Visit Lelong

Sindiket Penipuan Internet Terbesar Tumpas : Nilai RM10 Billion!

GEORGETOWN 6 Jan. — Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di pulau ini yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion dengan tertangkapnya 37 orang dalam dua serbuan serentak berasingan di sini hari ini.

Sindiket yang lebih dikenali sebagai “Penipu Macau” itu dipercayai diketuai seorang warga Taiwan telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan daripada bahagian jenayah komersial negeri ini dan Bukit Aman membuat serbuan pertama kira-kira 10 pagi di Kinta Lane dan menahan 30 orang suspek berasal dari China dan Taiwan termasuk dua warga tempatan.

Katanya, tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana pihak polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.

"Antara mereka yang ditahan dalam serbuan pertama itu ialah dua orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan enam dari Taiwan,” katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahim berkata, dalam serbuan kedua di kawasan kediaman di Jalan Pantai Molek, Tanjung Bungah, tiga rakyat Malaysia dan empat warga Taiwan ditahan.

Beliau berkata, polis menemui sebilangan pasport dipercayai milik suspek dalam serbuan kedua itu.

Menurutnya, cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

"Mereka memberitahu mangsa yang akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa)telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang di dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain,” katanya.

Abdul Rahim berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Jenayah. — BERNAMA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012