DHAKA: Polis akan mendakwa seorang lelaki yang bekerja di luar negara yang dituduh memotong tangan isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah kolej tanpa kebenarannya.
Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Emiriah Arab Bersatu.
“Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di kolej. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di kolej,” kata Ketua Polis, Mohammad Salauddin.
Rafiqul, 30 mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Mohammad.
Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.
Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Isterinya, Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat untuk meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.
“Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh mengguna tangan kiri,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.
Serangan itu adalah keganasan rumah tangga terbaru di Bangladesh yang mensasarkan wanita berpelajaran tinggi.
Jun lalu, seorang suami yang menganggur mencungkil mata isterinya, penolong profesor di Universiti Dhaka kerana berang dengan keputusannya untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti Kanada.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, kes berprofil tinggi terhadap wanita meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Selepas berkurangan selama lapan tahun berturut-turut, jumlah serangan asid meningkat pada 2010 walaupun ia masih tidak mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan 10 tahun lalu, menurut sebuh yayasan kebajikan persendirian, Yayasan Mangsa Serangan Asid. - AFP