Anjing Serang Dua Lelaki Berparang

SUNGAI SIPUT (U) – Isteri Ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), S. kalimuthu terkejut apabila dua lelaki bersenjata parang, menceroboh rumah sebelum mengugutnya dalam kejadian di Kampung Muhibbah, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian, Kalimuthu tidak berada di rumah dan isterinya bernasib baik kerana tindakan kedua-dua penyerang itu berjaya dihalang anjing peliharaan mereka.

Kalimuthu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang dia menerima panggilan daripada isterinya yang mengatakan terdapat dua lelaki datang membuat kacau di rumah.

Menurutnya, lelaki berkenaan turut mengugut untuk membunuhnya dengan menggunakan parang.

“Sebaik sahaja dimaklumkan tentang perkara itu, saya terus bergegas pulang ke rumah tetapi dua lelaki itu sudah melarikan diri.

“Isteri saya memberitahu, tindakan dua lelaki berkenaan yang cuba membuat kacau berjaya dihalang anjing peliharaan kami.

“Lelaki itu yang menaiki lori sempat mengugut dan menakut-nakutkan isteri dengan mengatakan dia akan memotong badan saya.

“Nasib baik, isteri saya dapat mengecam wajah mereka, mudahlah kami beri gambaran wajah mereka kepada pihak polis,” katanya.

Tambahnya, anjing peliharaan mereka mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika kerana terkena tetakan parang lelaki terbabit.

Bimbang keselamatan diri dan keluarganya terancam, Kalimuthu membuat laporan di Balai Polis Kuala Kangsar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

“Setakat ini masih belum ada tangkapan yang dibuat memandangkan kita siasatan lanjut berhubung motif kejadian masih dijalankan.

“Pihak kami juga sedang mengenal pasti kedua-dua suspek,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012