TOKYO - Penyanyi yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga tiba di sini semalam beberapa jam selepas akaun Twitternya dilaporkan digodam.
Penggodam itu menyiarkan satu pertandingan palsu dengan hadiah komputer iPad di laman tersebut sebelum ia ditarik balik.
Lady Gaga turut menjelaskan mengenai penggodaman itu di laman Twitter.
Menurut Lady Gaga, penggodaman itu sudah berakhir.
Dalam satu lagi mesej, Lady Gaga menyatakan dia suka berada dalam penerbangan kerana dapat tidur dan talian telefon bimbit tidak berfungsi.
Sejumlah peminat menyambut ketibaan Lady Gaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di pinggir Tokyo.
Dia tiba di Jepun untuk menghadiri satu majlis muzik. - Agensi