Visit Lelong

155,343 Peminjam Belum Bayar Balik PTPTN Setakat Oktober Lepas

KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Okt lepas, masih ada 155,343 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM929.53 juta.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 telah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion.

"Bermula 1 Dis 2006 hingga 31 Okt lepas pula, sebanyak 267,822 Notis Peringatan Terakhir (NPT) dan 189,813 Notis Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) telah dikeluarkan.

"Daripada jumlah NPT yang dikeluarkan, seramai 75,530 peminjam telah mula membayar balik pinjaman, begitu juga dengan 81,151 peminjam yang dikenakan tindakan LOD," katanya menjawab soalan Senator Ahmad Hussin, di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi tempoh itu juga sebanyak 104,083 saman telah dihantar kepada peminjam ingkar, melibatkan jumlah RM1.12 bilion. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012