Setelah kejayaan Cinta Elysa yang berakhir minggu lalu, kini giliran drama komedi romantik, Vanila Coklat pula menemui penonton di slot Lestary bermula 20 Disember ini.
Menariknya, penonton dapat melihat bakat lakonan Aiman Hakim Ridza yang dicungkil melalui rancangan realiti Mentor 5 dengan memegang watak sebagai Aamir.
Bergandingan dengan pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2010, Izara Aishah sebagai Zara, drama bersiri 13 episod ini mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian Sabhe.
Menurut Izara, memegang peranan sebagai penuntut kolej bernama Zara dalam drama itu tidaklah seberat mana dan belum kuat untuk menguji sejauh mana bakat dan kemampuannya sebagai pendatang baru dalam bidang lakonan.
Pun begitu, gadis cantik ini mengakui bersyukur kerana mula mendapat perhatian dalam industri seni.
Bercerita tentang wataknya menerusi drama tersebut, Izara berkata, dia perlu bersikap agak kebudak-budakan.
“Tidak sukar bagi saya mendalami watak Zara memandangkan saya pernah berlakon watak yang hampir sama sebelum ini. Pun begitu, ada beberapa babak yang memerlukan saya bekerja lebih kuat supaya dapat menyampaikan apa yang dirasa kepada penonton.
“Bagaimana pun, saya harap watak Zara menjadi dan tidak nampak kaku,” katanya.
Ditanya bagaimanakah perasaannya bekerja bersama Aiman, Izara menambah dia senang bekerjasama dengannya.
“Semuanya baik-baik sahaja. Dia juga banyak membantu saya. Malah kami tidak perlu masa yang lama untuk serasi bersama,” katanya yang telah membintangi 11 drama termasuk drama Vanilla Coklat.