Visit Lelong

Asteroid 433 Eros Tidak Akan Langgar Bumi

Asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi sejak 37 tahun.

Namun, kedudukan yang hampir itu diyakini tidak akan menyebabkan pelanggaran.

Asteroid Eros ini bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra.

Ketika berada paling dekat dengan bumi kira-kira 26.7 juta kilometer, asteroid yang bersaiz 34 kilometer ini akan dapat dilihat walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahan sekitar magnitud 8 dan berkemungkinan mencecah sehingga magnitud 7.

Dijumpai pada 13 Ogos 1898 oleh ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Aguste Charlos di Nice.

Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukan ia berbentuk bujur memanjang merentasi orbit Marikh.

Kajian terhadap objek angkasa seperti asteroid Eros ini memberi kefahaman tentang pembentukan sistem suria.

Selain membolehkan ahli astronomi memahami komposisi asteroid, maklumatnya boleh digunakan mengelak potensi hentaman pada masa hadapan.

Asteroid itu juga boleh dilihat orang ramai menggunakan teleskop 3 pagi ini.

Namun, kedudukannya harus dikenalpasti dengan melihat peta bintang.

Karzaman Ahmad, Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi: "Kita kena kenalpasti dahulu kedudukannya di langit tetapi secara amnya kita boleh melihat pada kawasan di atas kepala pada sekitar 3 pagi , pada waktu awal malam dia masih agak rendah di langit sebelah timur, kalau kita berpeluang melihat, kena langit cerah malam ini, kita boleh melihat lebih awal sekitar 11 12 malam tapi di bawah pada kedudukan yang agak rendah sikit."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012