Visit Lelong

Lelaki Putus Cinta Mengamuk

LOS ANGELES 13 Dis. - Seorang lelaki yang dipercayai baru putus cinta mengamuk dan melepaskan tembakan rambang di Hollywood, Jumaat lalu, menyebabkan seorang eksekutif muzik berusia 40 tahun terbunuh.

Mangsa dikenali sebagai John Atterberry pernah bekerja dengan bintang terkenal seperti Christina Aguilera, Micheal Jackson dan kumpulan Spice Girl, meninggal dunia semalam, selepas mengalami cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian dagu.

Menurut saksi, penyerang terbabit, Tyler Brehm, 26, berdiri di tengah-tengah jalan raya sambil menjerit 'saya mahu mati' dan melepaskan kira-kira 20 das tembakan ke arah kenderaan dan pejalan kaki yang lalu-lalang di persimpangan jalan Sunset Boulevard, berhampiran kawasan pelancongan Hollywood.

Bagaimanapun, dia kemudiannya ditembak mati anggota polis yang bekerja di set penggambaran yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

Atterberry dipercayai baru saja meninggalkan sebuah bank dan sedang menuju ke arah kereta Mercedes-Benz miliknya sebelum terkena tembakan itu.

Dua orang turut dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Satu video amatur yang merakamkan kejadian tersebut menunjukkan Brehm, menjerit dan berjalan sambil melepaskan tembakan di tengah-tengah jalan raya di persimpangan jalan Sunset Boulevard dan Lebuh Vine.

Perakam video tersebut, Christopher Johns itu kemudian mencabar lelaki terbabit menembaknya dengan harapan dapat mengalihkan perhatian Brehm sehingga bantuan polis tiba.

"Saya cuba menjerit ke arahnya dengan berkata bermacam-macam perkara yang boleh melambatkan tindakannya," katanya. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012