Visit Lelong

Cara Orang Miskin US Dikebumikan

HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) – Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens. Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu. Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya.


Foto Neelofa Mengancam Dalam Majalah InTrend

Padah Masuk Laluan Mengejut

KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur terselamat dalam kemalangan ini walaupun teksi remuk teruk selepas melambung sebelum terseret beberapa meter di Lebuhraya Persekutuan akibat salah faham dengan laluan dikatakan penumpang,” kata Safian Hasaan, 33, mangsa kemalangan membabit sebuah teksi yang merempuh pembahagi jalan lebuh raya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, dia membawa seorang penumpang lelaki yang ingin ke Hotel Hilton di Petaling Jaya namun sebaik tiba di simpang menghala Lebuhraya Sprint, tiba-tiba penumpang terbabit menyuruhnya masuk ke laluan berkenaan menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

Safian berkata, penumpang itu menyangka dia tersalah laluan dan menyuruh masuk ke Lebuhraya Sprint sedangkan untuk ke hotel berkenaan perlu melalui laluan menghala Universiti Malaya (UM).

“Akibat salah faham itu, saya gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengikut arahannya menyebabkan teksi saya terlanggar pembahagi jalan dan melambung sebelum terseret beberapa meter dalam keadaan terbalik.

“Malah, ketika kejadian itu, kenderaan saya turut terbakar namun mujur orang awam yang menyaksikan kejadian itu membantu memadamkan kebakaran,” katanya.

Menurutnya, sebaik api padam, dia dan penumpang terbabit dibawa keluar dan mujur hanya cedera ringan.

“Saya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Pencuri Lapar Minta Hidang Nasi

KUALA TERENGGANU 30 Jan. - Dua penjenayah bukan sahaja menyamun seorang gadis dan melarikan gelang tangan miliknya bernilai RM800 malah sempat 'mengisi perut' sebelum melarikan diri dari rumah mangsa di Kampung Bukit Payong, Besut semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun berseorangan di dalam rumah sebelum didatangi seorang suspek manakala rakannya menunggu di luar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek itu lalu mengacukan sebilah parang di leher mangsa dan mengugutnya agar menyerahkan barangan kemas.

"Akibat ketakutan, gadis itu menyerahkan kepada suspek gelang tangannya. Pada masa yang sama, suspek meminta mangsa menyediakan hidangan nasi.

"Semasa suspek makan, mangsa bertindak melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan pertolongan.

"Jiran gadis itu menghubungi bapa mangsa yang kemudian melaporkan kepada polis. Namun, semasa polis tiba di rumah, suspek dan rakannya telah menghilangkan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manoharan berkata, bagaimanapun bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang daripada suspek tersebut berusia 21 tahun di tepi jalan di kampung itu pukul 8 malam, sebelum menahan rakannya berusia 29 tahun tidak jauh dari situ.

"Suspek kemudian membawa polis ke rumahnya dan polis menemui parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," ujarnya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati gelang emas yang disamun itu telah diserahkan kepada rakan wanita suspek untuk dijual di sebuah kedai emas di Jerteh.

Berikutan itu, katanya, polis turut menahan jurujual emas terbabit kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

"Jurujual itu maklumkan telah serah kepada taukeh kedai tersebut. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan," katanya sambil memberitahu akan menahan taukeh kedai emas terbabit untuk membantu siasatan.

Asteroid 433 Eros Tidak Akan Langgar Bumi

Asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi sejak 37 tahun.

Namun, kedudukan yang hampir itu diyakini tidak akan menyebabkan pelanggaran.

Asteroid Eros ini bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra.

Ketika berada paling dekat dengan bumi kira-kira 26.7 juta kilometer, asteroid yang bersaiz 34 kilometer ini akan dapat dilihat walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahan sekitar magnitud 8 dan berkemungkinan mencecah sehingga magnitud 7.

Dijumpai pada 13 Ogos 1898 oleh ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Aguste Charlos di Nice.

Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukan ia berbentuk bujur memanjang merentasi orbit Marikh.

Kajian terhadap objek angkasa seperti asteroid Eros ini memberi kefahaman tentang pembentukan sistem suria.

Selain membolehkan ahli astronomi memahami komposisi asteroid, maklumatnya boleh digunakan mengelak potensi hentaman pada masa hadapan.

Asteroid itu juga boleh dilihat orang ramai menggunakan teleskop 3 pagi ini.

Namun, kedudukannya harus dikenalpasti dengan melihat peta bintang.

Karzaman Ahmad, Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi: "Kita kena kenalpasti dahulu kedudukannya di langit tetapi secara amnya kita boleh melihat pada kawasan di atas kepala pada sekitar 3 pagi , pada waktu awal malam dia masih agak rendah di langit sebelah timur, kalau kita berpeluang melihat, kena langit cerah malam ini, kita boleh melihat lebih awal sekitar 11 12 malam tapi di bawah pada kedudukan yang agak rendah sikit."

Penjara Di Norway - Selesa!!

Tasha Kesal Tuduhan Menari Ghairah Di kelab Malam

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan ***** atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam."Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan.

"Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tasha mula dikenali selepas membintangi drama Gemilang di TV3 pada tahun lalu

Anak Sangka Ibu Tidur Dalam Bilik

ANAK mangsa membaca surah Yasin di lokasi kejadian ibunya, Rosmariah Mohamad (gambar kecil) maut dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira 250 meter dari rumahnya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka, semalam.
MELAKA TENGAH: Seorang ibu yang keluar berjalan kaki mencari dua anaknya yang belum pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam, maut dalam keadaan menyayat hati dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tun Teja, Cheng dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Rosmariah Mohamad, 34, ibu empat anak berusia antara 12 hingga 16 tahun, mati di tempat kejadian selepas kepalanya pecah dan cebisan otak tercampak dalam pagar berhampiran kawasan kejadian.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya di Rumah Pangsa Cheng Mutiara selepas bimbang keselamatan dua anaknya, Mohd Shazurin Farhan Samad, 15, dan Mohd Syazrul Fahmi, 12, yang tidak pulang ke rumah sejak keluar bermain futsal di pusat sukan, kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada jam 10.30 malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah, berkata siasatan unit forensik terhadap kes itu menemui cermin sisi kenderaan yang tercabut dipercayai selepas melanggar mangsa selain beberapa pokok patah berhampiran lokasi.

“Akibat rempuhan, mangsa terpelanting ke pokok dan pagar berhampiran, sebelum terhumban ke dalam longkang.

“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian, apabila suami mangsa, Samad Saliman, 37, duduk di sebelah jenazah isterinya, manakala empat anak mereka membaca surah Yassin.
Selain Mohd Shazurin Farhan dan Mohd Syazrul Fahmi, mangsa meninggalkan dua lagi anak, Mohd Isyazwan Firdaus, 16 dan Mohd Nor Syarin, 13.

Samad berkata, dia yang tidur hanya menyedari isterinya tiada di rumah pada kira-kira jam 4 pagi dan keluar mencarinya.

“Saya gagal menemuinya dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 5 pagi. Ketika bersiap untuk keluar mencarinya semula pada jam 8 pagi tadi (semalam), saya dimaklumkan jiran ada mayat dalam longkang.

“Saya terus berlari ke tempat kejadian dan sedih sungguh apabila melihat mayat itu adalah isteri saya,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua anaknya yang keluar bermain futsal pulang ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi, tidak menyangka Rosmariah keluar mencari mereka dan beranggapan ibu mereka tidur di bilik. 

Angkara Balas Dendam, 26 Motor Dan Teksi Hangus

MUSNAH... 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dalam kebakaran.
PETALING JAYA: Angkara balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan, sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dibakar di kawasan tempat letak kereta di Apartmen Desa Mentari, di sini, semalam, dipercayai berpunca daripada lontaran botol berisi petrol.

Insiden jam 4 pagi itu adalah kejadian kedua selepas yang pertama minggu lalu memusnahkan tiga motosikal di lokasi sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian itu disedari penduduk selepas mendengar jeritan jiran tetangga.

Katanya, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik menyiasat punca kebakaran yang dipercayai akibat balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan.

“Difahamkan, sebuah kenderaan dinaiki beberapa lelaki ke lokasi kejadian, kemudian melontarkan sesuatu yang dipercayai botol berisi petrol ke kawasan itu,” katanya yang mengenal pasti kumpulan itu kerana pernah ditangkap sebelum ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Mangsa, P Sathi, 37, berkata ketika kejadian, dia sekeluarga tidur sebelum dikejutkan bunyi jeritan jiran tetangga yang memaklumkan kejadian.

Katanya, dia terkejut mendapati motosikal kesayangannya terbabit dalam kebakaran bersama 25 motosikal lain serta sebuah teksi.

“Sebaik turun, saya melihat semua motosikal dan teksi hanya tinggal rangka dan kami cuba memadam kebakaran namun tidak berjaya sebelum memanggil bomba.

“Nasib baik api dapat dikawal, kalau tidak ia mungkin merebak ke kenderaan lain yang diletak sebaris dengan motosikal kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Pemilik teksi, M Guru, 40, pula berkata, dia hanya mampu melihat teksinya musnah selepas api merebak dengan cepat kerana dipercayai dibakar dengan minyak petrol.

“Saya tidak tahu siapa melakukan perbuatan ini. Mungkin kerana orang luar sakit hati dengan seorang daripada kami.

“Kemusnahan teksi membuatkan saya buntu kerana hilang mata pencarian dalam sekelip mata,” katanya yang mahu pihak berkuasa memantau kawasan itu kerana sering berlaku jenayah, termasuk curi kereta, motosikal dan gaduh.

Fakta Menarik Tentang Pokok

- Pokok-pokok yang terdapat dalam sebuah kawasan seluas 1 hektar (2.47 ekar) mampu mengeluarkan empat tan oksigen. Jumlah ini cukup untuk membolehkan 18 orang manusia hidup selama setahun.

- Pokok menapis habuk dan debunga serta menyerap bahan kimia bertoksik yang tersebar di dunia.

- Pokok membantu mengurangkan 50 peratus daripada bunyi bising dan sekaligus bertindak sebagai pemecah angin.

- Sesetengah pokok mempunyai daun yang besar dan lebar. Daun-daun ini menghalang hujan daripada terus jatuh ke tanah. Hasilnya air hujan itu jatuh dengan lembut dan meresap masuk ke dalam tanah secara beransur-ansur. Ini membantu menghalang bahagian atas tanah daripada terhakis dengan cepat.

- Sebatang pokok mampu meyerap 60 gelen air sehari. Ia juga boleh menyerap cecair dan lembapan yang terdapat pada daunnya.

- Jika ingin menyerap kesemua gas karbon dioksida di muka bumi ini, pokok-pokok yang perlu ditanam adalah seluas negara Australia.

Manusia Halimunan

Surat Cinta Lelaki Spesis Xble Harap

Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Ombak Rindu tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

bye-byee....

Kumpulan Samseng Paling Bahaya Di Dunia

Aryan Brotherhood (America)


Mexican Zoot Ladies


Mara Salvatrucha 13 (Los Angeles)


Yakuza Family (Japan)


Chinese Triads (China)


La Eme (Mexico)


The Crips (African American)


The Mungiki (Kenyan)


La Nuestra (Mexican American)


Bosozoku Bikerz Gang (Japan)

Britain Belanja RM2j Hiburkan Tentera Di Afghanistan

LONDON: Kerajaan Britain membelanjakan lebih RM2.1 juta menghantar selebriti menghiburkan tentera di Afghanistan tahun lalu, kata Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond.

Menurut Hammond, pemain bola sepak, David Beckham, adalah antara selebriti yang dihantar untuk meningkatkan moral kira-kira 9,500 tentera Britain yang berperang dengan Taliban di selatan wilayah Helmand.

Bagaimanapun, dalam penjelasan kepada ahli Parlimen semalam, Hammond mempertahankan tindakan menggunakan wang pembayar cukai itu ketika peruntukan untuk pertahanan mengalami pemotongan besar.

Kata Hammond, hiburan untuk anggota tentera terbukti - sejak sekian lama - menjadi elemen penting dalam pakej penghantaran mereka ke medan perang.

“Ia membantu mengekalkan moral tentera dan menyumbang keberkesanan perkhidmatan mereka,” katanya. - AFP

Pelajar Tak Sempat Habis Laung Azan

IPOH - Seorang pelajar Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadis Al-Ansari, Muhammad Ubaidillah Mohd Zamri, 12, tidak sempat menghabiskan laungan azan Maghrib kerana terpaksa menyelamatkan diri dari dihempap pokok kelapa dalam satu kejadian ribut.

Dalam kejadian pada jam 7.15 petang kelmarin, dia cedera di bahagian muka akibat terkena serpihan siling yang pecah ketika berlari keluar bersama 39 pelajar lain.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakan berada di ruang rehat sekolah berkenaan setelah ruang solat basah terkena tempias hujan lebat berserta angin kuat.

“Ruang solat basah menyebabkan kami beralih ke ruang rehat. Kemudian, ustazah mengarahkan saya supaya azan sebelum berbuka puasa bersama pelajar lain.

“Ketika saya sedang azan, terdengar bunyi hentakan kuat menyebabkan sekolah kami bergegar dan siling mula runtuh.

“Kami berlari menyelamatkan diri dan ketika itulah saya rasa perit di muka,” katanya di sini, semalam.

Pengerusi sekolah berkenaan, Azhari Abu Hassan melahirkan rasa syukur apabila semua pelajar dan tenaga pengajar terselamat dari kejadian ribut itu walaupun sekolah berkenaan uzur.

“Rumah yang diwakafkan kepada kami akan dibersihkan secara gotong-royong dan akan menempatkan sementara pelajar ini di rumah rakan. Alhamdulillah semua mereka selamat,” katanya.

Sekolah berkenaan antara 24 rumah di Kampung Ulu Chemor yang mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan dinding akibat ribut yang melanda, malam kelmarin.

Sementara itu, seorang mangsa, Nor Hisyam Mustafa, 42, ketika menceritakan saat cemas bersama sembilan ahli keluarganya sempat berlari keluar dan melaungkan azan apabila pokok durian berusia lebih 40 tahun menghempap bilik tidur mereka.

“Saya terperanjat apabila seluruh rumah tiba-tiba bergegar dengan bunyi angin kuat sebelum sebahagian bumbung bilik tidur tercabut.

“Tidak lama kemudian, pokok durian turut tumbang dan menghempap bumbung bilik. Saya terus bingkas mencari ahli keluarga lain, kerana takut berlaku kejadian lebih buruk,” katanya yang mengalami kerugian lebih RM3,000.

Kejadian itu dianggap paling buruk pernah dialaminya.

Belajar Untuk 'Exam' - Tips Untuk Elakkan Stress

Belajar untuk peperiksaan akhir, ujian atau kuiz membantu meningkatkan stress. Stress juga sudah sedia terbina dalam situasi dimana anda harus mengingati sesuatu informasi yang penting dalam kelas beberapa bulan yang lalu, perkara terakhir pelajar akan lakukan adalah menambah lagi stress didalam peperiksaan, ujian atau kuiz. Berikut adalah tips berguna untuk anda elak daripada stress.

Kurangkan Jadi 'Burung Hantu'
Kebanyakkan pelajar, terutamanya yang selalu ulangkaji pada saat akhir, mengulang kaji pada waktu malam. Ini mengakibatkan mereka berasa letih pada hari berikutnya, adakah dengan situasi mengantuk dan letih akan membantu anda pada hari berikutnya? Kajian terbaru mengatakan 'tidak'. Kajian dalam edisi Januari 2011, Behavioral Sleep Medicine mendapati pelajar dimana selalu tidur lewat untuk belajar mendapat lebih kurang PNG (GPA) berbanding pelajar yang lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur lewat bukan kerana untuk belajar, tetapi sudah didapati ia sebagai rutin mereka untuk belajar lewat malam. Bagi mereka yang inginkan gred lebih tinggi, hentikan belajar lewat malam.


Kurangkan Kafein
Kafein dan pelajar adalah sahabat baik dalam bekerjasama untuk mengulangkaji pelajaran. Kafein boleh didapati dalam minuman seperti 'energy drink', kopi dan sebagainya. Kajian mengatakan kafein dapat membantu dalam meningkatkan pretasi tetapi dalam masa yang sama mempunyai kelemahan. Kajian menunjukkan pelajar yang meminum minuman kafein akan mengalami sakit kepala dan jantung berdebar-debar. Kafein juga mengurangkan rasa mengantuk dan mengakibatkan tidak cukup tidur, ini mengakibatkan anda tidak berasa segar pada waktu pagi. Dapatkan tenaga extra secara natural seperti makan makanan sihat dan juga bersenam, termasuk kualiti tidur yang dijaga.

Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria?

Idea untuk belajar bersama rakan adalah baik, tetapi ia boleh bertukar menjadi sebuah kumpulan gossip jika anda silap untuk cari tempat atau rakan yang baik. Cari tempat yang sesuai untuk belajar berkumpulan. Elakkan belajar ditempat-tempat sibuk seperti restaurant atau lebih teruk lagi di bilik, kerana ia akan mengganggu pembelajaran anda. Cari tempat yang sunyi dan atmosfera yang sesuai seperti di perpustakaan. Cari rakan yang komited dan bertanggungjawab untuk mendapat input dan level yang sama tinggi daripada belajar berkumpulan.

Tunggu Sehingga Saat Akhir dan Berdebar-debar?
Banyak pelajar suka melakukan cara ini malah Bill Gates sendiri mencadangkannya, tetapi ia adalah cara paling berisiko dan anda harus fikirkan mengenainya. Perkara pertama adalah anda tidak sempat habis dalam masa yang sepatutnya dan masuk ke dewan dalam keadaan tidak bersedia. Kedua adalah anda akan mencari cara untuk menguasai masa dengan menggunakan kafein dan tidur lewat untuk belajar. Akhir sekali anda akan berdebar-debar akibat adrenaline dan masukkan informasi kedalam memori jangka pendek. Masa yang sesuai adalah mengulangkaji seminggu atau lebih awal daripada tarikh tamat tempoh.

Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting?
Mengingati perkara penting mengenai peperiksaan akan menjadikan motivator yang baik untuk belajar, tetapi terlalu fokus akan memudaratkan. Jika anda adalah jenis pelajar yang berhati-hati, bimbang akan perkara buruk bakal berlaku dalam peperiksaan yang ketara, sudah tiba masanya untuk anda alihkan tumpuan. Ini kerana terlalu bimbang kepada ujian atau peperiksaan akan mengakibatkan anda melakukan kesilapan dan mendapat skor yang lebih rendah daripada sepatutnya. Elakkan terlalu obses, sentiasa berfikiran positif dan elakkan daripada kebimbangan yang melampau.

Baca Dengan Kesabaran

1- Erm, nak cakap cket nie kat awak.. Bace NO 5.
2- Mmmm.. Camne erk nak cakap? Bace jelahh NO 8.
3- Nak taw erk? Hurm, bace NO 9.
4- Huh, daripada pening baek bace jap NO 15.
5- Camne erk nak cakap.. NO 17 jerk okayy.
6- Kite nak cakap sekarang tapi lebih baek bace NO 16.
7- Kite akan cakap tapi bace dulu NO 2.
8- Yang kite nak cakap nie simple jerk, tapi bace dulu NO 4 okayy?
9- Tak payah lahh berdebar2 camtu, cume bace jap NO 18.
10- Blom agy lahh.. Bace NO 19 yew.
11- Dah penat erk? Bace jap NO 13.
12- Sebenarnye kite nak cakap klu…
(ahh bace no 3 lahh)
13- Tinggal cket jerk lagi, bace NO 20.
14- Argh, penat lahh.. Bace NO 1.
15- Adush, dah pening dah nie. Bace la NO 6.
16- Lorh, masih tak faham lagi kew? Bace NO 12.
17- Aduyaii, nak cakap nie. Bace NO 7.
18- Kite tak taw samaada awak faham.. Tolong bce NO 10.
19. Baca NO 11 dengan tenang ye.. Nanti awk akan taw..
20- Okayy2, sekarang kite cakap.. Bace NO 14, tapi slow2 jerk okayy.

Kahwin Dengan Mayat

PATTAYA: Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.

Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.


Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.


Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.

Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. - Agensi

Waspada Logo Halal Palsu

SEREMBAN – Umat Islam di negeri ini dinasihatkan berwaspada dengan premis makanan yang mempamerkan ayat suci al-Quran atau sebarang logo berkaitan dengan Islam kerana ia bukan jaminan premis berkenaan berstatus 'halal'.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan berkata, wujud sesetengah pemilik premis yang mempamerkan logo halal sedangkan mereka tidak pernah membuat permohonan mendapatkan sijil halal yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita jangan ingat premis makanan yang menggantung ayat al-Quran itu halal kerana paling penting mereka perlu mempamerkan sijil beserta logo halal yang sah oleh Jakim.

“Tapi, hari ini saya lihat strategi pemasaran sesetengah pengusaha makanan ini, mereka gunakan logo halal dan ayat al-Quran untuk tarik pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.

Johani berkata, jika pemilik premis mempunyai sijil halal yang sah, mereka juga dikehendaki mempamerkan sijil tersebut di tempat yang boleh dilihat pelanggan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan hak dan kepentingan masyarakat Islam terpelihara daripada perkara-perkara haram.

Sementara itu, katanya, sebuah premis makanan di Senawang diarah menanggalkan logo halal mereka selepas didapati mempamerkan logo halal tanpa memiliki sijil halal yang sah.

“Pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dari Jakim, JHEAINS dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dalam satu pemeriksaan dijalankan petang semalam (kelmarin) di premis terbabit selepas kita menerima aduan daripada ramai pelanggan yang meragui akan statusnya.

“Selepas diperiksa kita dapati premis terbabit tidak pernah memohon mendapatkan sijil logo halal daripada pihak Jakim dan kita beri masa dua minggu untuk pemiliknya membuka semua logo halal yang dipamerkan,” katanya

Keburukan Menahan Kencing

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
 
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.

Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.

Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir

7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal

Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.

Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?

Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit.

Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda:

TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan

TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.

TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.

TIPS 5:
Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.

TIPS 6:
Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.

TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

Wanita Dipijak Dalam Semak

GOMBAK: Seorang wanita yang ingin ke tempat kerjanya berdepan detik cemas apabila diekori lelaki misteri sebelum dia ditarik masuk ke dalam semak dan dibelasah, malah dipijak dalam kejadian di Batu 11, Jalan Gombak Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, wanita terbabit yang berusia 23 tahun berjalan berseorangan untuk ke tempat menunggu bas yang terletak berhampiran kawasan perumahannya.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa mengambil jalan pintas untuk ke pondok bas itu dengan melalui lorong berbukit namun tiba-tiba muncul seorang lelaki mengekorinya.

Beliau berkata, mangsa yang mula mengesyaki ada sesuatu tidak kena cuba melarikan diri namun gagal apabila lelaki terbabit menyerangnya dari belakang sebelum menariknya masuk ke dalam semak di kawasan berhampiran.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit namun gagal apabila mulutnya ditekup. Lelaki itu turut menumbuk mukanya beberapa kali.

“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memijak perut mangsa beberapa kali menyebabkannya mengerang kesakitan,” katanya.

Menurutnya, mangsa sempat melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum keluar dari semak sambil menjerit meminta tolong.

“Terkejut dengan tindakan itu, lelaki terbabit melarikan diri ke dalam hutan di kawasan berhampiran.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Gombak,” katanya.

5 Tiada Kerja Bakar Diri

SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas membakar diri di Rabat, Maghribi.
Anggota Graduan Menganggur protes kurang pekerjaan di Maghribi

RABAT: Lima penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi sebagai sebahagian demonstrasi di negara itu berhubung kekurangan pekerjaan, terutama untuk graduan universiti, kata aktivis hak asasi, kelmarin.
Tiga daripada mangsa dirawat di hospital kerana melecur teruk. Kejadian itu, yang sebelum ini jarang berlaku menjadi taktik bantahan di Asia Barat dan Afrika Utara sejak seorang penjual sayur-sayuran di Tunisia membakar diri pada Disember 2010.

Lelaki itu membantah tindakan anggota polis mengganggu perniagaannya, yang mencetuskan kebangkitan menumbangkan kerajaan dan mencetuskan pergerakan sama di rantau itu.

Kelima-lima lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada pergerakan Graduan Menganggur membabitkan jutaan graduan universiti yang mahukan pekerjaan.

Demonstrasi selalunya disuraikan secara ganas oleh polis dan di beberapa pekan dan bandar raya menyebabkan pertempuran berlaku. Ketika kadar pengangguran rasmi cuma 9.1 peratus, angkanya sekitar 16 peratus bagi graduan.

Kelmarin, kerajaan yang dipilih pada November lalu membentangkan pelan baru kepada Parlimen dengan fokus mencipta pekerjaan, pendidikan dan memperbaiki kualiti kesihatan.
Sementara itu, kerajaan dipimpin golongan Islam berjanji menghasilkan 200,000 pekerjaan baru setahun menerusi pelaburan awam dan persendirian.

Seramai 160 anggota pergerakan itu menduduki bangunan pentadbiran Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dua minggu lalu di Rabat, sebagai sebahagian bantahan mereka.

Penyokong membawakan makanan kepada mereka sehingga dua hari lalu apabila dihalang pasukan keselamatan.

“Pihak berkuasa menyekat mereka menerima makanan dan air, jadi lima daripada mereka keluar untuk mendapatkan makanan dan mengancam membakar diri jika dihalang,” kata jurucakap Persatuan Hak Asasi Manusia Maghribi, Youssef al-Rissouni.

Daripada tiga yang dimasukkan ke hospital, dua dalam keadaan serius manakala dua lagi cuma baju terbakar.

Rakaman video yang disiarkan kumpulan itu secara dalam talian menunjukkan orang ramai membaling roti ke arah polis yang mengawal bangunan berkenaan. Beberapa pemuda di atas bangunan menyiram diri mereka dengan cecair dan melompat turun dan mula mengutip roti.

Apabila polis pencegah rusuhan bergerak untuk menghentikan mereka, sekurang-kurangnya dua daripada lelaki berkenaan terbakar dan mula berlari sebelum dikepung penyokong dan api dipadamkan.

Gambar menunjukkan mereka dengan sebahagian besar kulit terbakar. Akhbar dalam talian, Goud, melaporkan dua daripada mereka mengalami kesan terbakar tahap kedua dan dihantar ke unit melecur Casablanca.

Ketika ekonomi Maghribi mencatat kadar pertumbuhan baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini sekitar empat hingga lima peratus, ia masih belum cukup menghasilkan pekerjaan untuk golongan muda yang semakin ramai di pasaran setiap tahun. – AP

Sekolah Seks Pertama Tawar Praktikal

VIENNA: Seorang wanita Sweden membuka sekolah seks antarabangsa pertama di dunia dengan menawarkan ilmu menjadi kekasih yang lebih baik.

Dengan kos kira-kira RM6,900 untuk satu semester, Sekolah Seks Antarabangsa Austria di Vienna itu menerima penuntut yang berminat mengetahui selok-belok menjadi kekasih yang memuaskan pasangan.

Media semalam melaporkan, Ylva-Maria Thompson menawarkan ilmu menggoda secara praktikal kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, sesiapa saja yang berusia lebih 16 tahun layak menyertai ‘kolej seksual amali pertama di dunia’ itu.

“Penuntut akan tinggal dalam blok penginapan yang bercampur lelaki dan perempuan bagi membolehkan segala ilmu yang dipelajari dicuba,” katanya.

Menurut Ylva-Maria, pendidikan asas yang diberikan bukan berbentuk teori, sebaliknya praktikal. - DM

Sejarah Helen Keller

Helen Keller adalah orang buta pertama yang berjaya menamatkan pengajian di kolej.

Helen sentiasa diingati dalam sejarah sebagai seorang wanita yang luar biasa kerana mampu meraih kejayaan seperti manusia normal.

DI sebuah pekan kecil di selatan Tuscumbia, Alabama, salah satu 'keajaiban dunia' telah berlaku di sana. Ia bermula pada satu hari yang cerah dalam musim bunga pada tahun 1887.

Gumpalan awan putih indah menghiasi langit yang kebiruan dan kelihatan burung-burung berterbangan sambil hinggap di pokok-pokok oak dan mapel.

Bunga-bunga pelbagai warna pula berguguran ke tanah sekali gus menghiasi kawasan sekitarnya. Namun kesemua itu tidak dapat dilihat dan didengari oleh seorang gadis manis yang berusia tujuh tahun.

Berdiri di sebelah gadis bernama Helen Adams Keller yang buta dan pekak sepenuhnya itu, adalah seorang wanita muda, Anne Mansfield Sullivan.

Sullivan kemudian mengambil air sejuk dan diletakkan ke dalam salah satu tangan gadis tersebut sambil berulang-ulang menyebut kod abjad mengandungi lima huruf secara perlahan-lahan.

Keadaan itu berterusan di mana Helen dengan cermat dan teliti berusaha untuk memecahkan dunianya yang penuh kesunyian.

Tiba-tiba, satu isyarat melintas di dalam kepala Helen yang menyedari bahawa ia membawa satu makna. Dia kemudian mengetahui bahawa ejaan 'w-a-t-e-r' yang disebut oleh Sullivan ialah sesuatu yang sejuk yang mengalir di tangannya.

'Kegelapan' mula cair di fikirannya seperti ais pada bulan Mac yang penuh cerah itu. Menjelang senja, Helen telah pun mempelajari 30 perkataan.

Sejak itu bermulalah dunia baru Helen yang mahu membuktikan keupayaan dirinya meskipun dia buta dan cacat.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Helen, dia merupakan seorang penulis, aktivis dan pensyarah yang terkenal di Amerika Syarikat (AS). Helen juga adalah orang buta pertama yang berjaya menamatkan pengajian di kolej. 

Dia sentiasa diingati dalam sejarah sebagai seorang wanita buta dan pekak yang luar biasa kerana mampu meraih kejayaan seperti manusia normal.

Helen kemudian telah mendedikasikan seluruh kehidupannya untuk memperbaiki keadaan orang buta dan pekak di seluruh dunia dengan menyampaikan syarahan berbentuk motivasi.

Di mana sahaja dia muncul, Helen berjaya membawa keberanian dan semangat baru kepada jutaan orang buta di seluruh dunia.

Gurunya, Sullivan pula dikenang sebagai 'Miracle Worker' kerana semangatnya dan usahanya.

Menyelusuri lembaran kehidupan wanita ikonik ini, Helen dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak yang comel dan sihat pada tanggal 27 Jun 1880 di sebuah pekan kecil di Tuscumbia, Alabama.

Helen merupakan anak kepada Kapten Arthur H. Keller, bekas pegawai Confederate Army dan pasangannya, Kate Adams Keller, sepupu kepada Robert E. Lee dan anak perempuan Charles W. Adams, bekas jeneral Confederate.

Bagaimanapun, derita Helen bermula ketika dia berusia 19 bulan selepas diserang pelbagai penyakit sehingga menyebabkan bayi comel tersebut buta dan pekak sepenuhnya.

Pada usia enam tahun, Helen dibawa berjumpa Dr. Alexander Graham Bell oleh kedua ibu bapanya. Disebabkan lawatan itu, Helen kemudian bertemu dengan Sullivan pada 3 Mac 1887.

Sullivan sejak itu mula mendampingi Helen setelah menyedari gadis kecil tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.
Bertindak sebagai guru kepada Helen, Sullivan ternyata berjaya dalam tugasannya.

Menjelang bulan Ogos, iaitu dalam masa enam bulan, Helen telah dapat mempelajari dan mengetahui 625 perkataan.
FOTO kenangan Sullivan (kanan) sewaktu mengajar Helen ketika usianya 8 tahun.

Pada tahun 1888 Helen menghadiri kelas Royal Institue For the Blind. Enam tahun kemudian, Helen dan Sullivan berhijrah ke New York bagi meneruskan persekolahan di Wright-Humason School for the Deaf dan Horace Mann School for the Deaf.

Pada tahun 1896 pula, mereka kembali ke Massachusetts dan Helen memasuki The Cambridge School for Young Ladies sebelum diterima melanjutkan pengajian di Radcliffe College pada tahun 1900.

Pada usia 24 tahun, Helen berjaya menamatkan pengajiannya dari Radcliffe College pada 1904 sekali gus menjadi orang buta dan pekak pertama meraih ijazah dalam jurusan Bachelor of Arts.

Selepas menamatkan pengajiannya, Helen mula menjadi penceramah dan mengembara di seluruh dunia bersama Sullivan bagi memberi syarahan dan membantu golongan pekak serta buta keluar daripada kepompong permasalahan mereka.

Selain itu, Helen turut menjadi penulis dan menerbitkan sebuah buku autobiografi bertajuk 'The Story of My Life'.

Secara keseluruhan, Helen telah menulis 12 buah buku sepanjang hayatnya. Antaranya bertajuk 'The World I Live In' (1908), 'Out of the Dark' (1913, 'My Religion' (1927) dan 'Light in My Darkness'.

Mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai wanita berjaya, Helen menubuhkan Helen Keller International, sebuah pertubuhan untuk melindungi golongan buta pada tahun 1915.

Sementara pada tahun 1920, dia membantu menubuhkan American Civil Liberties Union (ACLU).

Bagaimanapun pada tahun 1961, Helen mengalami beberapa siri serangan strok dan ini menyebabkan dia terpaksa menghabiskan masa di rumahnya untuk berehat dan menerima rawatan.

Sebagai menghargai jasa-jasanya, pada 14 September 1964 Presiden Lyndon B. Johnson telah menganugerahkan Helen, pingat Presidential Medal of Freedom, salah satu pengiktirafan tertinggi AS terhadap orang awam.

Pada 1965 pula, Helen dipilih sebagai Women's Hall of Fame di New York World's Fair. Helen telah mengabdikan seluruh kehidupannya untuk mencari dana bagi American Foundation for The Blind.

Setelah mengharungi kehidupan di dunia dengan penuh sabar dan tabah, Helen akhirnya meninggal dunia sewaktu dalam tidur pada 1 Jun 1968 di Arcan Ridge berhampiran Westport, Connecticut.

Helen dikebumikan di National Cathedral di Washington bersebelahan makam guru dan teman sejatinya, Sullivan.

Isteri Yang Bijak

Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya.

Tiba-tiba ikan itu bersuara,
“Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati.
Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan.
Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda.

Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.
Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.
Wati: Tiada masalah.

Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu.

Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.

Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.
Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga.

Maka jadilah Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.

“Permintaan ketiga?” Tanya ikan.

“Aku nak serangan jantung yang ringan,” jawab Wati.

Artis Senior Melenting, Hot.FM Hentikan Segmen Panggilan Hangit Selamanya

Persoalan sama ada segmen yang menjadi kegemaran ramai ini akan di’tutup selamanya atau hanya sementara sudah terjawab pagi tadi melalui radio.

Dalam satu pengumuman ringkas menerusi Hot FM, AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG memberitahu segmen Panggilan Hangit kini hanya kenangan.

Pihak pengurusan di’khabarkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan segmen ini buat selamanya dan peminat Hot FM yang selama ini setia menanti di hadapan radio setiap pagi akan kecewa bermula hari ini.

Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangit ini, kami menerima satu dakwaan liar yang berkata ia’nya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting.

Al-kisahnya, satu pagi seperti biasa AM Krew menjadikan artis senior yang kita kenal seorang yang cepat melenting & bermulut laju ini sebagai sasaran, tetapi tanpa mereka duga gurauan mereka menjadi isu serius.

Tidak dapat kami pastikan apa butiran Panggilan Hangit yang artis senior ini terima tetapi khabarnya selebriti wanita ini telah pun membawa perkara remeh ini ke pihak atasan & hasilnya, Panggilan Hangit tamat riwayat.

Jika kami sebutkan nama artis senior ini di’sini, pasti kami akan turut di’heret bersama dalam isu ini –maklumlah, semenjak dua menjak ini, beliau sensitif dengan isu gurauan generasi baru sampai tahap buka fail saman

Bunuh Zirafah Untuk Seronok

KELUARGA ini membayar ratusan ribu ringgit untuk menembak mati zirafah ketika memburu secara sah.

LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.

Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.

Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.

Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: “Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia.

“Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. “Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya.

Pemburu terbabit membayar sehingga $10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak $1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan $1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu.

Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000.

Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria.

Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan. - The Sun

Misteri Kematian Para Saintis Dunia

INSIDEN kematian aneh atau misteri para saintis dunia banyak menjadi tanda tanya oleh penghuni maya pada ini. Apakah sebab di sebalik kematian mereka? Siapakah yang menjadi dalangnya?

Bahkan beberapa hari yang lalu, diberitakan di Teheran, sebutir bom magnet yang dilekatkan pada sebuah kereta oleh seorang penunggang motosikal meletup di sebuah universiti sekali gus mengorbankan saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Roshan. Agensi berita lain menyatakan, dalangnya adalah Israel.

Inilah kejadian yang dianggap misteri dan aneh. Sebenarnya peristiwa ini sudah lama terjadi. Kisah ini juga dikatakan telah dijadikan sebagai sebuah novel.

Berikut sejarah mengenai para saintis dunia yang menerima nasib malang tersebut:

* Doktor Ivan Glebov dan Doktor Alexi Brushlinski (kedua-duanya meninggal dunia Januari 2002).

Glebov dan Brushlinski adalah pakar mikrobiologi dari Rusia. Mereka anggota Akademi Sains Russia. Kedua-duanya terbunuh akibat serangan yang didakwa dilakukan anggota mafia Rusia di Moscow.

* Tanya Holzmayer (usia 46 tahun, meninggal dunia 28 Februari 2002). Pada hari nahas, beliau yang merupakan ahli mikrobiologi berasal dari Rusia ditembak oleh rakan sekerjanya bernama Guyang Huang, 38. Setelah menembak Holzmayer, Huang menembak dirinya sendiri dan turut maut. Mereka berdua diketahui sedang meneliti sistem pertahanan tubuh terhadap virus HIV.

* Robert Leslie Burghoff, 45, (seorang saintis bidang virus) meninggal dunia pada 20 November 2003 akibat dilanggar lari di South Braeswood, Texas).

* Roman Kuzmin, 24, mahasiswa di Universiti Connecticut yang berasal dari Rusia meninggal dunia pada Disember 2002 akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan. Kuzmin dikenali sebagai seorang mahasiswa yang sangat cerdas dan berdedikasi dalam ilmu bedah tulang.

* Dr. Roger (meninggal dunia pada musim panas tahun 2003).

* Robert Aranosia, 61, (seorang peneliti perubatan) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 18 Disember 2003.

* Todd Kauppila, 41, meninggal dunia pada 8 Mei 2005. Beliau merupakan ahli dalam bidang organ di Hospital Los Alamos. Kematiannya misteri.

* Leonid Strachunsky (meninggal dunia 8 Jun 2005). Beliau adalah membuat sistem pertahanan mikrob bagi senjata kimia. Ditemui mati di bilik hotelnya di Moscow dalam perjalanan dari Smolensk ke Amerika Syarikat (AS).

* Mohammed Munim al-Izmerly (meninggal dunia April 2004). Saintis Iraq ini ditembak tepat di kepalanya dalam suatu insiden di AS.

* Ilsley Ingram, 84, meninggal dunia pada 12 April 2004 dalam kes yang masih misteri. Beliau adalah Pengarah Supraregional Haemophilia Reference Centre di St. Thomas Hospital di London.

* William T. McGuire, 39, meninggal dunia pada 5 Mei 2004. Beliau adalah saintis kanan di NJ University dan Penganalisis Kanan Program di New Jersey Institute of Technology di Newark. Beliau adalah salah seorang pakar dunia di bidang mikrobiologi.

* Antonina Presnyakova, 46, meninggal dunia pada 25 Mei 2004. Seorang saintis Rusia yang bekerja dalam senjata biologi di sebuah makmal di Siberia. Keterangan menyebutkan beliau meninggal dunia akibat virus Ebola.

* Dr. Paul Norman, 52, meninggal dunia pada 27 Jun 2004. Seorang yang cerdik dalam bidang senjata kimia dan biologi. Terbunuh dalam kemalangan pesawat tunggal, Cessna 206 di Devon.

* Dr. Larry Bustard, 53, meninggal dunia pada 2 Julai 2004 tanpa sebab yang jelas. Beliau merupakan saintis terkenal dan bersama pasukannya mengembangkan teknologi baru melawan serangan senjata biologi dan kimia di Department of Energy Laboratorium Sandia di Alburqueque.

* Profesor John Clark, 52, meninggal dunia pada 12 Ogos 2004. Beliau adalah pakar bioteknologi yang berjaya mengembangkan teknik modifikasi bagi beberapa tema penelitiannya, antara lain dalam teknologi pengklonan.

* Mohammed Toko Hussein al-Talakani, 40, meninggal dunia pada 5 September 2004.

Beliau ialah seorang ilmuwan fizik nuklear di Iraq sejak tahun 1984. Dia ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Mahmudiya, Baghdad Selatan.

* Matthew Allison, 32, meninggal dunia pada 13 Oktober 2004. Saintis ini terbunuh ketika beliau membuka keretanya di Osceola County, Floridfa.

Kereta Allison terus meletup ketika beliau membuka pintunya. Beliau adalah seorang peneliti di bidang Biologi Molekul dan Bioteknologi.

* Dr. Jose Trias dibunuh pada 19 Mei 1994. Beliau dan isterinya dibunuh di rumah mereka di Chevy Chase, Maryland, AS. Sebelum kematian mereka, Trias bertemu seorang wartawan sahabat mereka dan menceritakan jika mereka mendedahkan perbuatan jenayah Howard Hughes Medical Institute yang juga penderma sejumlah penelitian ilmiah untuk operasi hitam.

* Dr. Jawad al-Ubaidi meninggal dunia di Iraq tahun 1994. Beliau adalah doktor kelahiran Iraq lulusan Universiti Cornell. Beliau direkrut untuk memimpin projek penelitian Biowar Mycoplasma, di mana salah satu projek adalah memberi muatan daripada gerakan super cepat. Media massa mendakwa beliau dibunuh oleh Mossad.

Ramai lagi yang menjadi misteri kematian aneh para saintis dunia jika disebutkan satu persatunya sejak tahun 1990-an hingga terkini.

Walaupun begitu, di sebalik kematian ratusan saintis dunia, semua itu berkaitan dengan program pembatasan populasi umat manusia yang memang telah lama dilancarkan oleh konspirasi global.

Perang adalah program yang paling jelas boleh dilihat, sedangkan operasi-operasi tertutup lainnya adalah dengan menyerang suatu negara atau wilayah dengan penyakit, wabak ataupun dengan menyusupkan agen-agen kimia pembunuh ke dalam bahan makanan dan ubat-ubatan seperti yang telah dilakukan mereka dalam menunggang Codex (makanan dan minuman yang boleh membinasakan manusia).

Siapakah yang dimaksudkan dengan konspirasi global? Apa sebenarnya agenda besar mereka sehingga mengorbankan ratusan para saintis dunia ketika ini?

Kelompok konspirasi global merupakan kelompok yang sangat berpengaruh, super kaya, anti agama langit (namun mempersembahkan dirinya untuk melayani iblis) dan memiliki banyak nama dan kelompok seperti Freemasonry, Zionis, Liberalis dan sebagainya.

Mereka bergerak di semua bidang kehidupan terutama ekonomi, politik dan media massa mahupun hiburan.

Untuk mendukung semua itu mereka dengan serius juga menguasai industri ketenteraan dunia.

Agenda mereka apa yang disebut Order Baharu Dunia. Pelaksanaan mereka menuju ke arah itu yang disebut sebagai globalisasi walaupun mengorbankan banyak nyawa manusia, demi mencapai matlamat dan tujuan mereka.

Mereka telah melempar jauh-jauh dasar tauhid kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mewarisi warisan Namrud dan Firaun. Semua agama langit (samawi) tinggal sekadar kulit luarnya sahaja, dan majoriti manusia telah memeluk agama baharu iaitu pluralisme dan liberalisme yang kononnya dianggap universal.a

Jurujual Kereta Ditahan Polis Selepas Enam Tahun Gagal Dikesan

SUNGAI PETANI, 18 Jan -- Seorang jurujual kereta yang melarikan diri selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol dan bunuh seorang gadis kira-kira enam tahun lalu dan gagal dijejaki oleh pihak berkuasa, akhirnya ditahan polis semalam.

Suspek yang berusia 31 tahun itu berjaya ditangkap sejurus tiba dari Perth, Australia di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Lelaki itu dibawa pulang dari KLIA dan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang eksekutif pemasaran Chee Gaip Yap, 25, di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang di sini pada 14 Jan 2006.

Perintah tahanan reman sehingga 23 Jan ini terhadap suspek yang juga anak seorang ahli perniagaan bergelar Datuk diperoleh daripada Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli di sini kira-kira pukul 10.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan penahanan tersebut berkata polis cuba mengesan suspek yang bertindak melarikan diri ke negara itu sejak 2006.

"Polis tidak pernah menutup kes ini dan sentiasa mengikuti perkembangan kes setiap dua minggu," katanya ketika dihubungi.

Katanya polis juga bekerjasama dengan rakan setugas di negara itu bagi mengawasi pergerakan suspek di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, polis semalam telah menahan suspek di KLIA selepas mendapat tahu dia telah masuk negara ini melalui penerbangan dari Australia," katanya.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Difahamkan suspek terbabit pernah ditahan polis kira-kira enam tahun lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis semasa menunggu keputusan ujian DNA tetapi suspek bertindak melarikan diri ke Australia dan memegang taraf penduduk tetap di sana sejak itu.

Mayat Chee ditemui pada awal pagi 15 Jan 2006 dalam keadaan separuh bogel, ditemui di Jalan Kelab Cinta Sayang dan dipercayai dirogol. Kejadian berkenaan berlaku semasa Chee keluar berjoging bersama adik perempuannya berusia 24 tahun.

Puisi Suami Isteri

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu,
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang,
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu……,
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir
Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….aku pun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII. .,
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi,
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

please lah….!!!

Misteri Manusia Gergasi Di Dunia

Sains mengatakan bahawa bangsa-bangsa manusia gergasi tidak wujud. Adakah gergasi pernah hidup di Bumi? "Tapak kaki Goliath", adalah panggilan penduduk tempatan terhadap tapak kaki gergasi ini. Ia menjadi salah satu daripada rahsia Afrika Selatan.

Michael Tellinger menunjukkan salah satu gambar bukti yang terbaik bahawa terdapat gergasi di Bumi pada masa dahulu kala. Ahli-ahli geologi amat kagum dengan penemuan bekas tapak kaki gergasi ini yang berada dalam batuan granit kasar, iaitu kira-kira 4 kaki panjang.

Ia terletak di Afrika Selatan, berhampiran bandar Mpaluzi, berhampiran dengan sempadan Swaziland. Ia adalah dianggarkan antara 200 juta dan 3 bilion tahun berdasarkan pemahaman yang sedia ada sekarang hasil daripada pembentukan granites dalam pembentukan Bumi.

Pada tahun 1877 pencari gali di luar Eureka Nevada mendapati kaki manusia yang terputus ditemui melekat daripada batu kuarzit pepejal merah yang berasal dari masa dinosaur. Doktor-doktor perubatan telah mengkaji tulang dan menyatakan bahawa ia telah dimiliki oleh seorang manusia yang sangat moden. Yang menarik adalah saiz tulang. Mereka mengukur kira-kira 39 inchi dari tumit ke lutut. Pemilik tulang ini mungkin berukuran 12 kaki tinggi. Cerita ini banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar masa itu.

Di Nevada, di wilayah Barat Daya Amerika Syarikat, satu puak asli iaitu Paiute Indians yang tinggal disitu menceritakan terdapat kumpulan gergasi berambut merah dengan ketinggian melebihi 12 kaki tinggal disitu sebelum puak itu mendiami kawasan itu. Gergasi-gergasi ini suka makan manusia dari puak Paiute dan ini menyebabkan puak Paiute menyerang hendap gergasi-gergasi itu. Gergasi-gergasi itu mendapat perlindungan di sebuah gua yang dikenali sekarang Gua Lovelock. Akhirnya, puak Paiute membakar gua tersebut dan memanah mati gergasi-gergasi itu.

Pada tahun 1911, pemungut tahi kelawar mula bekerja di dalam gua yang sama. Selepas menggali empat kaki, mereka mendapati banyak anak panah patah telah dilepaskan ke dalam gua itu sepertimana yang diceritakan oleh puak Paiute serta lain-lain artifak menarik, dan mereka juga menemui gergasi berambut merah. Walaubagaimanapun, hanya terdapat mumia dan rangka antara ketinggian dari 8 hingga 11 kaki. 

Terpulang kepada anda untuk membuat perbandingan ketinggian berdasarkan salah satu gambar tulang rahang gergasi dan rahang gigi seorang lelaki biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012