Kepala Hancur Tembus Besi

SEREMBAN – Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi besi pengadang dalam kemalangan ngeri di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, wanita dipercayai warga China itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang.

“Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta,” katanya, semalam.

Menurutnya, rakan mangsa yang parah di kepala di hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan wanita terbabit.

“Sejurus tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.

“Bagaimanapun, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bangi terpaksa ambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong pe*ngadang besi berkenaan untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kemalangan.

Saksi kejadian diminta hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Najib Zamuri di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012