Visit Lelong

Pak Pandir Di Mc D

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Lelaki Banyak Senyum Kurang Menawan Wanita

LONDON: Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman.

Kajian terbaru menunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik.

Menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti British Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu.

Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.

Penyelidik menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden.

Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan.

Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita. - DM

Lelaki Maut Kereta Putus Dua

KUALA LIPIS - Hasrat seorang lelaki yang menumpang kereta rakannya untuk pulang ke Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kemalangan di Kilometer 7 Jalan Lipis - Merapoh, kira-kira jam 1.05 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan, berkata, mangsa, Lee Weng, 60, bersama dua lagi kenalannya, Lee Tong Kee, 53, dan S Sasitharan, 25, dalam perjalanan dari arah Merapoh menuju ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian Proton Wira dipandu Sasitharan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

“Pada masa sama, sebuah Pajero yang dipandu seorang lelaki datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Merapoh merempuh menyebabkan berlaku pertembungan dan kereta Wira tersebut terputus dua,” katanya semalam.

Abdul Razak berkata, Lee Weng yang duduk di bahagian sebelah pemandu mengalami kecederaan parah di kepada dan bahagian organ dalaman meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

“Selain itu, Tong Kee yang duduk di bahagian belakang kereta mengalami kecederaan parah di kepala, dibawa ke Hospital Lipis untuk menerima rawatan dan kini dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh,” katanya.

Beliau berkata, Sasitharan dan pemandu Pajero, Juraidi Shahruni, 42, hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Lipis.

Menurutnya, mayat Lee Weng dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta itu bekerja di Stesen Hidro Empangan Kenyir dan ingin pulang bercuti hujung minggu sempena menyambut Tahun Baru 2012.

Beronani Di Taman

Empat anggota SAR Hongkong menghabiskan 4 jam di sebuah taman untuk membebaskan zakar seorang lelaki yang tersangkut di salah satu lubang bangku di taman Lantian, Hongkong – China .

Dari pengakuan lelaki malang tersebut, zakar nya menjadi tersepit dan tidak boleh dia lepaskan ketika dia menggunakan lubang besi di bangku taman tersebut untuk melakukan onani. lelaki bernama Le Xing, 41 tahun, tersebut dikatakan seorang lelaki yang kurang sihat mentalnya dan mengidap kelainan seks.

Lubang besi pada bangku tersebut kecil tetapi Le Xing memaksa zakarnya masuk kedalam lubang tersebut untuk melepaskan hasrat berahinya. Tetapi ketika zakarnya menjadi tegang dan membesar dia menjadi panik sebab dia tidak boleh mengeluarkannya dari lubang tersebut. Akhirnya Le Xing menelefon polis meminta pertolongan.

Untuk mengeluarkan zakar lelaki tersebut, anggota SAR terpaksa membawa Le Xing bersama dengan bangku besi sepanjang 2.5 meter tersebut ke klinik (gambar atas). Doktor mengatakan bahwa lelaki tersebut sangat beruntung sebab zakar nya masih sihat ketika dikeluarkan dari sepitan besi tersebut.

Para fotografi dalam foto yang mereka buat di surat kabar-surat kabar berbahasa China menunjukkan para petugas SAR ini membawa Le Xiang bersama logam tertutup dengan selimut merah.

Gadis Alergik Dengan Air

Ashleigh Morris, Gadis ini tidak boleh berenang, berendam di dalam air, malah berpeluh juga akan membuatkan gadis 19 tahun ini kesakitan!

Ashleigh berasal dari Malbourne, Australia, alergik terhadap air tidak mengira suhu, keadaan ini terjadi sejak dia berumur 14 tahun. dia menderita penyakit kulit yang dikenali sebagai Aquagenic Urticaria. Sesuatu  yang benar-benar jarang terjadi di dunia.

40 Buah Kenderaan Berlanggar

SEJUMLAH kenderaan yang terlibat dalam nahas di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans kelmarin.

NEW ORLEANS, Amerika Syarikat - Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis.

Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans.

Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.

"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.

Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya.

Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas.

Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.

Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun.

Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.

"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. - Agensi

Rahsia Perut Lelaki

Bulat
Perut bulat dan agak buncit sedikit. Orang begini dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum dan pakaiannya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki.

Buncit
Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan.

Tinggi tajam
Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Orang begini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi.

Rata
Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana. Meskipun ramai yang suka atau inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas.

9 Jenis Wanita Di Dalam Neraka

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala khinzir dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala khinzir dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

7 Langkah Bijak Berbelanja

Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.

#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

5 Fakta Mengenai Pelukan

(1) Untuk kesihatan jantung
- Pelukan akan meningkatkan hormon oxytocin (hormon kesihatan jantung) dan mengurangkan hormon kortisol (hormon yang menyebabkan stress dan meningkatkan tekanan darah)

(2) Memperlahankan kadar degupan jantung
- Seseorang akan berasa lebih tenang apabila menerima pelukan. Kajian juga menunujukkan bahawa kadar degupan jantung seseorang adalah lebih perlahan berbanding daripada orang yang tidak berpelukan walaupun didalam situasi yang normal.

(3) Meningkatkan rangsangan sistem saraf
- Professional seperti pakar psikologi menggunakan pelukan sebagai salah satu cara untuk memberi kekuatan terhadap pesakit mereka.

(4) Menghilangkan sifat negatif
- Dengan pelukan, sifat negatif seseorang seperti ketakutan, kesunyian, kekurangan keyakinan diri dan sebagainya dapat dihilangkan.

(5) Meningkatkan keserasian
- Hasil daripada kajian pakar menunjukkan bahawa dengan pelukan, akan meningkatkan lagi keserasian antara pemeluk dengan orang yang dipeluk secara automatik. Hubungan komunikasi akan menjadi lebih baik.

Pengemis Darth Vader

Wanita Berzina Dihukum Gantung

TEHERAN - Pihak berkuasa Iran, kelmarin, dilaporkan akan meneruskan rancangan menjalankan hukuman mati ke atas seorang wanita atas kesalahan berzina dalam kes yang dicemari campur tangan masyarakat antarabangsa.

Namun, Iran mungkin akan menjalankan hukuman itu melalui tali gantung berbanding hukuman awal iaitu rejam sampai mati.

Tertuduh, Sakineh Mohammadi Ashtiani kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan berasingan iaitu bersubahat untuk membunuh suaminya.

Iran menangguhkan hukuman rejam ke atas Sakineh, Julai tahun lalu selepas kes wanita itu mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan kritikan oleh negara Barat.

Jabatan kehakiman dan undang-undang Islam negara itu sedang mengkaji sama ada hukuman rejam sampai mati yang sepatutnya dikenakan ke atas Sakineh boleh diubah kepada hukuman gantung bagi mengelakkan salah anggap mengenai undang-undang Islam.

Sakineh disabit bersalah atas dakwaan berzina pada 2006 selepas pembunuhan suaminya dan wanita itu kemudian didapati turut bersubahat dalam pembunuhan itu.

Hukuman Lingchi

Lingchi : la adalah bentuk penghukuman mati di Cina yang dipraktikkan dari tahun 900 hingga 1905. Dalam penghukuman ini, pesalah diikat di tiang kayu di depan umum, lalu bagian tubuhnya diiris satu per satu, dan pesalah dibiarkan hidup dalam proses ini. Opium kadang-kadang digunakan sebagai belas kasihan atau agar terdakwa tidak pengsan.

Keretapi Paling Laju : 500KM/J

Kereta api laju generasi baru China ini mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam. – REUTERS

KERETA api laju generasi baru siri CRH buatan China yang mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam menjalani ujian pertamanya di Qingdao, wilayah Shandong pada hujung minggu lalu.

Ia bakal menjadi kereta api paling laju di dunia.

Kereta api buatan syarikat CSR Corp. Ltd. itu mempunyai bentuk kepala menyerupai pedang purba China dan gerabaknya diperbuat daripada bahan plastik yang diperkuatkan dengan fiber karbon.

Ia mempunyai kuasa tarikan maksimum 22,800 kilowatt berbanding model CRH380 yang mempunyai kuasa tarikan 9,600 kilowatt. Pada masa ini kereta api berkelajuan tinggi CRH380 yang digunakan untuk laluan Beijing-Shanghai memegang rekod sebagai kereta paling laju di dunia dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

Amah Hadapi Hukuman Pancung

JAKARTA: Seorang lagi warga Indonesia berdepan dengan hukuman pancung kerana membunuh majikan yang didakwa cuba merogolnya dan dalam usaha menyelamatkannya, Indonesia menghantar bekas Presiden BJ Habibie untuk menyelamatkan pekerja itu, Tuti Tursilawati.
Menurut laporan, majikannya mendera Tuti secara seksual ketika bekerja. Pada 11 Mei 2010, majikannya didakwa cuba merogolnya tetapi Tuti memukulnya dengan kayu untuk mempertahankan diri. Majikannya mati akibat pukulan itu.

Tuti kemudian melarikan diri dengan membawa barangan milik lelaki itu bernilai 31,500 riyal (RM26,484) dan seutas jam tangan.

Ketika siasatan dijalankan pada 18 Mei 2010, Tuti yang ditemani kakitangan Konsul Besar Indonesia di Jeddah, mengaku melakukan pembunuhan dan mencuri.

Ketua Agensi Perlindungan dan Penempatan Pekerja Asing Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat, berkata keluarga mangsa memfailkan petisyen dengan meminta mahkamah Arab Saudi melepaskan Tuti daripada hukuman mati.
Walaupun dengan perantaraan pihak berkuasa Arab Saudi, keluarga terbabit enggan menukar hukuman mati dengan wang.

Sehubungan itu, Jumhur gembira bekas Presiden Indonesia berkenaan melakukan misi untuk menyelamatkan pekerja berusia 27 tahun itu.

Jumhur berkata, dia sudah bertemu Habibie untuk menyampaikan harapannya supaya bekas presiden itu dapat menyelamatkan warga negara mereka daripada tali gantung.

Tuti yang juga ibu tunggal kepada anak lelaki berusia enam tahun berasal dari kampung Cikeusik, Majalengkat, Jawa Barat.

Dia dihantar ke Arab Saudi oleh agensi PT Arunda Bayu pada 5 September 2009 dan bekerja dengan keluarga Suud Malhaq Al Utaibi di bandar Thaif.

Bapanya, Ali Warjuki, yang turut dikenali sebagai Dudu, ke pejabat BNP2TKI di Jakarta pada 5 Oktober lalu ditemani aktivis Kesatuan Pekerja Asing Indonesia (SBMI) bagi menggesa kerajaan berusaha membebaskan Tuti daripada dipancung.

Menurut Jumhur, Habibie ke Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu dan akan bertemu ketua Pasukan Bertindak bagi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia di Riyadh, Maftuh Basyuni.

Pada 6 Oktober 2011, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghantar surat kepada pemerintah Arab Saudi meminta bantuan mereka supaya memujuk keluarga majikan memberi keampunan kepada Tuti. – Agensi

Lagi Gay Melayu Berkahwin - Kali Ini Di Greece?

Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.

Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.

Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.

Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Jauh di sudut hati, penulis harap berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, penulis hanya mampu beristighfar dan beristighfar.

Harap ia tidak terjadi pada anak cucu dan keturunan kita, Nauzubillah – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Bakal Pengantin Dicekup

LEDANG – “Saya tak nak perkara ini heboh dan kami akan kahwin bulan depan.”

Itu permintaan seorang lelaki apabila dicekup berkhalwat bersama tunangnya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) dalam sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di sebuah hotel.

Lelaki itu mendakwa, dia berada di bilik hotel tersebut sekadar untuk menemani tunangnya dan akan pulang ke rumah ibunya di Sagil sebaik sahaja hujan berhenti.

“Tunang saya tiba dari Masai kira-kira jam 5.30 petang dan dia datang ke sini kerana mahu menghadiri majlis pertunangan adik perempuan saya hari ini (semalam).

“Saya bawa dia ke hotel ini kerana dia tidak mahu tidur di rumah ibu saya disebabkan malu dengan ahli keluarga yang lain,” katanya ketika disoal siasat penguat kuasa yang turut disertai Sinar Harian.

Mereka sudah bertunang sejak setahun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

“Sementara menunggu hujan teduh, saya tertidur dan tidak sangka penguat kuasa akan memeriksa bilik ini,” katanya.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berbaju T dan berseluar pendek membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang bersembunyi di sebalik langsir bilik hotel berkenaan” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kancil 250kmj

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Lady Gaga Tiba Di Tokyo

TOKYO - Penyanyi yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga tiba di sini semalam beberapa jam selepas akaun Twitternya dilaporkan digodam.

Penggodam itu menyiarkan satu pertandingan palsu dengan hadiah komputer iPad di laman tersebut sebelum ia ditarik balik.

Lady Gaga turut menjelaskan mengenai penggodaman itu di laman Twitter.

Menurut Lady Gaga, penggodaman itu sudah berakhir.

Dalam satu lagi mesej, Lady Gaga menyatakan dia suka berada dalam penerbangan kerana dapat tidur dan talian telefon bimbit tidak berfungsi.

Sejumlah peminat menyambut ketibaan Lady Gaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di pinggir Tokyo.

Dia tiba di Jepun untuk menghadiri satu majlis muzik. - Agensi

10 Ciri Lelaki Baik

(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.

(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.

(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.

(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.

(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.

(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.

(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.

(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.

(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.

(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.

Ais Krim Bertaburan Di Atas Lebuh Raya

SEBUAH treler membawa 18,000 kilogram ais krim terbalik di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.

INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Polis menyatakan sejumlah 18,000 kilogram ais krim daripada sebuah treler bertaburan di negeri Indiana dengan menyebabkan dua laluan sebuah lebuh raya rentas negeri di sini terpaksa ditutup kelmarin.

Media tempatan melaporkan tumpahan tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu AS) dan mengambil masa selama enam jam untuk dibersihkan.

Polis memberitahu, trak terbabit cuba memasuki lebuh raya berkenaan apabila ia tiba-tiba senget dan terbalik sekali gus menumpahkan berkarton-karton ais krim vanila dan beberapa perisa lain di atas jalan.

Menurut polis, pemandu trak itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. - Agensi

Gadis Mangsa Tsunami Ditemui Selepas 7 Tahun

SEORANG gadis yang berusia lapan tahun terdahulu yang telah dihanyutkan dalam peristiwa gelombang tsunami dari Lautan Hindi telah ditemui masih hidup setelah hampir tujuh tahun dari hari gelombang besar itu melanda kampungnya di Acheh, Indonesia.

Gadis itu yang kini berusia 15 tahun itu, dikenali sebagai Wati, disangkakan mati selepas dia telah terpisah daripada ibu dan dua orang adik-beradik ketika tsunami yang dahsyat melanda Ujong Baroh, Aceh Barat, sehari selepas Krismas pada tahun 2004, agensi berita Antara melaporkan semalaman.

Gadis itu muncul di bandar berhampiran Meulaboh semalam dan memberitahu kakitangan di kafe Simpang Pelor bahawa dia cuba mencari rumahnya.

Wati boleh mengingati hanya satu nama saudaranya iaitu Ibrahim datuknya.

Dia telah dibawa ke rumahnya, di mana beliau dengan cepat dikenal pasti oleh datuknya sebagai cucunya yang hilang.

Atuknya kemudian membawanya bertemu ibunya, Yusniar dan ayahnya Yusuf, yang kemudian mengecam anak perempuan mereka dari parut kecil di atas keningnya disebabkan kecederaan ketika dia berumur enam tahun.

Agensi itu melaporkan bahawa gadis itu telah disalah anggap sebagai peminta sedekah kerana berpakaian comot ketika dia mula-mula muncul di kafe .

Gadis itu juga menyatakan bahawa segala pengalaman pahit getir selama tujuh tahun itu tidak akan didedahkan kepada media.

Dia dijangkakan merayau-rayau di seluruh daerah Aceh untuk mencari rumahnya.

Fakta Menakutkan Mengenai ROKOK

Pelajar Tunggu SPM Jadi GRO

SEBAHAGIAN wanita dipercayai GRO ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan diDamansara Perdana, Petaling Jayakelmarin.

PETALING JAYA - Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Hilang Telinga Angkara Wanita

PASIR MAS – Seorang pekerja di pusat membeli-belah, putus telinga kiri dan mendapat 50 jahitan pada badan setelah dia dicederakan menggunakan parang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, baru-baru ini.

Motif yang dipercayai akibat cemburu mengakibatkan dia terpaksa hidup tanpa cuping telinga sehingga akhir hayatnya.

Mangsa, Mohd Ridzuan Jusoh, 21, berkata, meskipun kejadian ini berlaku tiga minggu lalu, dia tidak akan melupakan detik-detik dia diculik tiga lelaki, dihiris menggunakan parang dan dilepaskan di tepi jalan dekat Bayu Lalang.

Menurutnya, dia hanya mengenali seorang perempuan berusia 28 tahun, sejak dua bulan lalu dan mereka mulai berkawan kerana dia mengaku masih bujang.

“Saya hanya mengetahui status perempuan itu, setelah suaminya memberitahu ketika menculik saya 10 Disember lalu.

“Lelaki berkenaan sepatutnya sedar bahawa bukan saya yang menjadi punca keruntuhan rumah tangganya, kerana saya juga menjadi mangsa kepada perempuan itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan tidak patut mengambil pendekatan sedemikian sebaliknya dia perlu menyelidiki perkara yang sebenar.

Ridzuan berkata, lelaki berkenaan bukan sahaja mencederakannya menggunakan parang, malah suspek juga merampas dompet, telefon bimbit dan wang berjumlah RM504.

“Wang yang saya kumpul sejak setahun lalu, lesap begitu sahaja sedangkan wang itu perlu dilunaskan untuk mendapatkan lesen memandu.

“Saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya, kerana mereka juga tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Hasnah Hamat, 69, berkata, dia mengharapkan pihak berkenaan dapat mencari keadilan kepada anak bongsu daripada sembilan beradik ini.

“Perbelanjaan untuk memulihkan telinga terlalu tinggi, sedangkan saya dan suami sudah lama tidak bekerja.

“Saya berharap supaya lelaki dan perempuan berkenaan sedia menyerah diri dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan ke atas anak saya,” katanya.

Padah Cinta Awang Hitam

KESAL...Huda menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah.

Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan.

Huda, pelajar kolej swasta di ibu kota, berkata dia bercinta dan tinggal serumah dengan James, 30, selama tiga tahun selepas mereka berkenalan ketika menuntut di sebuah kolej swasta.

Menurutnya, pada awal perhubungan James sangat mengambil berat dan memberinya pelbagai kemewahan menyebabkan dia lupa segala tanggungjawabnya sebagai pelajar dan umat Islam.

“Sepanjang bercinta, semua perbelanjaan pengajian dan peribadi saya ditanggung James, malah dia turut memberikan wang tambang teksi untuk saya ke kuliah setiap hari.

Lukisan Dalam Lukisan

Sagaki Keita melukis hanya menggunakan dakwat. Hitam putih. Apa yang menarik, lukisan beliau sebenarnya merupakan gabungan lukisan-lukisan kecil, kartun, sotong, spender, perempuan bogel, dan macam-macam yang hanya dapat dilihat bila kita zoom in. Seperti lukisan di bawah, siapa sangka hidung gambar Monalisa diatas apabila dizoom dekat, sebenarnya ada karikatur wanita bogel

Juara Dunia Onani – 9 Jam 58 Minit

Anda tahukah ada satu pertandingan yang dinamakan “Masturbate-a-thon” yang disertai peserta lelaki dan wanita yang beronani secara terbuka di khalayak umum!

Ia diadakan di Amerika Syarikat dan Denmark sejak lebih 10 tahun lalu dengan alasan untuk mengumpul dana bagi aktiviti seks yang sihat.

Dan pemenang rekod sehingga kini ialah lelaki Jepun bernama Masanobu Sato Masanobu yang melakukan onani selama hampir 10 jam di 9th Annual Masturbate-a-thon yang diselenggarakan oleh Center for Sex & Culture.

Rekod itu dicipta pada tahun 2009.

Sebelumnya di acara yang sama pada tahun 2008, dia menciptakan rekor melakukan masturbasi atau onani selama 9 jam 33 minit.

Manakala pada 2009 dia memecahkan rekor baru dengan melakukan onani selama 9 jam 58 menit atau hampir mencapai 10 jam. Sehingga kini belum ada sesiapa yang mampu memecahkan rekod Masanobu.

Rekod terdahulu yakni sebelum Masanobu ialah 5 jam 33 minit.

Masanobu bukanlah seorang yang pemalu.

Juara dua kali itu mula beronani selama dua jam setiap pagi ketika teman wanitanya melakukan aktiviti harian.

Tetapi wanita itu sedikit pun tidak terganggu dengan perilaku Sato. Malah kadang-kadang wanita itu membantunya menjaga masa prestasi.

“Dia banyak berusaha, dan saya pula mempunyai hobi saya sendiri,” jelasnya dalam satu klip video.

Mementingkan kepuasan sendiri bukanlah perkara mudah. Rupanya, terdapat beberapa latihan sebenar yang diperlukan semasa bersedia untuk pergi lebih jauh.

“Saya berenang dua kali seminggu dan berusaha menambah 5 kilogram otot badan,” dia memberitahu San Francisco Weekly melalui emel. “Ia banyak membantu saya juga, dalam bentuk stamina.”

“The Masturbate-a-thon” ialah satu acara tahunan yang ditaja oleh Center For Sex and Culture di San Francisco, di mana acara tersebut diadakan di satu tempat yang dinamakan “masturbatorium”.

Jika seseorang lelaki mengambil bahagian dalam pertandingan, dia mesti kekal terangsang tanpa memancut untuk seberapa lama yang boleh, jelas satu artikel 2010 dalam akhbar San Francisco Weekly.

Ada kalanya, acara tersebut menarik lebih banyak lelaki daripada wanita, yang boleh membuatkan sesetengah peserta hilang minat

Ajoi, Sumardi dan Wagiman

Terdapat tiga orang kurang siuman dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Sumardi, Wadiman dan Ajoi, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.

Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.

Sumardi orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?"
Sumardi berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Sumardi.

Kemudian, dia memanggil Wagiman pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Wagiman berkata setelah berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan.


Kemudian,
Ajoi pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Ajoi selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Ajoi sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana,"Ajoi tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Ajoi sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Ajoi.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Ajoi dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

Bagaimana Nak Atasi Masalah Tidur Berdengkur

Bila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Tapi boleh ke nak tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah tidur berdengkur? Dan kita jugak tak tahu, entah entah selama ni bunyi dengkur kita yang macam enjin turbo tu yang mengganggu tidur orang.

Punca dengkur ni bukanlah sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan tu. Dengkur terjadi sebab ada halangan pada saluran pernafasan mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin jugak faktor habuk/alahan. Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Daripada kita terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba untuk kurangkan masalah tu. Tak lah segan sangat bila terpaksa menumpang dekat rumah orang nanti. Jangan sebab dengkuran berkuasa turbo kita, tuan rumah yang tak boleh tidur.

Cara atasi masalah berdengkur :

Ubah Posisi Tidur
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan berkemungkinan
menyebabkan risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.

Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.

Bila Perempuan Menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Misteri Bola Metalik Jatuh Dari Langit

SEBIJI bola gergasi metalik yang jatuh dari langit di wilayah Omusati, utara Namibia pada bulan lalu.

WINDHOEK, Namibia – Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari sini pada November lalu.

Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.

Institut Sains Forensik Kebangsaan Namibia bingung tentang bola tersebut dan tidak mengetahui dari mana asalnya.

Bola metalik itu ditemui oleh seorang petani di wilayah Omusati.

Menurut beberapa saksi, bunyi kuat kedengaran sebelum ia ditemui seorang petani yang kemudian menberitahu polis.

Bola itu kini dalam simpanan pihak polis. – Agensi

Ibu Biar Anak Khalwat

LEDANG – Seorang ibu tergamak menyembunyikan perbuatan anak perempuannya daripada ditangkap khalwat dalam satu serbuan oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Tangkak, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 44 tahun itu yang mendakwa teman lelaki anaknya sebagai anak saudaranya dari Segamat terbongkar.

Ia berikutan anak perempuan wanita terbabit yang berusia 17 tahun mengaku lelaki berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu adalah teman lelakinya, selain bercadang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.

Lebih malang, ibu remaja terbabit turut diarah hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang kerana didapati nikah tanpa kebenaran di Narathiwat, Thailand pada 2004.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berbaju tidur membuka pintu.

“Pihak penguat kuasa terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja lelaki berseluar pendek tanpa memakai baju dalam sebuah bilik, manakala remaja perempuan sedang baring di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala ibu remaja perempuan terbabit diarahkan hadir ke Pejabat Agama Darah Ledang kerana bersubahat dan akan didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam kerana nikah tanpa kebenaran.

Note Baru Ringgit Malaysia

Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan, di Kuala Lumpur, Rabu.

Surat Putus Cinta

Hi Linda, together this letter I want to give know you
(hai Linda, bersama surat ini saya ingin memberitahu awak)
I want to cut connection we
(saya ingin memutuskan hubungan kita)
I have think thing this cook-cook
(saya telah memikirkan perkara ini masak-masak)
I know my love only clap half hand
(saya tahu cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan)
Correctly, I have see you out with a man at town with my eyes head alone
(sebenarnya, saya telah melihat awak keluar dengan seorang lelaki di bandar dengan mata kepala saya sendiri)


You always ask sorry repeat-repeat times
(awak selalu minta maaf berulang-ulang kali)
You eyes drop tears
(mata awak mengalirkan airmata)
You correct-correct a woman knife razor
(awak benar benar seorang perempuan pisau cukur)
Past, my friend speak I am play with fire
(dulu, teman saya cakap saya bermain dengan api)
Now I know, I correct-correct play fire
(sekarang saya tahu saya benar benar bermain api)
So, I cut connection and pull body from love triangle this
(jadi, saya putuskan hubungan dan menarik diri dari cinta segitiga ini)
I know result I pick this very correct, because you love she more from me
(saya tahu keputusan yang saya ambil ini benar, kerana awak mencintai dia lebih dari saya)
But I still will not go far far from here
(namun saya tetap tidak akan pergi jauh dari sini)
I don’t want you play-play with my liver
(saya tidak ingin awak main-main dengan hati saya)
I have been crying night night until no more eye water thinking about your body
(saya menangis malam-malam sampai tidak ada lagi airmata memikirkan dirimu)
I don’t want to sick my liver for two times
(saya tidak mahu sakit hati untuk kali kedua)

Safe walk, Linda
(selamat jalan, Linda)

Mata Hari, 'Perisik Wanita Teragung' Dalam Catatan Sejarah

MATA HARI, namanya seunik orangnya. Wanita jelita ini merupakan seorang egen rahsia atau pengintip.

Kisah hidupnya penuh liku dan pernah difilemkan dalam pelbagai versi, dari Mata Hari (1931), yang dibintangi oleh Greta Garbo; MataHari, Agent H21 (1964) versi Perancis oleh Jeanne Moreau, sampai film Mata Hari versi ketiga (1985).

Mata Hari bukanlah nama asli pengintip berdarah campuran Belanda-Jawa ini. Dilahirkan di Belanda pada 7 Ogos 1876, nama asal Mata Hari ialah Margaretha Gertruida Zelle.

Namun nama ini diubahnya menjadi Mata Hari kerana dia menginginkan kehidupan baru, sama halnya dengan "matahari" yang membuka lembaran baru kehidupan.

Kisah hidup wanita yang berkahwin pada usia 18 tahun ini memang cukup menarik.

Dia pernah dibuang sekolah guru gara-gara berskandal dengan ketua disekolahnya. Anak laki-lakinya pernah ditinggal mati akibat keracunan dan bercerai tahu 1906 dari suaminya, seorang angkatan laut Belanda yang usianya 20 tahun lebih tua darinya.

Sebelum terjun ke dunia perisikan, wanita yang memiliki kod rahasia H21 ini mengawali kerjaya sebagai penari eksotik di Paris.

Dengan kemahiran tarian erotik yang dipelajari di India dan daya pikatnya yang tinggi, dia menjadi terkenal di mana-mana. Tak hairan bila kemudian tawaran menari datang mencurah-curah dari kota kota besar di Eropah hingga ke Mesir.

Keadaan inilah yang kemudian menyeretnya dalam dunia perisikan. Saat menjadi penari bogel di Berlin, agen rahsia Jerman merekrutnya.

Mata Hari kemudian sering berkelana baik di kota dan negeri-negeri kecil. Rekodnya yang senantiasa merantau dari satu negara ke negara lain membolehkan dia bebas ke mana saja.

Dia tidak punya kesulitan untuk menyusup, termasuk dalam masa Perang Dunia I. Dia menjalin hubungan cinta dengan ramai orang penting dan pernah ditawarkan sebagai mata-mata Perancis dengan habuan 1 juta Frank pada saat itu.

Egen rahsia Inggeris, MI5 mulai curiga dengan kegiatan Mata Hari lalu menyoal siasatnya. Namun mereka tidak mampu memaksa Mata Hari untuk membuka mulut.

Berkali-kali soal siasat dilakukan, namun hasilnya tetap kosong. Sampai akhirnya, egen rahsia Perancis berhasil menangkap dan menyoal siasatnya ketika dia akan menyeberangi Perancis untuk mengunjungi salah satu hubungan cintanya.

Egen rahsia Perancis menangkap Mata Hari kerana diyakini dialah "Perisik Wanita Teragung" yang mesti bertanggungjawab atas kematian beribu-ribu tentera, akibat risikan yang diberikannya.

Mata Hari, kemudiannya di adili di pengadilan perang dan dihukum tembak sampai mati pada 15 Oktober 1917. Meskipun demikian, banyak yang mempermasalahkan hukuman mati yang dilakukan oleh Mata Hari, statusnya antara perisik bermuka dua masih diperdebatkan.

Namun, hingga ke hari ini, nama Mata Hari tetap tercatat sebagai agen perisik wanita paling terkenal dalam catatan sejarah.

Lintah Dalam Kerongkong

Tao Jiayuan telah mengadu sakit pada kerongkongnya dua bulan lalu, sedangkan ibunya menganggap budak berusia 16 tahun ni hanya sakit batuk2 biasa saja..

Namun remaja berasal dari Cina ini terus mengeluh sesak nafas serta berat badannya turun drastik, yang membuat orang tuanya terpaksa membawa Tao ke hospital untuk diperiksa oleh doktor, untuk mencari sebab punca penyaki misteri yang di hidapi anak lelakinya itu..

Hasil yang diperolehi doktor amatlah mengejutkan!. Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, penyebab sakit misteri Tao adalah seekor lintah berukuran 4 inci yang hidup di kerongkong budak tersebut.

 lintah ini kebal oleh ubat bius yang diberikan oleh doktor, sehingga mereka terpaksa melakukan pembedahan.

Dokter Chen Bing, yang bertanggung jawab atas pembedahan tersebut mengatakan bahawa kejadian dimana lintah masuk ke dalam tubuh manusia bukanlah sesuatu yang lazim terjadi, apatah lagi binatang penghisap darah ini untuk boleh bertahan hidup di kerongkong atau rongga hidung manusia.

Ayahnya, Tao Chuanhua, berpendapat bahwa anaknya mungkin tertelan lintah tersebut ketika minum air dari sungai kawasan ladang.

10 FAKTA Menarik Tentang OTAK

1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.

3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.


4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.

5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.

7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.

8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.

9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.

10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.

Bilionair Juga Berjimat… Anda?

Pemilik Wal-Mart, antara pasar raya terbesar di Amerika Syarikat, Jim Walton, hanya membawa kereta Dodge yang dibeli pada tahun 2002 ke tempat kerja


Pemilik Ikea di Sweden, Ingvar Kamprad membawa kereta Volvo berusia 15 tahun, terbang menaiki kelas ekonomi sahaja dan makan di restoran-restoran murah.

Bilionair terkenal dan antara orang terkaya di dunia, Warren Buffett, tinggal di rumah yang dibeli dengan harga USD31,000 sejak tahun 1958.

Tycoon perniagaan dari India, Azim Premji, hanya membawa kereta Toyota Corolla.


Jay-Z Beli Kereta Kalis Peluru!

PENYANYI Rap, Jay-Z, merancang membeli sebuah kenderaan yang mampu melindungi isterinya, Beyonce yang sedang sarat mengandung cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

Menurutnya, dia meminta nasihat daripada aktor terkenal, Tom Cruise, berkaitan kenderaan yang mahu dibelinya itu memandangkan pelakon itu juga menggunakan kenderaan keselamatan tersebut.

“Saya sedang mencari kenderaan sama seperti digunakan Tom Cruise sebagai persediaan melindungi keluarga saya. “Apa yang penting kenderaan tersebut mestilah kalis peluru dan mampu melindungi keluarga saya daripada sebarang bahaya,” katanya.

Selain itu, Jay-Z turut merancang membeli sebuah rumah di Florida yang bernilai USD24juta.

Izara Belum Puas

Setelah kejayaan Cinta Elysa yang berakhir minggu lalu, kini giliran drama komedi romantik, Vanila Coklat pula menemui penonton di slot Lestary bermula 20 Disember ini.

Menariknya, penonton dapat melihat bakat lakonan Aiman Hakim Ridza yang dicungkil melalui rancangan realiti Mentor 5 dengan memegang watak sebagai Aamir.

Bergandingan dengan pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2010, Izara Aishah sebagai Zara, drama bersiri 13 episod ini mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian Sabhe.

Menurut Izara, memegang peranan sebagai penuntut kolej bernama Zara dalam drama itu tidaklah seberat mana dan belum kuat untuk menguji sejauh mana bakat dan kemampuannya sebagai pendatang baru dalam bidang lakonan.

Pun begitu, gadis cantik ini mengakui bersyukur kerana mula mendapat perhatian dalam industri seni.

Bercerita tentang wataknya menerusi drama tersebut, Izara berkata, dia perlu bersikap agak kebudak-budakan.

“Tidak sukar bagi saya mendalami watak Zara memandangkan saya pernah berlakon watak yang hampir sama sebelum ini. Pun begitu, ada beberapa babak yang memerlukan saya bekerja lebih kuat supaya dapat menyampaikan apa yang dirasa kepada penonton.

“Bagaimana pun, saya harap watak Zara menjadi dan tidak nampak kaku,” katanya.

Ditanya bagaimanakah perasaannya bekerja bersama Aiman, Izara menambah dia senang bekerjasama dengannya.

“Semuanya baik-baik sahaja. Dia juga banyak membantu saya. Malah kami tidak perlu masa yang lama untuk serasi bersama,” katanya yang telah membintangi 11 drama termasuk drama Vanilla Coklat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012