PUCHONG - Seorang lelaki sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada abangnya memaklumkan dia sudah tidak larat meneruskan kehidupan sebelum bertindak menggantung diri di rumah yang disewakan majikannya, di Bandar Kinrara Seksyen 5, petang kelmarin.
Mangsa, warga Indonesia yang berusia 24 tahun dikatakan turut meminum air sabun sebelum dipercayai memaku dinding di dalam sebuah bilik rumah teres dua tingkat dan menggunakan tali plastik nylon untuk mengikat lehernya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kejadian disedari rakan serumah mangsa yang berasa pelik apabila panggilannya tidak dijawab dari luar bilik untuk mengajak mangsa ke tempat kerja.
Abd Razak berkata, rakan mangsa bertambah curiga apabila mendengar deringan telefon dari dalam bilik namun tidak dijawab sebelum menghubungi majikannya.
“Majikan mangsa kemudian melaporkan perkara itu kepada polis sebelum sepasukan anggota datang membuat pemeriksaan dan menemui mangsa sudah tidak bernyawa di dalam bilik itu.
“Mangsa dipercayai memaku sendiri paku itu di dinding, meminum air sabun sebelum menggantungkan dirinya pada tali yang diikat pada paku itu,” katanya sebuah kerusi plastik turut ditemui di sebelah mayat mangsa dipercayai digunakannya untuk memanjat ke dinding dan menggantung diri.
Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang belum berkahwin dan bekerja sebagai kelindan lori sempat menghantar SMS kepada abangnya yang berada di Klang.
“Dalam SMS itu, mangsa meminta abangnya datang mengambil mayatnya di rumah sewa itu untuk disempurnakan.
“Bagaimanapun, sehingga kini motif mangsa bertindak menggantungkan diri masih belum diketahui dan siasatan akan dijalankan oleh pihak kami,” katanya mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.