KUANTAN – Seorang mak nyah separuh mati dibelasah empat lelaki dipercayai geng Anti Mak Nyah ketika keluar membeli sarapan di sebuah restoran di Jalan Abdul Aziz di sini, awal pagi semalam.
Wawa, 20, yang menjadi mangsa terbaru serangan kumpulan terbabit hilang ‘tenaga jantannya’ untuk melawan sehingga terpaksa membiarkan tubuhnya dibelasah kumpulan terbabit menggunakan batang besi.
Menurutnya, dia cuba berlari untuk menyelamatkan diri, namun terjatuh dan ketika itu batang besi mula hinggap di tubuhnya bertubi-tubi.
“Puas saya merayu menagih simpati, namun mereka seolah-olah tiada perasaan apabila terus memukul saya seperti seekor binatang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Wawa berkata, salah seorang suspek mencabarnya membuat laporan polis malah tanpa berselindung menunjukkan wajahnya untuk dilihat.
“Tengok muka aku baik-baik dan lepas ini kau pergi buat laporan polis, aku tak takut tapi ingat lepas ini aku akan bertindak lebih kejam jika terserempak dengan kau lagi. Aku tidak mahu melihat muka pondan kat Kuantan ini lagi,” kata jurumekap itu mengulangi ugutan dikeluarkan suspek yang bertindak memukulnya dalam kejadian itu.
Menceritakan pagi itu, Wawa berkata, kejadian berlaku lebih kurang 5.30 pagi ketika dia berseorangan* di restoran menunggu pekedai bersiap untuk memulakan perniagaan.
Menurutnya, tiba-tiba datang sekumpulan pemuda menaiki dua moto*sikal dan salah seorang daripada mereka meluru ke arahnya sambil membawa sebatang besi panjang.
“Saya mula syak mereka cuba menyerang lalu cuba menyelamatkan diri tetapi malangnya terjatuh lalu mereka mula memukul tanpa belas kasihan selama lebih kurang setengah jam.
“Pandangan saya menjadi kabur dan tidak lagi berdaya untuk melawan bagaimanapun sempat mengecam identiti suspek yang berbadan besar, memakai topi keledar dan berjaket hitam,” katanya.
Laungan minta tolong tidak diendah
Menurutnya, dia menjerit meminta pertolongan, namun mereka langsung tidak mengendahkan jeritannya malah terus memukul bertubi-tubi.
“Ada antara pekerja restoran tersebut cuba untuk membantu namun mereka diberi amaran dan dihalang daripada berbuat demikian,” katanya.
Wawa berkata, setelah lembik dan bermandikan darah, dia gagahkan semangat berlari ke rumah kawan yang berada di tingkat empat lebih kurang 50 meter dari situ.
“Mujurlah kawan ada di rumah ketika itu dan dia membawa saya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah melihat darah terus menitik dari kepala. Akibat serangan itu, saya menerima tujuh jahitan di kepala, luka di kening kiri, tangan kiri terseliuh dan bengkak di beberapa bahagian badan,” katanya.
Wawa yang masih trauma dengan* serangan itu bimbang untuk keluar rumah kerana takut terserempak lagi dengan kumpulan tersebut.
“Saya percaya kumpulan lelaki itu Geng Anti Maknyah kerana sebelum ini ada di antara kami turut menjadi mangsa serangan mereka,” katanya.
Sementara itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Deputi Superinten-dan Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman sebelum ini meminta masyarakat di negeri ini supaya tidak bertindak sendiri secara melampau sebaliknya mengikut saluran betul berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
Menurutnya, Islam melarang keras umatnya bertindak sendiri iaitu menganiayai mereka melainkan ada hak tertentu misalnya pihak bertanggungjawab yang yang boleh bertindak mengikut undang-undang yang sedia ada.
“Dalam kes sebegini, jika mereka bersalah, biar pihak berkuasa seperti pihak jabatan agama yang bertindak dan dalam agama sendiri, penganiayaan terhadap haiwan seperti memukul pun dilarang apatah lagi sesama manusia.
“Kita kena hormat sesama sendiri dan patuhi undang-undang, dan kita boleh menasihati sesama sendiri, tegur (berdakwah) mereka dengan cara berhemah, bijaksana,” katanya.
Pada sama sama, beliau juga menasihati golongan terbabit (mak nyah) supaya menjaga perilaku dan imej mereka di hadapan masyarakat supayaa tidak mengundang kemarahan dan fitnah terhadap mereka.
Sebelum ini, beberapa kes siri serangan ke atas golongan tersebut dilaporkan berlaku di kawasan itu dipercayai perbuatan kumpulan sama.
Dalam kejadian di Wisma Belia, Jalan Abdul Aziz di sini, 15 Februari lalu, dua mak nyah cedera akibat diserang kumpulan terbabit dengan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga kira kira jam 3.30 pagi menyebabkan mangsa cedera di kepala, badan dan lengan.
Geng Anti Mak Nyah itu dipercayai bertindak sebanyak 12 kali sejak enam bulan lalu membabitkan 10 mangsa cedera.