Visit Lelong

Waspada Logo Halal Palsu

SEREMBAN – Umat Islam di negeri ini dinasihatkan berwaspada dengan premis makanan yang mempamerkan ayat suci al-Quran atau sebarang logo berkaitan dengan Islam kerana ia bukan jaminan premis berkenaan berstatus 'halal'.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan berkata, wujud sesetengah pemilik premis yang mempamerkan logo halal sedangkan mereka tidak pernah membuat permohonan mendapatkan sijil halal yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita jangan ingat premis makanan yang menggantung ayat al-Quran itu halal kerana paling penting mereka perlu mempamerkan sijil beserta logo halal yang sah oleh Jakim.

“Tapi, hari ini saya lihat strategi pemasaran sesetengah pengusaha makanan ini, mereka gunakan logo halal dan ayat al-Quran untuk tarik pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.

Johani berkata, jika pemilik premis mempunyai sijil halal yang sah, mereka juga dikehendaki mempamerkan sijil tersebut di tempat yang boleh dilihat pelanggan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan hak dan kepentingan masyarakat Islam terpelihara daripada perkara-perkara haram.

Sementara itu, katanya, sebuah premis makanan di Senawang diarah menanggalkan logo halal mereka selepas didapati mempamerkan logo halal tanpa memiliki sijil halal yang sah.

“Pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dari Jakim, JHEAINS dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dalam satu pemeriksaan dijalankan petang semalam (kelmarin) di premis terbabit selepas kita menerima aduan daripada ramai pelanggan yang meragui akan statusnya.

“Selepas diperiksa kita dapati premis terbabit tidak pernah memohon mendapatkan sijil logo halal daripada pihak Jakim dan kita beri masa dua minggu untuk pemiliknya membuka semua logo halal yang dipamerkan,” katanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012