SEREMBAN - Suasana malam di Taman Rasa Sayang di Senawang di sini yang lazimnya aman damai bertukar kecoh semalam apabila seorang budak lelaki bertindak mencuri dan memandu sebuah bas kilang sebelum melanggar enam buah kereta yang diletakkan di kawasan taman itu.
Bunyi dentuman kuat akibat bas tersebut merempuh kereta milik penduduk pada pukul 12 tengah malam menyebabkan ramai penghuni yang sudah tidur terjaga.
Mereka yang meninjau dari rumah masing-masing terkejut apabila ternampak bas tersebut dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang oleh seorang budak lelaki berusia 13 tahun.
Suasana mencemaskan selama kira-kira 10 minit itu hanya berakhir selepas bas itu dikejar beberapa penduduk yang menunggang motosikal sebelum ia berhenti di sebuah kawasan rumah kedai di taman tersebut.
Budak lelaki itu memandu bas tersebut sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi bas itu dicuri.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli berkata, ketika kejadian dia berada di sebuah masjid berhampiran sebelum terdengar bunyi satu dentuman kuat.
Ketika dia menjenguk keluar dari masjid, dia terkejut melihat sebuah bas dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sambil dikejar beberapa penduduk.
"Mereka lebih terkejut apabila melihat bas itu melanggar sebuah kereta penduduk yang diletakkan di bahu jalan.
"Bas itu terus bergerak sebelum ia melanggar lima buah kereta lagi yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di taman itu," kata Zulkifli ketika ditemui di sini semalam.