Visit Lelong

Mohd Saiful Redha Dengan Keputusan Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Jan -- Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi," demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi mensabitkan Anwar.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Mohd Saiful dalam entri terbaru blognya berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan menerimanya dengan hati yang tenang.

Beliau bagaimanapun menegaskan mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi.

"Oleh itu, saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," katanya.

Mohd Saiful turut melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakan beliau selama ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012