu apabila jarang pulang ke rumah, malah seperti menjauhkan diri darinya.

“Setiap minggu biasanya arwah akan balik ke rumah, kebelakangan ini dan hampir sebulan dia tak balik. Minggu lalu arwah ada jumpa saya tapi keadaannya seperti tergesa-gesa dan keluar semula cuma saya tak sampai hati nak tanya dia,” katanya.

Menurut Roslinda, arwah anak bongsu dari enam beradik tinggal bersamanya di Kampung Taboh Naning, Simpang Ampat, di sini, sejak kematian ibu bapanya mereka dan disifatkan seorang penyabar dan tenang dalam apa juga keadaan.

“Rabu lalu, arwah ada hubungi saya katanya dia nak guna duit nak beli kasut bola yang baru tapi saya minta dia bersabar sehingga gaji masuk minggu hadapan dan arwah hanya mengiyakan tanpa membantah. “Sebelum ini saya berhasrat beri arwah RM400 pada hujung bulan ini bagi perbelanjaan harian di kolej, tapi saya terpaksa tangguhkan dulu hasrat itu kerana belum terima gaji,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012