Visit Lelong

Tunjuk Kemaluan Depan Jiran

TELUK INTAN - Seorang lelaki hilang pertimbangan dan bertindak berbogel sambil menunjukkan kemaluannya ke arah seorang gadis berusia 17 tahun, di Jalan Pendamar, di sini.

Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang juga jiran lelaki itu dikatakan sedang mencuci pakaian di rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Menurutnya, gara-gara terdengar bunyi seakan-akan kucing, mangsa bertindak mencari arah bunyi itu sebelum ternampak seorang lelaki berbogel sambil menunjukkan kemaluan ke arahnya.

“Terkejut dengan tinda*kan lelaki ini, mangsa bergegas masuk ke dalam rumahnya sebelum membuat laporan polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.

“Sepasukan polis telah dikejarkan ke tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lelaki ini tiada di premisnya,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, ketika kejadian, suspek dikatakan turut mengambil minuman beralkohol dan kelakuan tidak bermoral berkenaan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol.

“Kami sedang mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini, lelaki berkenaan dilaporkan pernah melakukan aksi lucah melampau kepada beberapa orang jirannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012