Visit Lelong

Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang disayangi. Anak sulung nama Siti, kedua Seri , ketiga Murni dan kecik sekali Suri. Pendek kata depa ni sebaya. Jadi Pak Mat ni do pikiaq sebelum dia pejam mata (mati la) dia cadang nak bagi anak dia menikah. Habih satu kampung dia pi cari bakal menantu dan berkenalan dengan bakal besan.

Dia pun berkenanlah dengan bakal menantu dan besan dan kata sepakat diambil untuk mempercepatkan ijabkabul. Pak Mat dan Mak Minah senyum sampai telinga kerana hajat nak dapat cucu cepat hampir tercapai.Tarikh ditetap maka berlangsunglah ijab dan kabul. Kenduri lambat sikit pun tak pa kata Pak Mat.
Setelah itu pun anak menantu pak mat ni cadang nak pegi honeymoon; 

Siti pegi Pulau langkawi,
Seri Pulau Tioman,
Murni Pulau kapas dan
Suri Pulau pangkor.

Masa dok berkemas beg tu Mak MInah dan pakMat ni pesan "jangan lupa no hantar berita kat kami, sakit demam ka kami nak tau gak.

Tak payah antar berita panjang2 ,pakai kod iklan dah la, ringkas, padat dan cepat".pesan Mak minah pada anak2nya.

Seminggu pastu terimalah depa surat dari Siti yang tertulis 'Standard Charterd bank' Kelam kabut dua orang ni cari maksud iklan bank tersebut. Terkebil2 Pakmat bila tengok iklan yang tertulis "Besar, Teguh dan Peramah". Bahagialah Siti bisik hati kecil PakMat.

Dok esok pulak Pakmat awal lagi dah tertunggu di kedai kopi tunggu Posmen mai antar surat. Depa pun terimalah surat dari Seri pulak yang tertulis "Nescafe" Pak mat pi lah cari iklan nescafe yang tertulis "Nikmatnya hingga titisan terakhir" Senyumlah Pak Mat dan mak MInah kerana anaknya bahagia.

Selang beberapa hari lepastu depa terima surat dari Murni pulak. Mudah saja surat tu bertajuk "KFC" Terpaksalah depa keluar ke pekan cari kedai KFC semata2 nak tengok iklan. Senyumlah depa bila baca iklan KFC iaitu "Hingga Menjilat Jari" Seronok lah Murni gamaknya bisik Pakmat kat Mak Minah.

Seminggu pastu depa masih dok tertunggu surat dari Suri tapi masih tak nampak bayang surat yang depa nampak bayang posmen adalaaa. Masuk dekat dua minggu baru lah depa terima surat dari Suri anak yang bongsu. Terketar- ketar depa buka surat tu nak tengok apa yang suri tulis. Tak sabar naktau apa jadi kat Suri. Dengan terkulat2 , terkebil2 depa dua orang tak tau nak senyum ka nak menangis Apa moto iklan tu.....


"AIR ASIA"

"7 KALI SEMINGGU ...... 3 JAM SEKALI ..... NON STOP!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012