MANCHESTER - Sekumpulan perompak menggali sebuah terowong sedalam 30 meter untuk melarikan wang tunai sebanyak £6,000 (RM28,793) dari sebuah mesin wang di sebuah kedai perkhidmatan penyewaan video di Levenshulme di sini pada 2 Januari lalu.
Menurut Perbadanan Penyiaran British (BBC) kelmarin, para perompak itu menggali terowong di bawah mesin tersebut. Para perompak itu menggunakan mesin untuk menebuk lebih 38 sentimeter konkrit untuk mencuri wang tersebut.
Ketinggian terowong itu adalah 1.2 meter dan 30.5 meter panjang. Namun, para perompak itu tidak dapat melarikan wang dalam jumlah yang banyak kerana mesin berkenaan tidak dimasukkan wang selepas cuti tahun baru. Beberapa pegawai polis menyatakan terowong itu mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan. - Agensi
Perompak Gali Terowong Larikan Hanya RM28,793
10:00 PM
RojakCampur